Wednesday, December 29, 2010

Pesanan Rasulullah Kepada Wanita..

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim) .
Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat
pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut
dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
malamnya.
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Saturday, December 25, 2010

Berhentilah Menjadi Gelas..

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu tampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, " jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis keasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau." Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara.

Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya
kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.
Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai
untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu
dalam dadamu itu jadi sebesar danau."

Moga Allah melapangkan diri kita utk tabah menghadapi ujian dunia. InsyaAllah...

Saturday, December 18, 2010

Panahan Lidah Kepada Diri Kita..

17 Bahaya lidah adalah:

1. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.

2. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.

3. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.

4. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.

5. Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan

6. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.

7. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).

8. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).

9. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.

10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.

11. Suka menghina orang lain.

12. Menyebarkan rahsia.

13. Berjanji lalu mendustai janji itu.

14. Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.

15. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.

16. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.

17. Memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Saturday, December 11, 2010

Kecantikan? Bukan Satu Ukuran..

Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin dibuat teman
atau pacaran. Dia akan jadi rebutan.

Namun, apakah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan
memikat. Apakah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang.
Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang.
Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya
ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang.
Iaitu akal yang tidak ada ilmu, bodoh, tidak tahu dan tidak
faham, tidak boleh dibawa berbincang. Dia tidak ada pendapat
atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman
kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti. Lebih-lebih lagilah
kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logik
dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan.
Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang
betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain
gila. Dia sahaja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila.
Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil
kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau
gila. Itu bukti akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan
alau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
kecantikan paras rupa hanya akan terserlah bila kita ada akal
yang sempurna.

Namun, apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan
berilmu sekalipun. Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala
sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkaji
dan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dan
kotor. Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang
penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat,
tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, penting
diri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buas
macam kuda liar. Meronta-ronta hendak merebut dunia seolaholah
tidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal
Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah
menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak
kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia.

Apa ertinya orang yang kacak, lawa dan tampan pula, punyai
akal yang bijak dan tajam, tetapi jahat dan tidak berakhlak. Kufur
kepada Tuhan. Kasar pada manusia. Menindas, menekan dan
menzalimi manusia. Kacak dan lawakah orang seperti ini? Cantik
dan tampankah orang yang seperti ini? Cerdik dan pandaikah
orang seperti ini? Kalau pun cantik, kalau pun tampan, kalau
pun cerdik semuanya akan tenggelam di dalam kejahatan dan
kehinaan akhlak dan peribadinya. Orang akan benci. Orang akan
marah. Kepintaran akal dan kecantikan paras rupanya akan
hilang dan menjadi samar kerana perangainya yang seperti
haiwan.

Hati dan rohlah yang paling berpengaruh. Kalau hati baik
dan luhur, ia akan terpancar kepada akal dan jasad. Hati dan roh
itu adalah hakikat diri manusia. Manusia itu adalah hati dan
rohnya. Berusahalah untuk mencantikkan hati. Kecantikan hati
itu lebih utama dari kecantikan akal dan paras rupa. Bila hati
cantik, akal akan bersinar. Bila akal bersinar, kecantikan paras
rupa akan terserlah. Sebaliknya bila hati gelap, akal akan menjadi
malap. Malap akal maka lenyaplah kecantikan paras rupa.
Kecantikan akal dan paras rupa akan habis di dunia. Kecantikan
hati akan bersinar sampai bila-bila, kekal tanpa penghujungnya
sampai ke Akhirat.

MADAH HATI

Tuluskanlah hatimu dengan cinta kepada Tuhan
Sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan
Hiasilah hatimu dengan segala sifat kebaikan
Murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan
kerana hati tempat jatuh pandangan Tuhan
Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah peribadi
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati

Friday, November 26, 2010

Ayat Cinta Rasulullah..

7 Ayat Cinta Rasulullah.. Sabda Rasulullah: "barang siapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan ALLAH dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebesar buih di lautan.." 1. Bismillahirrahmanirrahim = Disetiap kali hendak melakukan sesuatu.. 2. Alhamdulillah = Setiap kali habis melakukan sesuatu.. 3. Astaghfirullah = Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.. 4. InsyaALLAH = Jika teringin melakukan sesuatu pada masa akan datang.. 5. Lahaulawalaquwwataillabillah = Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.. 6. Innalillah = Jika hadapi musibah atau lihat kematian.. 7. Lailahaillah = Baca sepanjang siang dan malam sebanyak mungkin. Amalkan selalu. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang terpilih oleh ALLAH.

