Wednesday, March 19, 2014

Nikmat air

Assalamualaikum w.b.t
Awak apa khabar? ye..awak yang tengah baca nie.. hope awak sihat aje. Hurm, currently, now the place where I'm study was having water crisis ok!. Ini adalah salah satu nikmat hidup yang sukar bagi semua pelajar dekat sini. Tapi kesian sangat bagi junior yang baru masuk dah ada krisis air macam ini. Adoiii.. apa nak buat, terima aja lah Qada & Qadar Allah. Dulu pun time akak part 04, ada masalah krisis air macam ini juga tapi seminggu jelah yunk, ini sampai hujung bulan 3 haaa 2 hari tak ada air 2 hari ada air..

 

Ok, picture ini di ambil oleh salah sorang roomate saya, dari pandangan kolej kami, inilah kejadian petang tadi. Berpusu-pusu student beratur nak ambil giliran tadah air. Nampak tak kat situ betapa air ini penting sangat! Tapi before this kita tak pernah nak menghargai air. Bila Allah tarik nikmat air tu sikit aje, dah jadi macam ini. Ya Allah, tolonglah kami... 

Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-qur'anul Karim dalam surah Ibrahim sebagai berikut:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih“. (QS. Ibrahim [14]: 7)



Sekarang ini pun ramai student tengah tunggu lori air. Tadi dalam lingkungan jam 8 malam lori air dah datang, ramainya orang beratur, so I just decide and hope so that lori air tu datang tengah malam bawa air untuk kami serumah ini haaaa, adehhh barulah rasa nikmat air tu sekarang ini, betapa air tu penting dan berharga macam EMAS! hahahah.. setakat ini yang dah takung pun dah nak ketahap minimum dah, buat mandi and ambil wuduk. Haaa gigihla semester ini, aku bawak tong sampah hitam and box biru (alaaa ada jual kat tesco ke giant ke) buat isi air, sebab tu dalam sehari setengah tak ada air ini aku boleh mandi sikit-sikit.. Alhamdulillah, hope so esok adalah air..

Ermm, this week I have to back home because I want to visit my grandmother laaaa. why? baru-baru ini dia kena masuk air, of coz la masuk wad kan, ermm, she is too old enough and badan dia pun dah tak larat dah, since arwah paksu meninggal 27hb April tahun lepas nenek dah tak berdaya. I really understand her feeling, lost her lovely son. Bila orang kesayangan dah pergi tinggalkan kita, kita rasa sedih yang teramat, lemah tak berdaya, lagi-lagi kesihatan nenek yang tak menentu. ermmm, semoga nenek cepat-cepat keluar wad. Aamiin. 

Ok, now 9.50 p.m! nak stop typing dah ini, nak buat assignmnet pulok, tengah hari tadi pun baru aje hantar assignment, untunglah kolej and fakulti depan belakang aje jalan kaki x sampai 5 minit dari kolej.. untunglah duduk tingkat satu.. Alhamdulillah... :) This week balik kena discuss dengan family nak buat praktikal kat mana, so from now onward, be prepare for ur praktikal yan!ok.. papai, selamat malam. 

Friday, March 14, 2014

Ianya baru bermula

Assalamualaikum w.b.t.
Almost 2 weeks dah berlalu, semester baru pun berjalan dengan baik tapi, since 1st week pun dah dapat assignment. hohhh, nasiblah kena prepare sikit fizikal dan mental untul final year final sem ini. Hurm, Alhamdulillah, taklimat praktikal 1st session dah pun berlalu, dah dengar half information yang kita nak tahu sangat, resume, handbook semua berkaitan dengan praktikal aku dah tengok and baca. Hope so aku dapat buat praktikal dengan cemerlang!

Err... lately ini, since masuk new semester ini asyik sakit kepala aje. why this is happend to me? Ya Allah, sakit boleh faham tak, aku berharap semester ini tak ada gangguan kesihatanlah. Aku terlalu memikir! huh.. aku dah pi check kat doktor and BP aku ok. Alhamdulillah, nasib baik-baik aje. 

