Friday, February 28, 2014

Birthday Girl

Assalamualaiku w.b.t, Alhamdulillah di atas kurniaan Ilahi.

Malam ini nak bagitahu satu story yang telah berlalu, dah seminggu pun, cuma malas dan tak ada masa nak update dekat blog ni haaa, busy jadi babysitter, busy menjaga hati dan perasaan, busy mengemas barang, busy memikirkan hal-hal yang telah berlaku.. errrrr ok! Alhamdulillah semua barang sudah siap kemas, tersusun rapi je, tinggal menghitung hari sahaja sekarang ini. InshaAllah ahad ini, nak balik Puncak dah, mungkin tengah hari inshaAllah. Now! bermulalah kisah part 06 final year student. hehe..hee

Nak cerita ni, on 22th Feb lepas, BFF sy buat suprise, konon-kononlah nak bagi suprise nangis-nangis.. pada hal dorang tak tahu yang birthday girl ini dah sentap bagai dia orang buat bodoh je time birthday lepas, tak ada wishes langsung! hahah tapi i knew that why they do like that to me! because?? dia orang dah bagitahu awal-awal when come on my bufday dia orang nak buat bodoh tak nak wish! hahaha sabar jelaa but its ok. (*oklah sangat, sentap sedih je lebih tahu! sampai hati.. hahaha) 2 years! juga teddy bear tu dengan aku siang malam suka duka dia je yang tengok aku susah payah aku selama ini. Hanya dia peneman di kala suka dan duka... huhuhu lebih baik cakap dengan teddy bear!


Huh! ok..kami tak rancang pun kami nak pakai turquoise sesama hari tu ehh, wahh instinct kuat sangat nak pakai turquoise, tu yang pakai skirt, tak sangka pula sama dengan mek 2 orang ini..hehehe. ok! suprise sangalah depan rumah ni haa adoiii gigihlah sampai rambut BFF sorang ni terbakar sikit sebab lilin dekat pavlova yang dia buat tu terkena rambut.. adoiiii nasib sikit tahu! haishhh lain kali hati-hati ok yunk! wooahhh pavlova! yes!! pavlova.. dia buat untuk saya.. khas untuk saya, my mom said sedap! ahahah then dapat RM! huhu RM tu guna beli kasut dekat mines! 1/2 price! hahah ada lebih simpan untuk next barang maybe... ahahahah

Lepas dah suprise nyanyi-nyanyi bagai kami pi SBU dekat bangi, wahhh 1st time pi SBU bangi, dulu pi SBU Shah Alam, errmm tak memborong 3 helai tudung pula kan!! hahaha tudung yang ada clip reben tu mas bagi, thanks awak.. ngee :)


Motif!! hahahaha screenshoot! tengok tarikh and time cantik je... gigihlah screenshoot kan. adoiii time ni lah still waiting your wishes yunk oiiii tetap menunggu dan menanti awak awak dan awak. haishhh, ermmm dah penat nak taip, nak pi sambung tengok batman begins laaaaa..ok papai.. selamat malam awok! 

Thursday, February 20, 2014

Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,
Agar Allah memindahkan segala kebaikan orang yang menyakiti kita...

Tidak MUDAH bagi kita bangun ketika dalam keadaan kesakitan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari,
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita sentiasa kuat...

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita sentiasa membahagiakan orang lain,
Bukan membahagiakan diri sendiri...

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian dari penyucian diri,
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi...

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berlumuran didalamnya,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita...

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuhi,
Untuk mengawal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai pengganti...

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari,
Bahwa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat...

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang mendatang,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyuburkan rasa kesabaran dan rasa syukur ke hadrat Ilahi,
Dan menyadari itu adalah sebahagian dari cara Allah menyayangi hambanya,
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-NYA..

Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah..Sesungguhnya kasih sayang dari-Nya amat bernilai kepada semua hambanya kerana tanpa kasih sayang dari-Nya hidup kita akan terumbang ambing bagai ombak dilautan..

Pesanan ini buat diri kamu dan diriku..