Monday, November 22, 2010

Apa kaitan tidur "Qailulah" dengan Sains?

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wallahualam

Dipetik dari islam.sukeri.com

Friday, April 16, 2010

Manusia, Malaikat, & Syaitan..

Manusia- Eh? dah subuh da? Malaikat- Bangun la wahai anak adam, tunaikanlah kewajipanmu.. Syaitan- Alahhhhh, kejaplah, ngantuk lagi.. awal lagi nie..zzzzzzzz Manusia- Nak makan, laparlah... Malaikat- Wahai anak adam, mulakanlah dengan Bismillah.. Syaitan- Ahh, tak payalah.. lapar nie.. sedapnya...!! Manusia- Hari nie nak pakai apa ye??? Malaikat- Wahai anak adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan- Ehh.. panaslah, tak ade style langsung.. macam kampung! Manusia- Alamak..!! dah lewat.. Malaikat- Bersegeralah wahai manusia.. nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan- Ahhh. awal lagi...mm aahh... suruh si X punch kanlah.. Manusia- Azan sudah kedengaran.. Malaikat- Wahai anak adam.. bersegeralah menunaikan solat.. Syaitan- Baru pukul berapa.. relax ar.. awal lagi nie... Manusia- Eh, eh.. tak boleh tengok nie.. berdosa.. Malaikat- Wahai anak adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya ALLAH maha melihat dan mengetahui.. Syaitan- Perrgghh.. best tu.. rugi kalau tak tengok nie.. Manusia- Saudaraku sedang melakukan dosa.. Malaikat- Wahai anak adam, cegahlah ia.. Syaitan- Apa kau sibuk?? jangan jaga tepi kain oranglah.. lantaklah... Manusia- Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.. Malaikat- Wahai anak adam, saling nasihat- menasihatilah antara kamu.. Syaitan- Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2?? pandai2lah.. Manusia- Aku telah berdosa Malaikat- Wahai anak adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya ALLAH maha pengampun.. Syaitan- Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.. lagipun muda hanya sekali.. rugilah.. Manusia- Kalau pergi, mesti seronok.. Malaikat- Wahai anak adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai ALLAH, berpalinglah kamu daripada jalan itu.. Syaitan- Jangan bimbang, tiada siapa yang tahu.. jomlahh..!! Manusia- Uhhh.. letihnya hari ini.. lagi pun yidak solat lagi ini.. Malaikat- Wahai anak adam, taatilah suruhan ALLAH dan Rasulnya, Kebahagiaan di dunia & di akhirat adalah untukmu.. Solat itu, bagimu.. Kita sebagai Anak Adam...buatlah keputusan kearah kebaikan.. ingatlah suruhan ALLAH & RASULULLAH.. Kebahagian didunia & akhirat itu milik kita..jika kita memunaikan kewajipan kita di dunia.. saling nasihat-menasihatilah di antara kita agar tiada di antara kita lalai dengan kebendaan duniawi..

Monday, February 15, 2010

Setiap Hari Adalah Hari Kekasih..


Kenapa mesti tunggu 14 Februari???

Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya???

Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang???

Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari???

Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang berkesesuaian.

Tidak melanggar syarak,

Tidak Melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jjiran tetangga.

Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim.

Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya bukan perkara baru sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu,

"kalau betul sayanagkan saya, buktikan!."

"Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!."

"Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang berharga tu, saya akan jaga kamu sampai bila-bila."

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri.

Bertepuk soraklah syaitan laknatullah,

Sepasang anak cucu Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan.


ASTAGFIRULLAHHALAZIM..


Inikah makna cinta???

Inikah makna kasih dan sayang???

Adakah ini yang diajar oleh agama kita???

Bila yang halal diharamkan dicampur adukkan,

Manusia kian keliru.

Mudah goyah dan cepat tewas degan pujuk rayu..

Siapa yang harus dipersalahkan???

Jangan menunding jari,

Muhasabah diri kita.

Katakan TIDAK pada Hari Valentine.

Tak perlulah kita menghambakan diri,

Membuta tuli menjadikan barat sebagai kiblat kita.

Jngan biarkan budaya kuning berleluasa dalam diri kita.

Usah gadaikan maruah,

Prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah.

Keseronokkan yang sementara,

Sengsara menanti dihadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah,

Tapi ingatlah SYURGA ALLAH,

Hanya bagi mereka yang beriman kepada-NYA,

Patuhilah suruhan-NYA,

Jauhilah larangan-NYA.
Hidup didunia hanyalah sementara,

Akhirat itulah yang kekal abadi.