Thursday, October 8, 2009

Suasana PTPTN!!

Hari ini 3/10/2009, sabtu, pukul 8 pagi!aku bersiap utk pergi ke dewan kuliah (LT 2). Semua pelajar yg. telah lulus memohon PTPTN di kehendaki menyerahkan borang pada hari ini, kerana esok kami part 1 ada PERKAD! Hurm... ramai betul orang time pagi ini..huh...pagi itu aku berasa gementar sangat kerana ketakutan borang PTPTN aku di tolak! Sampai giliran aku ke kaunter PTPTN,aku kena pula print page yg ade tampal setem itu balik kerana dekat page itu aku tampal 2 setem! Pada mulanya aku matikan setem itu sendiri, tapi ayahku cakap mane boleh kita matikan sendri setem itu.. kena pergi pejabat hasil untuk matikan setem itu. Hurm.. Last2..aku tampal setem tu kat page yang same.. Aku dah gelabah sangat tak tau nak buat macam mane lagi.. Akhirnya inilah jadinya.. aku kena print balik page yg berkenaan je. Nasiblah baik perpustakaan buka dan dekat je dengan LT 2 tu...huh........ penat betul ari ini.. hanya kerana setem itu aku terpaksa pergi kekaunter PTPTN tu pada sesi petang. Tidak aku da boleh relax je petang tu.hurm.. Tak pelah, jadikan ini sebagai pengajaran untuk semua orang. Kalau kita tak pasti atau tak tau macam mana buat, tanyalah orang yang tahu agar tidak menjadi seperti kes aku ini.. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat PTPTN tu, janji aku dapat beli laptop! Huhu... hari ini aku dapat kongsikan kegembiraan aku bersama kawan baik aku Nurul Faridah Zafuan! hehe... Rasa lega je selepas habis semua tu..

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. ..

Saturday, September 26, 2009

Suasana rumahku..

Hari ini 25 September 2009..ayah dan mamaku mengadakan jamuan kecil-kecilan untuk keluarga yang terdekat. Dalam masa yangg sama juga, hari ini merupakan hari lahir adik bongsu aku yang ke-13 tahun. Malam semalam aku dan adik-adikku hanya membantu mamaku mengupas dan memotong bawang sahaja.Di samping itu, aku juga menolong mama aku membuat kek dan agar-agar untuk pencuci mulut. Keesokkan pagi setelah ayah aku pulang dari kerjanya pada pukul 7:30 pagi, mamaku mengajak ayah aku ke pasar membeli keperluan bahan masakan yang tidak cukup umtuk masakan hari ini. Setelah pulang dari pasar, mereka berdua mula memasak juadah untuk hari ini. Menu utama pada hari ini ialah "nasi dagang." huhu..ayah aku mula mengukus nasi dagang dan mamaku pula memasak lauk-pauknya. Pagi itu, aku dan adik-adikku hanya mengemas rumah, menyidai kain, menyapu sampah dan lain-lain. Itu sahaja keja kami adik-beradik. setelah selesai keje kami, kami adik beradik pergi ke dapur melihat mama dan ayah kami menyediakan juadah. pada pukul 12:30 tengah hari, juadah mula siap dihidangkan. Aku dan adik-adikku menjemput beberapa orang kawan lama kami datang ke rumah untuk memeriahkan lagi suasana. Lagi pun, aku sudah lama tidak bertemu dengan rakan-rakanku itu. Aku sangat berasa gembira apabila kehadiran mereka ke rumahku terubat juga kerinduanku pada kawan-kawan lama. Pada petang itu, setelah kawanku pulang aku mengemas pinggan mangkuk yang tidak di guinakan. Malam itu pada pukul 8 malam, makcik-makcik dan sepupu ayahku datang ke rumah, menikmati juadah yang disediakan oleh mama dan ayahku. Malam ini aku terasa penat sangat mengemas rumah, walau apa pun aku tetap gembira pada hari ini kerana hanya setahun sekali sahaja ayah dan mamaku buat makan-makan sebegini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari ini.

Thursday, September 24, 2009

Open House Utk Family..

