Friday, December 21, 2012

Cuba mengerti

Assalamualaikum w.b.t.


Masa berlalu dengan pantas, pejam celik pejam celik dah nak habis semester dah.. part 3 degree dah mula menutup tirainya.. 20.12.2012 mulalah hariku free from presentation, test and submit assignment dan bermulahlah juga study week.. hurm final nak hampir dekat, so i need more focus for my final exam.. untuk permulaan semester nie sangat worst, ingat lagi mula-mula nk daftar kolej dengan gelabahnye haiii..nasib ade Mama dan Ayah. They are by my side when I need help masa tu, siap isikan borang, and macam-macamlah..dah gelabah sangat tak tahu apa-apa..macam budak darjah 1 baru masuk sekolah ok! huhu..then, for this semester bagiku sangat-sangat worst, dan dah terlalu banyak masa yang aku dah persia-siakan. Satu masalah meleret-leret membuatkan hati dan perasaan aku terhuyang-hayang tak stabil. So, untuk final sem part 3 degree nie aku nak lebih fokus dan berubah diri ke arah kebaikan.

Ya Allah Engkau berikanlah petunjuk, berikanlah kekuatan dan bukakanlah pintu hatiku dan juga pintu hati-hati hambaMu yang lain agar mereka juga mendapat lindungan dan hidayahMu. Aamiin.

Hidup ini penuh dengan liku-liku kesulitan hidup yang mempunyai pelbagai ragam aksi manusia. Allah pun dah bgthu dalam Al-Quran kan bahawa "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(Al-Baqarah:286).

Kadang-kadang kita terpaksa menerima sesuatu keputusan yang terburu-buru, keputusan yang tak matang dari pemikiran kita sendiri mahupun keputusan dari orang lain. Agak sukar untuk menerimanya, sehingga kita jadi terpaksa dan sukar nak meredhainya. Tapi sebenarnya dari keterpaksaan itu, perlahan-lahanlah kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerananya (kata Ustaz Azhar Idrus). Jadi, cubalah untuk kita bersama-sama mengikhlaskannya, dan tidak perlulah untuk berkata-kata tentang apa yang telah berlaku. Adalah tidak adil jika satu kesalahan yang kita lakukan memadam seribu kebaikan yang pernah kita lakukan, namun itulah hakikatnya manusia, memandang sesuatu dari sudut yang tidak logik.

Sekarang nie, dalam mengejar cita-cita, aku cuba untuk menguatkan diri untuk maju kehadapan dan berdoa agar Allah dapat merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku di masa hadapan. Tugas kita plan, usaha, doa. Result itu tugas Allah. Tak perlu serabut kepala susah hati akan resultnya. Usaha bersungguh, Allah pasti bagi yang terbaik ♥ :)

Aku merelakan dan mengikhlaskan hati untuk memaafkan semua yang menyakiti hati ini secara tidak langsung atau secara langsungnya. Kita tidak tahu bila saatnya, bila tibanya masa nyawa kita di ambil. Jadi, maafkanlah diri ini di atas segala kekurangan yang ada. Maafkanlah diri ini bila ade menyakiti juga hati dan perasaan kamu semua. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu dalam dada ku berharap hanya dirimu yang bertakhta.. Ya Allah. Tiada daya bagiku, hanya padaMu aku berserah dan kerana Engkaulah satu-satunya tempat untuk aku mengadu.


✿~✿ Maafkan orang jika mahu dimaafi ✿~✿

♥ Maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ Maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ Maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ Maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ Maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

"Memaafkan itu lebih baik dripada berdendam kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti.."

Akhir kalam, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghadapi exam tak lama lagi, semoga kita semua tabah dalam mengharungi kehidupan kita sebagai anak, rakan dan hamba Allah. Wassalam. :)

Thursday, December 13, 2012

KetentuanNya

✿~ LELAKI : ''Senang nak cari PEREMPUAN yang PAKAI TUDUNG, tetapi..susah nak cari PEREMPUAN yang MENUTUP AURAT...''
✿~ PEREMPUAN : ''Mudah nak cari LELAKI yang PANDAI BERCINTA, namun..sukar untuk dapatkan LELAKI yang SETIA dan BERTANGGUNGJAWAB...''

p/s : ISTIQAMAHLAH dalam memperbaiki diri ke arah yang LEBIH BAIK, utamakan PANDANGAN ALLAH daripada pandangan manusia..kerana sebaik-baik PENILAIAN hanyalah datang dari Allah..♥

Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca.