Sekarang ini, dengan musin jerebu..alahai, please take good care of yourself yan! and you too! sekarang pun MPP puncak ini dah rajin-rajin edarkan mask muka, so apa lagi, pakailah untuk jaga kesihatan dari terhidu asap-asap dan debu halus tu, nanti ada juga yang batuk-batuk, sakit tekak dan jangan lupa, banyakkan minum air. :)

Hurmm, agak bosan bila duduk kolej tapi kat rumah ini tak ada orang. Inilah perkara yang membosankan! errr rasa macam nak tidur aje! hahahaha! berboraklah dengan bantal tu.. alahaiii sedihnya.. ermm, sekarang ini dah masuk hari ke -7! pencarian MH370, semua ini takdir, Qada dan Qadar Allah! kita semua hanya mampu berdoa dan buat solat hajat semoga pencarian MH370 itu berakhir dengan cepat. 



Ya Allah Engkau tabahkanlah hati-hati keluarga mereka yang menimpa musibah ini, kerana ini adalah salah satu ujian yang Engkau berikan kepada mereka untuk mereka bersabar dan berserah kepadaMu. Begitu juga aku! aku sedang belajar untuk menjadi seorang pelajar, dan juga seorang anak yang tabah dalam kehidupan aku selama hampir 2 tahun degree ini. 

Banyak masalah hati, pemikiran, perasaan, fizikal dan mental. Yang pasti aku kena kuatkan semangat untuk menghabiskan sisa-sisa degree ini dengan baik! Semoga pengakhiran degree aku ini berbekalkan kejayaan yang cemerlang yang boleh membuatkan ibu bapa aku berbangga dengan aku. Aamiin..
Haaaaa sekrang dah pun pukul 4 lebih petang, aku pun nak pi solat asar. Cukup rasanya di sini sahaja.. ngee sekian, selamat menjalani ibahdah. :)

Friday, February 28, 2014

Birthday Girl

Assalamualaiku w.b.t, Alhamdulillah di atas kurniaan Ilahi.

Malam ini nak bagitahu satu story yang telah berlalu, dah seminggu pun, cuma malas dan tak ada masa nak update dekat blog ni haaa, busy jadi babysitter, busy menjaga hati dan perasaan, busy mengemas barang, busy memikirkan hal-hal yang telah berlaku.. errrrr ok! Alhamdulillah semua barang sudah siap kemas, tersusun rapi je, tinggal menghitung hari sahaja sekarang ini. InshaAllah ahad ini, nak balik Puncak dah, mungkin tengah hari inshaAllah. Now! bermulalah kisah part 06 final year student. hehe..hee

Nak cerita ni, on 22th Feb lepas, BFF sy buat suprise, konon-kononlah nak bagi suprise nangis-nangis.. pada hal dorang tak tahu yang birthday girl ini dah sentap bagai dia orang buat bodoh je time birthday lepas, tak ada wishes langsung! hahah tapi i knew that why they do like that to me! because?? dia orang dah bagitahu awal-awal when come on my bufday dia orang nak buat bodoh tak nak wish! hahaha sabar jelaa but its ok. (*oklah sangat, sentap sedih je lebih tahu! sampai hati.. hahaha) 2 years! juga teddy bear tu dengan aku siang malam suka duka dia je yang tengok aku susah payah aku selama ini. Hanya dia peneman di kala suka dan duka... huhuhu lebih baik cakap dengan teddy bear!


Huh! ok..kami tak rancang pun kami nak pakai turquoise sesama hari tu ehh, wahh instinct kuat sangat nak pakai turquoise, tu yang pakai skirt, tak sangka pula sama dengan mek 2 orang ini..hehehe. ok! suprise sangalah depan rumah ni haa adoiii gigihlah sampai rambut BFF sorang ni terbakar sikit sebab lilin dekat pavlova yang dia buat tu terkena rambut.. adoiiii nasib sikit tahu! haishhh lain kali hati-hati ok yunk! wooahhh pavlova! yes!! pavlova.. dia buat untuk saya.. khas untuk saya, my mom said sedap! ahahah then dapat RM! huhu RM tu guna beli kasut dekat mines! 1/2 price! hahah ada lebih simpan untuk next barang maybe... ahahahah

Lepas dah suprise nyanyi-nyanyi bagai kami pi SBU dekat bangi, wahhh 1st time pi SBU bangi, dulu pi SBU Shah Alam, errmm tak memborong 3 helai tudung pula kan!! hahaha tudung yang ada clip reben tu mas bagi, thanks awak.. ngee :)


Motif!! hahahaha screenshoot! tengok tarikh and time cantik je... gigihlah screenshoot kan. adoiii time ni lah still waiting your wishes yunk oiiii tetap menunggu dan menanti awak awak dan awak. haishhh, ermmm dah penat nak taip, nak pi sambung tengok batman begins laaaaa..ok papai.. selamat malam awok! 