Pada hari ini.. 23 September, 4 Syawal,mak saudara aku yg dikenali sbg mak ndak, telah menjemput semua anggota keluarga sanak saudaranya dtg ke rumahnya di Bangi kerana dia mengadakan jamuan sempana hari raya Aidilfitri ini. Aku sampai ke rumah mak ndak aku pukul 7:15 ptg. Jamuan bermula pada pukul 9 mlm..mlm itu aku menolong serba sedikit di dapur, semua hidangan telah siap sedia di hidangkan di atas meja. pada waktu itu..kami sekeluarga menikmati juadah dgn selera. Kemeriahan mlm itu di sertakan lagi dgn suara anak-anak kecil, melayan kerenah mereka yg kecil-kecil ini amat memenatkan. Mlm ini aku berpeluang membawa kereta ayahku ke rumah mak ndak aku..hehehe...best, tak sangka ayah aku memberi sepenuh kepercayaan kpd aku. Alhamdulillah, tak ada apa yg berlaku semasa dalam perjalanan. Mlm ni ayah aku tak dapat datang sebab ayahku keje petang dan balik pada pukul 11 mlm. Jadi, aku bawa kereta ke rumah mak ndak aku bersama mama dan adik-adikku. Mlm ini aku ajak mamaku balik awal kerana aku amat penat dan mengantuk sekali, aku sampai ke rumah dalam pukul 11 mlm.

Sang Kancil Dan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Sulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Tuesday, September 22, 2009

Jin? Jeans? Jean? aiks...

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dgn gelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tu. 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (sptKLCC), tandas dan kubur. 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman,Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! 7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat. 8) Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yang airnya tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah,sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. * Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat inikepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salahsatu amal yang berkekalan bagi orangyang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Doa Buat Sang Pencipta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yg Melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku utk menyintaiMu.. Ya Muaimin, jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati Seseorang yg hatinya tertaut padaMu Agar tidak terjatuh aku Dalam jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati Jagalah hatiku padanya agar tidak terpaling.. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, Rindukanlah aku apada seseorang Yang merindui syahid di jalanMu.. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat Di sepertiga mlm terakhirMu.. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh Dalam perjalanan panjang menyeru Manusia kepadaMu.. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu.. Jangan biarkan aku melampaui batas Sehingga melupakan aku pada cinta Hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.. Amin..

Tahukah anda??????

Pembahagian Hati....... Hati ada beberapa bentuk: Petama: Hati yg kosong dari iman dan kebajikan, hati yg gelp. Hati yg serupa ini, syaitan tidak berusaha apa-apa lagi kerana memeng telah menjadi sarangnya. Kedua: Hati yg mempunyai penerangan iman, tetapi ada pula padanya gangguan syahwat.. ke dlm hati inilah syaitan memesukkan pelbagai gurisan dan di dlm hati inilah terjadi peperngan antara iman denga syaitan-syaitan itu. Ketiga: Hati yg penuh iman, terang benderang, sedikit pun tidak ada kegelapan di dalamnya. hati ini tidak dapat di dekati syaitan.

Monday, September 21, 2009

Suasana Hari Raya Aidilfitri-2009

Pada 20 Sept 2009, bersamaan 1 Syawal 1430H. Hari raya pada thn ini di sambut seperti hari-hari raya sebulum ini. Pada pagi ini kami adik-beradik bersalaman dgn mama dan ayah kami. Tetapi malangnya kami tidak dapat bergambar bersama ayahku krn dia ada urusan yg perlu diselesaikan di pagi raya itu. Pada thn ini kami beraya mengikut tema warna hijau. Semua anggota keluarga aku memakai warna hijau. Pada thn ini aku beraya di rumah nenekku belah mamaku di Sg. Kantan, Kajang. Walau apa pun kami menyambut syawal dgn meriah sekali apabila mak cik pak cik serta sanak-saudaraku dtg ke rumah nenek. Keadaan bertambah ceria dan meriah dgn suara anak-anak saudaraku. Aku dan adik-adikku bersalaman dgn nenek kami dan di teruskan bersalaman dgn mak cik pak cik dan saudara-saudara kami. Sambil bersalaman mereka menghulurkan duit raya..hehe.. Aku sangkakan tak dapat duit raya..malah byk duit raya yg aku dpt..huhu.. Setelah bersalaman selesai, kami sekeluarga menikmati juadah yg telah di sediakan. Ada rendang ayam dan daging, nasi impit, pelempong goreng, lemang dan macam-macam lagi. Pada mlm hari kami sekeluarga ke rumah pak cik mak cik yg berada di sekitar Semenyih. Kami beraya dari rumah ke rumah dan mlm itu kami pulang ke rumah masing pada pukul 11:30 malam.

