Saturday, January 29, 2011

Khas Kepada Kaum Lelaki..

Pesanan Rasulullah SAW Lelaki :

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".

Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Saturday, January 1, 2011

Akal Senipis Rambutnya..

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa
sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan
lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk
yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri
tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok
menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang
ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa
oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan
harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan
kecantikan, kerana nantinya mereka akan
semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang
kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia
dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan
iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia
dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah
nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan
Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya
di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak
akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka
tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak
kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti
dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan
ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di
bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina
Ali karamallahuwajhah