Thursday, February 20, 2014

Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,
Agar Allah memindahkan segala kebaikan orang yang menyakiti kita...

Tidak MUDAH bagi kita bangun ketika dalam keadaan kesakitan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari,
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita sentiasa kuat...

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita sentiasa membahagiakan orang lain,
Bukan membahagiakan diri sendiri...

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian dari penyucian diri,
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi...

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berlumuran didalamnya,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita...

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuhi,
Untuk mengawal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai pengganti...

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari,
Bahwa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat...

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang mendatang,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyuburkan rasa kesabaran dan rasa syukur ke hadrat Ilahi,
Dan menyadari itu adalah sebahagian dari cara Allah menyayangi hambanya,
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-NYA..

Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah..Sesungguhnya kasih sayang dari-Nya amat bernilai kepada semua hambanya kerana tanpa kasih sayang dari-Nya hidup kita akan terumbang ambing bagai ombak dilautan..

Pesanan ini buat diri kamu dan diriku..

Saturday, February 15, 2014

Yesterday 14.02.14

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Assalamualikum w.b.t. semoga kita semua hidup dalam keberkatan Ilahi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kita dapat menghirup udara di hari ini.. Semalam, 14.02.2014, (jumaat), hari keputusan peperiksaan bagi semua pelajar seluruh UiTM dekat Malaysia ini. Haaaa kepada yang lulus, yang dapat dekan tu, tahniah! Kepada yang sedih tak dapat dekan macam aku ini, harap bersabar, bukan rezeki kita lagi. Mungkin kita boleh cuba lagi di semester hadapan. (Last semester). Sekarang ini aku nak bagitahu yang aku ini official sebagai student final year! Ahahah.. ok fine!

Setelah aku gagahi hidup selamat hampir 2 tahun di Puncak, akhirnya sampai juga dipenghujungnya.. tidak lebih bagi aku mengharapkan agar aku dapat mengakhiri sisa-sisa semester yang terakhir before aku pergi praktikal ini dengan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Aku mengharapkan agar semester 6 aku kali ini berakhir dengan baik. Itu sudah cukup bagiku. Aku tidak mampu menahan segala sebak dan sakitnya dada aku ini bila aku teringat kisah lama. Tapi tak mengapa, aku anggap itu sebahagian dari ujian hidup aku dari Allah kepada hambanya yang Dia kehendaki. Alhamdulillah, segala tomahan, kata-kata gossip yang aku tak tahu selama ini, aku dah tahu dan aku anggap itu hanyalah cerita kedai kopi mereka.

Ok! Cuti smester 05 bakal menghampiri saat-saat terakhirnya. 3hb Mac, official bagi aku untuk menjadi pelajar semester 06!. Semoga segala motivasi yang ada akan membuahkan hasil bagi aku untuk aku hidup berjuang selama 5 bulan itu nanti. Cuti semester kali ini, as usual, aku tak kerja, duduk melepet (melepak) dekat rumah macam kerang busuk! Hahaha.. aku buat part time job! Jadi babysitter..duk jagalah anak buah aku dua orang ini.. Hurm, bila tak kerja ini, teringat deal yang aku buat dulu.. haishhhh..