Sunday, September 20, 2009

Tragedi yg tak di sangka


Pada 31 Ogos 2009, isnin, hari kemerdekaan ke-52 di sambut. Hari ini, pukul 8:53 pagi aku bertolak balik ke Segamat, esoknya aku ada kelas. Pada hari itu aku terpaksa menaiki train dari Kajang ke Segamat. Cuaca pagi yg tenang dgn sinaran matahari yg memancar.. aku dan 2 org rakan ku mula meninggalkan stesen sambil melambai tangan ke arah keluarga kami. Sewaktu dlm train aku tidak lena walaupun di saat itu aku terasa mengantuk sekali. Tepat pada pukul 11:30 pagi aku sampai ke Stesen Gemas, di sini keretapi berhenti menurunkan penumpang. Setiba sampai ke stesen Batu Anam, pukul 11:55 aku terasa kelajuan keretapi amat laju aku terasa bagai tercampak krn keadaan keretapi di saat itu seperti tidak stabil..dgn tiba-tibanya lampu dan air-cond tertutup dgn sendiri..kami semua risau dan turun dari train utk mengetahui apa yg terjadi. Aku melihat 3 gerabak di belakang terpisah dgn 3 gerabak di hadapan. Aku duduk di gerabak K5. Gerabak K5, K4, dan K3 selamat dan masih berada di atas landasan keretapi., tetapi gerabak K2 terkeluar dari landasan dan terbalik. Jarak di antara gerabak yg selamat dan gerabak yg terpisah ialah dlm lebih kurang 600m. Di dapati 13 org tercedera dan 2 org cedera parah. Di dlm sejarah hidup aku ini kali ke-2 aku menaiki keretapi dan aku tidak menyangka hal ini akan terjadi. Alhamdulillah, aku selamat. Aku dan pelajar2 UiTM yg lain berkumpul di Pejabat Mukim Gemas berhadapan landasan keretapi, kami terpaksa menyeberang semak dan jln raya utk ke pejabat itu. Tepat pada pukul 2 ptg, bas dari UiTM dtg mengambil kami ke Balai Polis Batu Anam utk membuat laporan. Tepat pada pukul 4:30 ptg, kami semua selamat sampai ke UiTM.

Sunday, August 30, 2009

BERSAMA KELUARGA BESAR KU....

29 Ogos,aku berbuka puasa bersama keluargaku, nenek, makcik2 & pakcik2 ku di rumah nenek aku dekat Sg. Kantan,Kajang. Meriah sgtlah suasana..rasa spt time raya je..hahaha ada sepupu aku yg beli juadah utk berbuka..mamaku & akak2nya masak bersama nenek aku utk makan berbuka puasa nanti. Keadaan makin meriah apabila masa berbuka hampir tiba.. spt biasa anak2 sedara aku & sepupu kecil aku bermain di ruang tamu. Pada thn ini, 29 Ogos,bersamaan 8 Ramadhan adalah hari pertama aku berbuka puasa di rumah nenek aku secara beramai-ramai. Selalunya pada awal 1st day puasa aku dah berbuka puasa bersama keluarga besar aku..tapi, aku kan skrg dah smbung belajar kat UiTM,Segamat..payahlah nak berbuka puasa bersama. Hari ini aku gembira sgt dapat berbuka puasa bersama family aku n family besar aku.. hehe..lepas ni.. hanya tinggal tunggu hari raya tiba...pasti byk duit raya aku dapat..hahaha...

Saturday, August 29, 2009

ORENTASI DIIM TOK PART 1....

