Wednesday, July 24, 2013

Kehidupan di 15 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu lagi kita di entri baru di sini.. Alhamdulillah.. sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Perbanyakkan ibadah, zikir and istighfar kepada Allah.. peringatan untuk diri sendiri and juga untuk anda semua. :) Ramadhan kali ini, saya hanya meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang di rumah, tidak kemana-mana. Hanya duduk di rumah!

Seminggu yang lalu, saya dikhabarkan dengan berita buruk dari kelantan, kampungku. Oh! atuk sakit.. Ya Allah, selamatkan atuk.. Bila dapat je berita dari kampung, Ayahku terus pulang ke kampung bersama dengan adik lelakiku. Keadaan atuk makin parah apabila atuk kena masuk wad. Atuk dibawa ke hospital dengan van. Atuk tak sedarkan diri. Atuk koma. Bila doktor check ada kuman dalam badan. Hope so..that kuman tak sampai ke otak. Alhamdulillah, semalam dapat khabar dari sana atuk sudah mula sedarkan diri tapi tidak boleh berbicara. Pagi ini saya dapat khabar berita menyatakan kemungkinan atuk strok. Ya Allah!.. pilu rasanya hati ini. Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak! tak kesahlah kalau nak balik naik train sekalipun.. Tapi, aku ada tanggungjawab kat sini, dengan adikku yang baru pulih dari sakit. 

Ya Allah, banyak sungguh dugaanMu dari segi perasaan lebih-lebih lagi kepada hambaMu ini. 
Ya Allah, sihatkan dan pulihkanlah kesihatan atuk, tak mampuku melihat keadaan atuk and nenek bila balik kampung, mereka sudah tua.. Hatiku tersentuh melihat mereka. Beruntungnya mereka yang masih mempunyai orang tua. Hurm... macam manalah hari tua ku nanti?? Nasib kita bila sudah tua?? jika kita sudah berkeluarga, bila anak-anak semakin membesar, adakah anak-anak kita akan menjaga kita? adakah anak-anak kita akan mengambil berat tentang kita? Cuba kita lihat sendiri dekat rumah orang-orang tua. Dekat situ kita boleh menilai dan melihat keadaan mereka. Di mana anak-anak mereka?? Dulu masa kecil, siapa yang jaga mereka? kalau bukan ibu bapa mereka?

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu ini hamba yang tetap terus setia pada yang satu, anak yang solehah, jika jodoh kami berpanjangan, jadikanlah aku suri dihatinya yang taat pada perintah si dia, bakal ibu bapa mertuaku dan juga ibu bapaku. Jika aku menjadi seorang ibu kelak, jadikanlah aku ibu yang penyayang, dan dapat menjaga amanatMu dengan baik. Ya Allah, Ku mohon keampunan dariMu di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. Aamiin Ya Rabb. 


Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan...Ku Mahu Kau Tahu..

Assalamualaikum..

Hai selamat pagi semua.. jam menunjukkan sudah pukul 11.30 pagi, dah nak masuk tengah hari dah pun..
Alhamdulillah.. syukur kepada hadrat ilahi, kerana mempertemukan kita semua dengan bulan ramadhan.. Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke-8 kita semua berpuasa.
Sudah lebih sebulan tak mencoretkan kata-kata di blog ini..  Tah tahu kenapa saya tak boleh mencari nama blog through google sekarang ini.. google ada problem ke??mustahil.. hurm.. Nak view blog sendiri pon tak boleh apa entah lagi blog orang lain..hurm.. sabar jelah. Sampai kena log in dlu,buka google home page then click kat url kita click account.. kat situ barulah ade edit blog nya haishh.. awat payah sangat nie nak buka blog?...
Alhamdulillah, setakat hari ini dalam bulan puasa kali ini aku dapat berbuka puasa bersama family yang tersayang.

Ok. I have a short story.. :) Alhamdulillah.. semester ke-2 sudah melabuhkan tirainya pada saat akhir last paper exam pada 6hb july 2013.. Alhamdulillah... walaupun perasaan bercampur baur setahun ini.. Allah bagi kekuatan juga untuk saya menjawab exam dengan baik.


Syukur Alhamdulillah. Kepayahan yang ku alami selama setahun (2 sem) ini banyak mengajarku liku-liku kehidupan dan mematangkan fikiran.Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui betapa peritnya hambaMu ini melalui saat-saat ujian yang Engkau berikan.. Kini, ku hanya menunggu setahun lebih sahaja untuk menghabiskan pengajian disini. Setelah itu, saya akan mulakan kehidupan yang sebenar di alam pekerjaan. Semoga kita semua mendapat pekerjaan yang halal dan diberkahi Allah s.w.t. Aamiin.

Dalam kesedihan menghadapi ujian ini tiba-tiba terasa nak dengar lagu HUJAN.. :) Rantai rasa--Ku mahu Kau tahu--Kotak hati satuuuuuuuu.. eheheh.. "Usah kau cuba tuk menangis, tuk bahagia" hurm.. dengar tu!! untuk bahagia di masa depan.. jangan menangis.. bersabarlah dan berusahalah untuk tingkatkan kemajuan diriMu.. agar Allah meringankan segala beban yang engkau alami.. Aamiin Ya Rabb. Disebalik ujian yang kita hadapi pasti ada hikmahnya! kuatkan semangat walau apa jua ujian.. Ujian yang diberikan mungkin kesakitan, kekayaan, kesusahan dan macam-macam lagi. semoha kita semua tabah dalam menghadapi semua ujian yang diberikanNya. Allah bagi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya untuk menghadapi ujian tersebut. :)

Hurm!! sekarang ini tak tahu kenapa saya ada lagu faveret lah.. eheh.. Noh HUJAN ft Aizat. In love with You.. haaaa.. best ok lagu ini.. ce dengar.. videoclip tak macam sweet plak kan.. heee.. :)

Hurm..dah takde apa-apa lagi dah nak cakap. So, setakat ini jelah..jumpa next post.. :) As Salam.. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam, and selamat berbuka.. sabar ye.. lagi 7 jam! :)