Saturday, February 15, 2014

Yesterday 14.02.14

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Assalamualikum w.b.t. semoga kita semua hidup dalam keberkatan Ilahi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kita dapat menghirup udara di hari ini.. Semalam, 14.02.2014, (jumaat), hari keputusan peperiksaan bagi semua pelajar seluruh UiTM dekat Malaysia ini. Haaaa kepada yang lulus, yang dapat dekan tu, tahniah! Kepada yang sedih tak dapat dekan macam aku ini, harap bersabar, bukan rezeki kita lagi. Mungkin kita boleh cuba lagi di semester hadapan. (Last semester). Sekarang ini aku nak bagitahu yang aku ini official sebagai student final year! Ahahah.. ok fine!

Setelah aku gagahi hidup selamat hampir 2 tahun di Puncak, akhirnya sampai juga dipenghujungnya.. tidak lebih bagi aku mengharapkan agar aku dapat mengakhiri sisa-sisa semester yang terakhir before aku pergi praktikal ini dengan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Aku mengharapkan agar semester 6 aku kali ini berakhir dengan baik. Itu sudah cukup bagiku. Aku tidak mampu menahan segala sebak dan sakitnya dada aku ini bila aku teringat kisah lama. Tapi tak mengapa, aku anggap itu sebahagian dari ujian hidup aku dari Allah kepada hambanya yang Dia kehendaki. Alhamdulillah, segala tomahan, kata-kata gossip yang aku tak tahu selama ini, aku dah tahu dan aku anggap itu hanyalah cerita kedai kopi mereka.

Ok! Cuti smester 05 bakal menghampiri saat-saat terakhirnya. 3hb Mac, official bagi aku untuk menjadi pelajar semester 06!. Semoga segala motivasi yang ada akan membuahkan hasil bagi aku untuk aku hidup berjuang selama 5 bulan itu nanti. Cuti semester kali ini, as usual, aku tak kerja, duduk melepet (melepak) dekat rumah macam kerang busuk! Hahaha.. aku buat part time job! Jadi babysitter..duk jagalah anak buah aku dua orang ini.. Hurm, bila tak kerja ini, teringat deal yang aku buat dulu.. haishhhh..

Aku start cuti sem. 7hb jan 2014, tapi 22hb jan., aku kena balik puncak balik. Kenapa? Sebab aku ada daftar satu program 3P (Program Pentauliahan Professional). Aku ambil kos ITIL. Kami belajarlah how to manage and serve the IT service, and banyak lagilah. Maklumlah, sekarang ini zaman dah maju, semua nak guna IT. Hurmm, paling aku rasa sentap sekali aku kena pilih jadi class monitor, haishhh tiba-tiba.. semata sebab aku ada pendrive. hooo lepas ini, tanya apa-apa duk diam sahajalah.. kuikuikuik...ni picture last class, esok nya 5 Feb, exam! Alhamdulillah! Aku lulus exam ITIL tu..berbaloilah 2 minggu aku.. J

Disebabkan saya monitor class, saya berdiri disebelah traineer saya.. Orang Jalan Bukit rupanya, #BukuTextYangTebal

Hurmmm, ok! nak diceritakanlah pada 08 Feb (sabtu) yang lepas aku and kawan aku berempat (kawan SKSK-sekolah rendah) pergi mendaki Broga untuk pertama kalinya ok! huh. 400meter.. haishhh seronok dapat panjat bukit brogan, maklumlah, aku ni kempunan sangat nak naik broga, hari tu pula kawan tiba-tiba mengajak naik, aku dengan bangga dan gigihnya bersemangatlah nak naik broga. Pastu dah sampai rumah esok paginya badan sakit-sakit. Warming up buat main-main, pastu naik dengan tak ada staminanya. Hahah sampai kawan aku sorang nak muntah bagai. Adehhh tapi apa-apa pun kami sampai jugak kat puncak brogan. (itu pun selepas sejam 20 mint) pergh!! 400m amek masa sejam! Hahaha.. ala, consider la sikit, aku tunggu kawan aku yang nak muntah tu tahu, dengan ramai orangnya. Tapi bila turun dari puncak 30 mint aje.. hahah berlagak! Adehhh..nasib tak tersungkur!


Bila time nak turun dekat area puncak pertama broga, adalah sekumpulan student ini, boleh sambut birthday dengan potong kek siap ok! hahaha BFF??? nak request buat macam Itu boleh? heheh.. Errr.. penatlah menaip, dengan sakit tulang belakang ini, tiba-tiba pula dari semalam ni, adeeh.. oklah! #As salam..