Aku start cuti sem. 7hb jan 2014, tapi 22hb jan., aku kena balik puncak balik. Kenapa? Sebab aku ada daftar satu program 3P (Program Pentauliahan Professional). Aku ambil kos ITIL. Kami belajarlah how to manage and serve the IT service, and banyak lagilah. Maklumlah, sekarang ini zaman dah maju, semua nak guna IT. Hurmm, paling aku rasa sentap sekali aku kena pilih jadi class monitor, haishhh tiba-tiba.. semata sebab aku ada pendrive. hooo lepas ini, tanya apa-apa duk diam sahajalah.. kuikuikuik...ni picture last class, esok nya 5 Feb, exam! Alhamdulillah! Aku lulus exam ITIL tu..berbaloilah 2 minggu aku.. J

Disebabkan saya monitor class, saya berdiri disebelah traineer saya.. Orang Jalan Bukit rupanya, #BukuTextYangTebal

Hurmmm, ok! nak diceritakanlah pada 08 Feb (sabtu) yang lepas aku and kawan aku berempat (kawan SKSK-sekolah rendah) pergi mendaki Broga untuk pertama kalinya ok! huh. 400meter.. haishhh seronok dapat panjat bukit brogan, maklumlah, aku ni kempunan sangat nak naik broga, hari tu pula kawan tiba-tiba mengajak naik, aku dengan bangga dan gigihnya bersemangatlah nak naik broga. Pastu dah sampai rumah esok paginya badan sakit-sakit. Warming up buat main-main, pastu naik dengan tak ada staminanya. Hahah sampai kawan aku sorang nak muntah bagai. Adehhh tapi apa-apa pun kami sampai jugak kat puncak brogan. (itu pun selepas sejam 20 mint) pergh!! 400m amek masa sejam! Hahaha.. ala, consider la sikit, aku tunggu kawan aku yang nak muntah tu tahu, dengan ramai orangnya. Tapi bila turun dari puncak 30 mint aje.. hahah berlagak! Adehhh..nasib tak tersungkur!


Bila time nak turun dekat area puncak pertama broga, adalah sekumpulan student ini, boleh sambut birthday dengan potong kek siap ok! hahaha BFF??? nak request buat macam Itu boleh? heheh.. Errr.. penatlah menaip, dengan sakit tulang belakang ini, tiba-tiba pula dari semalam ni, adeeh.. oklah! #As salam..


Monday, January 20, 2014

♥ ReD VeLvEt...

Assalamualaikum... sekarang sudah masuk pukul 1.20 pagi. Tapi mata aku bulat tang-tang lagi.. hurmmm, tak rasa ngantok lagi sekarang nie, jadi aku decide nak citer pasal red velvet! hahaha.. actually tadi aku try nak lelapkan mata ini haaa, tiba-tiba terfikir red velvet pula dahhh.. ahahah hurmmmm dappp nyaaaaa... dah lama juga lah tak makan red velvet. Last aku makan time housemate aku buat. Hahh!! seriusly! cream atas red velvet yang dia buat sedap gilerrr.. meleleh air liur aku nak lagiiii huhuhu..


Haishhh, mengidam ke apa aku nie? sekarang ini yang mengandung kawan aku tu hah... tapi symptom mengidam aku ni dah lama jugalah kiranya, hahaha adehhh merepek pagi-pagi buta nie.. huh.. disebabkan aku tak dapat red velvet malam ini, gigihlah aku menggunakan pakcik google cari picture red velvet! hahah.. gilee ke ape?? haaaaa....


Huhuhu.. tengok picture red velvet cup cakes ini pon sudah membuatkan aku lapar tengah-tengah malam ini ye.. adoiiii.. hurrmmm aku ingat lagi.. 1st time aku makan cup cakes red velvet ini kat semonyih dulu.. tahun lepas kot, tak ingatlah, tapi time tu lepas kenduri apa entah.. tak ingat juga.. heeee 1st time makan aku dah fall in love dengan red velvet ini.. haaaa sampai sekarang red velvet jadi pujaan hatiku... :)

Jikalah aku dapat sebiji kek red velvet ini, haaa aku sanggup habiskan.. kalau cup cakes yang satu pun tak cukup! sebiji ape entah lagi.. hahah *ini perut buaya ke apa??hahah tak adalah.. kalau dah favourite kan, nak buat macam mana.. hehehe, tapikan, sekarang ini susah nak cari red velvet yang kek nya sedap, I means texture kek tu lembut, tak keras la, and cream atas tu sedap macam aku makan dulu.. haaaa tak boleh nak katalah sedapnya tu, haishhhh.