Pagi....pukul 7:30 bertarikh 8 Ogos hari sabtu, mulalah orentasi DIIM..pada pukul 8:15 pagi,kami start aktiviti dgn senamrobik terlebih dahulu..lepas je senam tu kami semua kena berlari 1 padang kawad..huh.. Agak letih juga lah. Lepas tu kami di bahagikan kpd 12 kumpulan. Aku kumpulan ke-3! kebetulan pula kumpulan aku semuanya perempuan! haha..actually, ada lelaki dlm kumpulan aku, tapi dia org time tu dpt MC kami semua kena buat motto,lencana & trend mark bg kumpulan kami. Nama kumpulan aku ialah 3R.. " Rama-Rama Rebus" haha..kul 12tgh hari,kami di beri rehat,kul 2 baru kami kumpul semula di speaker corner. Ptg tu En. Razak,selaku KP DIIM & akak Nadiah merupakan calon DL dtg bg semangat tok kami semua. Tepat pada pukul 3 kami bermula dgn aktiviti berdebat. Kumpulan aku dapat imam tua. Jadi kita org kena lah berdebat sesama kumpulan utk menyelamatkan diri masing2.. haha.. Ada kumpulan yg dapat menjadi doktor, pensyarah,kanak2,mat rempit, pelacur,tukang masak, artis & nenek tua pun ada..haha..lepas tu kami berjemaah solat asar bersama & aktiviti ptg tu ialahbermain burung hantu. Semua student kena tutup mata dgn kain yg di bawa. Kita org diletakkan di tempat secara berseorangan. Kita org juga perlu peka dgn suara bunyi binatang kunpulan kita org. Bunyi kumpulan aku bunyi katak.. " ong kedek2" hahaha..game ni habis pukul 7 mlm. Pada pukul 9mlm kita org turun semula & bermain burung hantu juga.. suasana mlm agak menakutkan..mcm2 suara aku dgr..tapi tak takut pun..coz dgr suara & tapak kaki mcm manusia..hahaha. Mlm tu ada juga bdk yg menjerit2..haha bagai nak gila menjerit tu.. hurm.. Tapi semunya dlm keadaan ok je.. Mlm tu kami bersurai pukul 11 lebih.

AGM DIIM

Pada 7hb ogos 2009, AGM DIIM di adakan di Dewan Sri Temenggong (DST) semua part 1-6 hadir utk memeriahkan suasana mlm itu..part 1 di wajibkan hadir krn ini adalah hari utk kami semua sekali dlm seumur hidup kami menjadi part 1..hahaha kira ni hari tu utk kenangan kita org la..huhu mlm tu bdk2 dari kelas 1,2 & 3 membuat pesembahan sketsa kelas 4,5 & 6 buat persembahan time dinner nanti.. huhu..alamak! nk kena buat persembahan juga ke??hahaha..mlm tu habis perjumpaan pukul 11 mlm..tapi,part 1 kena tunggu pula...rupa2nya nak cakap pasal kehadiran mlm tu yg tidak memuaskan..hurm.. mlm tu kelas aku kena marah.. selain kelas aku, kelas 4 & 6 pun turut kena marah juga..huhu kita org kena panggil naik atas pentas DST! hahaha rasa mcm perrgh........ 1st time naik pentas.. hahaha.. kita org semua di suruh mintak maaf kat exco2 DIIM.. coz kehadiran kelas yg tidak memuaskan..setahu aku bdk2 kelas aku just 2org je tak dtg.. itu pun da di beritahu awal2 da pun.. hurm..malang betul nasib mlm tu..tapi, pape pun mlm tu enjoy ar..mlm tu part 1 bersurai dlm pukul 12 tgh mlm..esok nya kita org ada orentasi.

KISAH SEDIH DLM KELUARGAKU..