Sabarlah hingga kau temukan permata…♥


♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥

"Jika Anda Yakin Untuk Berubah Dan Sanggup Menghadapi Segala Risiko Yang Pasti Timbul, Anda Sebenarnya Sedang Berjalan Di Tangga Kejayaan"

Saturday, December 8, 2012

Satu bintang *

Assalamualikum. W.B.T.

Sudah sebulan berlalu bagaikan angin datang berlalu dan pergi. Hari ini, aku nak cerita tentang apa yang sudah berlaku sebulan yang lepas.. ok. Bulan lepas, before a few day konvo aku balik rumah and sempat lagi buat pre-convo dengan BFF aku yang tersayang + cinta. Heheh mereka buat surprise!! And sudah lama jugalah aku tak kena surprise kan! So sweet..siap bagi bunga, siap ade belon. Woahh it AWESOME!!
Ok! Then, on 28hb November 2012 adalah hari keramat aku sebagai pelajar diploma. Akhirnya, aku officially graduate! J tahniah yan! Hari yang penuh bermakna bagiku, mama dan ayah. Harapan ayah dan mama setelah aku mendapatkan segulung diploma sudah tercapai. Sekarang, mereka nakkan aku lebih berjaya. Mereka nakkan aku dapat lebih baik dari apa yang aku dapat time konvo lepas. Mereka nakkan segulung ijazah yang dapat membanggakan mereka. Hurm. Senang cerita straight to the point, nakkan  IJAZAH KELAS PERTAMA!!
Huhu. Lepas je konvo habis, mulalah pelbagai ragam…nak sakit tekaklah, demamlah. Batuklah.. tiap2 mlm after convo day aku tido berselimutkan sweater hitam.. and sampai hari ini pun, batuk tak habis-habis. Huhu.. tiba-tibakan, agaknya terkejut kot, bila habis je konvo parents harapkan aku dapat ijazah kelas pertama.. hahaha Bukan senang nak dapatkan, tapi tak mustahil kalau kita berusaha!. J On that day, aku mengharapkan someone datang bagi bunga, ok fine! Nobody comes to me with a bouquet of flower.. haaaaa, teringat kata-katanya dulu.. konvo diploma aku berjalan seperti biasa. Baju yang aku pakai pon biasa tapi it have value for me. Baju yang dihadiahkan oleh someone untuk dipakai pada hari raya lepas, tapi aku niat nak pakai time konvo and now! Aku sudah merealisasikan harapan aku. Ok! Harapan aku untuk ijazah sekarang ini, aku dapat belajar dengan tenang dan melalui saat-saat masaku dengan baik. Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan bagiku agar aku dapat menempuhi apa yang terjadi dengan tenang, redha dan sabar. Jadikanlah hatiku hati yang kuat dan redha serta mampu untuk bertahan selama 2 tahun ini. Aku dah nekad, sebelum masuk puncak perdana lagi, aku datang untuk belajar dan mengubah diriku untuk menjadi lebih baik. Aku taknak main-main kali ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan harapan mama dan ayah serta orang yang ingin aku buktikan. Pada permulaan semester pertama ini, aku merangkak. Merangkak bagai aku putus harapan untuk teruskan apa yang aku dah dapat depan mata. Aku jadi lemah, bagikan aku tak bernyawa untuk teruskan kehidupan, di atas nasihat dan semangat dari kawan-kawan, and harapan mama dan ayah, aku kuatkan diri untuk teruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar ijazah.  Ya! Memang aku tipu kalau aku katakan aku tak kuat sebenarnya bila aku teringatkan peristiwa itu. Sekarang ini, aku hanya mampu mendekatkan diri pada ALLAH agar Dia dapat mneyembuhkan luka dan satukan kembali hati-hati aku yang fragile itu. Sangat memilukan, tapi aku akan cuba untuk berdiri dan berlari untuk aku teruskan kehidupan aku disini. Akan aku ingat selalu kata-kata ayah aku, “sekarang ini, tiada masa untuk bermain dan kamu kene terus berlari untuk mengecapi kejayaan untuk masa depan.”  Ya ayah! Saya sedang cuba berlari untuk mencapai apa yang ayah dan mama inginkan. Satu-satuya jalan untuk aku kembali pulih dan tenang, aku dalam proses untuk mendekatkan lagi diriku dengan ALLAH agar Dia dapat menjagaku dari segi fizikal, mental, akhlak dan macam-macam lagi. Aku mahukan dia Ya ALLAH..kuatkanlah dan cekalkanlah hatiku. Aku tak mampu hidup tanpa cinta-Mu