Thursday, October 8, 2009

Suasana PTPTN!!

Hari ini 3/10/2009, sabtu, pukul 8 pagi!aku bersiap utk pergi ke dewan kuliah (LT 2). Semua pelajar yg. telah lulus memohon PTPTN di kehendaki menyerahkan borang pada hari ini, kerana esok kami part 1 ada PERKAD! Hurm... ramai betul orang time pagi ini..huh...pagi itu aku berasa gementar sangat kerana ketakutan borang PTPTN aku di tolak! Sampai giliran aku ke kaunter PTPTN,aku kena pula print page yg ade tampal setem itu balik kerana dekat page itu aku tampal 2 setem! Pada mulanya aku matikan setem itu sendiri, tapi ayahku cakap mane boleh kita matikan sendri setem itu.. kena pergi pejabat hasil untuk matikan setem itu. Hurm.. Last2..aku tampal setem tu kat page yang same.. Aku dah gelabah sangat tak tau nak buat macam mane lagi.. Akhirnya inilah jadinya.. aku kena print balik page yg berkenaan je. Nasiblah baik perpustakaan buka dan dekat je dengan LT 2 tu...huh........ penat betul ari ini.. hanya kerana setem itu aku terpaksa pergi kekaunter PTPTN tu pada sesi petang. Tidak aku da boleh relax je petang tu.hurm.. Tak pelah, jadikan ini sebagai pengajaran untuk semua orang. Kalau kita tak pasti atau tak tau macam mana buat, tanyalah orang yang tahu agar tidak menjadi seperti kes aku ini.. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat PTPTN tu, janji aku dapat beli laptop! Huhu... hari ini aku dapat kongsikan kegembiraan aku bersama kawan baik aku Nurul Faridah Zafuan! hehe... Rasa lega je selepas habis semua tu..

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. ..