Pada thn 2004,berumur 11 thn.. adikku yg bernama,Wan Mohd Affendi mencatat kisah sejarah hitam dlm hidupnya. 6hb Ogos,dia mengalami demam..kami sekeluarga membawanya ke klinik utk mendapatkan pemeriksaan,doktor mengesyakki dia mengalami penyakit TB. Selepas 2 minggu, penyakit yg di alami tidak juga berkurang. Ayah kami menghantarnya ke Hospital Kajang utk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Semalaman dia tinggal di wad, tetapi akibat peralatan hospital yg tidak cukup, pihak hospital membawanya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ). Lebih kurang dlm masa seminggu duduk di wad, doktor mengambil sample darah, di setiap pagi dan petang & dlm masa yg sama doktor menganbil air tulang belakang utk mengesan blast (kuman) . Seminggu telah berlalu... doktor mengesahkan dia menghadapi penyakit leukimia. Selepas mendapat tahu khabar buruk tersebut, kami sekeluarga terus membuat persiapan utk adikku yg akan menjalani rawatan di HUKM. Hampir 3 bulan aku terpaksa duduk di rumah bersama adik bongsuku. Di waktu persekolahan, aku duduk di rumah nenekku, mujurlah, rumah nenekku berdekatan dgn rumahku. Hanya hari minggu shja aku balik ke rumah. Pada umurku 13 thn, aku sudah terpaksa menjalani hidup sebegitu.. adikku menerima rawatan kimoterapi selama seminggu pada setiap hari selama sejam. Selepas seminggu, doktor mengesahkan adikku menghidapi pendarahan di otak, doktor memberitahu jika selama 2 minggu pendarahan itu tdk baik, doktor terpaksa membuat pembedahan. Alhamdulillah, dgn rahmat ALLAH & berkat doa seorg ibu..akhirnya ALLAH mengkabulkan doa ibuku.. sebelum 3 hari tarikh pembedahan nak di lakukan doktor membuat pemeriksaan dgn menggunakan MRI,scan,radiotrapi & lain2 lagi utk mengesan pendarahan di otak. Semasa membuat MRI,doktor memberitahu sel dlm tubuhnya akn rosak akibat sinaran gamma-rays..dlm masa yg sama dia menerima rawatam EEG & ECG (alat yg di gunakan utk melihat saraf2 di tubuhnya ) setelah itu di dapati pendarahan otak itu sudah tiada..tetapi ia meninggalkan kesan yg mendalam. Semasa adikku menerima rawatan kimo, tiba2 penyakit sawan datang menghantui dirinya. Doktor memberitahu sawan itu terjadi akibat dri pendarahan otak yg terjadi..malah sawan itu terjadi akibat mendapat rawatan kimo yg terlalu panas.Doktor memberi ubat utk menghalang penyakit sawan itu..kadang2 dia juga mengalami kekurangan darah merah & darah kuning semasa kimo di jalankan. Pada masa itu dia terpaksa menerima darah drpd org lain. Dlm menjalani kimoterapi,badannya agak lemah tak berdaya, rambut selalu gugur, saiz badan semakin kecil dan kurus serta mulut pecah2. Ini adalah kesan dripada mendapat rawatan kimo. Dlm masa yg sama dia terpaksa mkn ubat lebih kurang 50 biji


di setiap hari pada waktu pagi & petang...selepas 2 bln badannya mula gemok krn terlalu byk mkn ubat. Dia mendapat rawatan kimo selama 2 thn. Selepas itu, doktor membuat pemeriksaan lanjutan & mendapati terdapat kuman masih ada di dlm tubuhnya.. dia terpaksa menjalani kimoterapi sekali lgi selama 36 jam dlm masa 6 hari,tiap-tiap 3 minggu. Jenis ubat kimo yg di mkn ialah Intrahecal MTX, Vincristine, 6-Mercaptopurine, Methorexate, & Prednisolone. Selepas itu, selama 6 minggu (seminggu sekali ) doktor mengambil air tulang belakang utk pemeriksaan lanjutan. Selepas habis menjalani rawatan, doktor menberi rehat di rumah & dikehendaki membuat rawatan ulangan sebulan sekali sehingga sekarang utk mengambil sample darah hnya utk diuji. Pada tahap ini dia merupakan pesakit maintenance. Akhirnya dia dpt menjalani kehidupan spt biasa..

Monday, August 3, 2009

3 ogos 2009.. kne wat blog.. huhu.. susah btol nk pikir title blog ni..huhu