Maklumlah, sekarang ini berlambak red velvet dekat pasaran, tapi nak cari yang betul-betul sedap payahlah, hari tu kat Puncak ada karnival, and one of booth dekat situ ada jual red velvet. Hurmm boleh laaaaa rasanya pun oklah. Time tu pun mengidam sangat nak makan red velvet, belilah juga kan. hehe.. Ok! aku dah tak ada idea nak cakap apa pasal red velvet. Tu jela coretan post kali ni.. Selamat malam semua!. 

♥ ReD VeLvEt...

Saturday, January 18, 2014

Suka-suki Januari.

Assalamualaikum... almost 3 month la rasanya tak update blog.. almaklum laaa busy bebenor katanya.. haishh.. ok malam ini I just want to share about my previous sem (05).. hooo Alhamdulillah, dengan berkat dari keluarga dan rahmat dari Ilahi aku tempuh dugaan degree ini dengan baik. Alhamdulillah ku ucapkan kepadMu Ya Allah, aku menghabiskan sisa-sisa sem 5 dengan baik, final paper aku sem ni pun just ada 2 ajee, start on 5th and finished on 7th. Pada 8hb pagi tu, aku dah siap-siap packing barang balik. Alhamdulillah, aku sudah pun menghampiri detik-detik terakhir di Puncak. After this, Puncak just be a memory for me. Actually, takde la memory sangat pun sebab takde yang best. I just came to Puncak only for further my studies ajee bukan cari jodoh, kawan pun tak ramai. Bila degree ini aku tak seaktif diploma dulu, maklumlah I just keep remind myself "ingat pesan dia" itu ajeee.

Hurmmmm, tapikan sekarang ini, aku mula nampak perubahan pada diri aku..!! haaa takutnyaaaaa... aku macam makin susut.. perubahan pada muka jelas terang dan nyata tak macam diploma dulu, agak-agak kalau nak tengok pipi tembam last konvo diploma la kot. huhu. ok! Motif. tinggalkan sebentar citer tentang berat badan dan pipi. Hurmmm, Alhamdulillah, aku nampak kau selesa disana, kau bahagia dengan kehidupan kau, gambar kau jelas telah memberi penjelasan seolah-olah telah menceritakan tentang kehidupan kau disana bahawa kau makin bahagia. Aku sentiasa mendoakan agar kau sentiasa bahagia, segala urusan kau dipermudahkan dan kau sentiasa dekat denganNya.. Aamiin.

Bulan Januari.. di januari ooo... eh? macam lagu januari pula.. hehe.. bulan ini 2 kali aku sambut bufday BFF aku yang tersayang. I ♥  both of my BFF. Friends until Jannah sayangku sekalian. heheh actually aku ada buat rakaman suara untuk dia orang, lagu bufday versi mandarin, tapi aku tak berkesempatan nak hantar dekat dia orang, huhu takpe lah tahun depan lah. hehehe.. itu pun jika umur aku panjang.


Inilah picture tak seberapa nak aku kongsikan dalam blog ni.. betapa tak prepare nya aku time ini, dengan hadiah beli last mint, balut last mint. hahaha but we have make a suprise bufday celebration for mas. Time ini, kiteorang sambut awal dua hari, bufday nya 3th januari, almaklumlah, kan dah bagitu tadi, final paper aku 5th jan. Hurmm..terkejut makcik sorang ini, nak nangis tapi tahan-tahan, akhirnya menitiskan air mata juga! terharu lettew.. heheh..


Ok! ini kisah semalam, bufday girl yang sorang ini, kebetulan semalam taipusam, jadi whole family dia ada dekat rumah, kami segan nak buat suprise dekat rumah dia, jadi kami suprise kan dia dalam kereta lah.. hahah suprise dalam kereta? like seriusly?? hehe pong boley.. heheh.. datang rumah ida macam apa jee terjenguk-jenguk, last-last makcik sorang ini keluar jugak.. heheh then kami bawa pi Jusco dekat balakong tu, jalan-jalan pi makan-makan and gi karaoke jap, heeee.. 
I just feel happy wif them, love both of them so much. We have a good quality time together. I just want to spent time wif my love one.. ♥