Saturday, July 28, 2012

Berdoa pun kena khusyuk tau!



Kita selalu terlepas pandang.Jangan pandang remeh, kalo nak minta ngan manusia pun kita bersungguh2 nak, minta dengan Tuhan apatah lagi.. jadikan semua anggotamu MEMINTA. hayati slangkah-langkah dan praktik depan laptop nie.. heheh.  Ingat, DOA ITU SENJATA MUKMIN :)

Lagi-lagi kita dalam bulan ramadhan nie perbanyakkanlah berdoa.. sesungguhnya Allah akan memakabulkan permintaan dari hambaNya yang bersungguh-sungguh berdoa kepadaNya.. semoga doa kita semua dimakbulkan.. Amin..

Wednesday, July 25, 2012

Apalah dayaku..

Kalau kita buat baik dengan orang, orang itu mungkin tidak berbuat baik pada kita. Kalau kita tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong kita. Tapi yakinlah, satu hari dan satu masa, Allah akan hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan tolong kita.

Pastikan hati kita bersih agar sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan, kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin banyak kita lawan semakin banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.

Sesakit apa yang kau rasakan dalam hidupmu, setiap kejahatan oleh manusia padamu bukan menjadi alasan bagimu untuk membalasnya, hadapilah dengan sabar. Jangan biarkan ia melemahkan imanmu. Kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Allah sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya.

Ya Allah..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui keadaan hambaMu ini..kesulitan, kesedihan yang melanda diri ini tidak dapat dibendung lagi.. hanya padaMu aku berserah.. Ku cuba untuk memujuk hati ini tapi apakan daya air mata tetap menjadi peneman yang setia. Apalah salahku sampai dihukum sebegini?
Dimana kegembiraan yang Engkau ciptakan buat ku? Janganlah Engkau tarik ia..kembalikanlah kepada hambaMu ini..sesungguhnya aku tidak berdaya untuk menahan kesedihan ini..
Semoga Engkau sampaikan salamku untuk dirinya jauh disana..

Monday, July 23, 2012

Garang???


GADIS YANG GARANG sebelum kahwin , InsyaAllah akan menjadi gadis yang sangat manja dan romantis selepas kahwin....


Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya dan kerana MANJA serta MENGADA kepada suaminya ialah KEWAJIPANNYA...♥


P/s: hahaha..kalau sebelum kahwin tu dah garang2.. bagus la...nanti dah lepas kahwin kalau garang juga dengan suami..takut derhaka.. hurm..