Sunday, August 30, 2009

BERSAMA KELUARGA BESAR KU....

29 Ogos,aku berbuka puasa bersama keluargaku, nenek, makcik2 & pakcik2 ku di rumah nenek aku dekat Sg. Kantan,Kajang. Meriah sgtlah suasana..rasa spt time raya je..hahaha ada sepupu aku yg beli juadah utk berbuka..mamaku & akak2nya masak bersama nenek aku utk makan berbuka puasa nanti. Keadaan makin meriah apabila masa berbuka hampir tiba.. spt biasa anak2 sedara aku & sepupu kecil aku bermain di ruang tamu. Pada thn ini, 29 Ogos,bersamaan 8 Ramadhan adalah hari pertama aku berbuka puasa di rumah nenek aku secara beramai-ramai. Selalunya pada awal 1st day puasa aku dah berbuka puasa bersama keluarga besar aku..tapi, aku kan skrg dah smbung belajar kat UiTM,Segamat..payahlah nak berbuka puasa bersama. Hari ini aku gembira sgt dapat berbuka puasa bersama family aku n family besar aku.. hehe..lepas ni.. hanya tinggal tunggu hari raya tiba...pasti byk duit raya aku dapat..hahaha...

Saturday, August 29, 2009

ORENTASI DIIM TOK PART 1....

Pagi....pukul 7:30 bertarikh 8 Ogos hari sabtu, mulalah orentasi DIIM..pada pukul 8:15 pagi,kami start aktiviti dgn senamrobik terlebih dahulu..lepas je senam tu kami semua kena berlari 1 padang kawad..huh.. Agak letih juga lah. Lepas tu kami di bahagikan kpd 12 kumpulan. Aku kumpulan ke-3! kebetulan pula kumpulan aku semuanya perempuan! haha..actually, ada lelaki dlm kumpulan aku, tapi dia org time tu dpt MC kami semua kena buat motto,lencana & trend mark bg kumpulan kami. Nama kumpulan aku ialah 3R.. " Rama-Rama Rebus" haha..kul 12tgh hari,kami di beri rehat,kul 2 baru kami kumpul semula di speaker corner. Ptg tu En. Razak,selaku KP DIIM & akak Nadiah merupakan calon DL dtg bg semangat tok kami semua. Tepat pada pukul 3 kami bermula dgn aktiviti berdebat. Kumpulan aku dapat imam tua. Jadi kita org kena lah berdebat sesama kumpulan utk menyelamatkan diri masing2.. haha.. Ada kumpulan yg dapat menjadi doktor, pensyarah,kanak2,mat rempit, pelacur,tukang masak, artis & nenek tua pun ada..haha..lepas tu kami berjemaah solat asar bersama & aktiviti ptg tu ialahbermain burung hantu. Semua student kena tutup mata dgn kain yg di bawa. Kita org diletakkan di tempat secara berseorangan. Kita org juga perlu peka dgn suara bunyi binatang kunpulan kita org. Bunyi kumpulan aku bunyi katak.. " ong kedek2" hahaha..game ni habis pukul 7 mlm. Pada pukul 9mlm kita org turun semula & bermain burung hantu juga.. suasana mlm agak menakutkan..mcm2 suara aku dgr..tapi tak takut pun..coz dgr suara & tapak kaki mcm manusia..hahaha. Mlm tu ada juga bdk yg menjerit2..haha bagai nak gila menjerit tu.. hurm.. Tapi semunya dlm keadaan ok je.. Mlm tu kami bersurai pukul 11 lebih.

AGM DIIM

Pada 7hb ogos 2009, AGM DIIM di adakan di Dewan Sri Temenggong (DST) semua part 1-6 hadir utk memeriahkan suasana mlm itu..part 1 di wajibkan hadir krn ini adalah hari utk kami semua sekali dlm seumur hidup kami menjadi part 1..hahaha kira ni hari tu utk kenangan kita org la..huhu mlm tu bdk2 dari kelas 1,2 & 3 membuat pesembahan sketsa kelas 4,5 & 6 buat persembahan time dinner nanti.. huhu..alamak! nk kena buat persembahan juga ke??hahaha..mlm tu habis perjumpaan pukul 11 mlm..tapi,part 1 kena tunggu pula...rupa2nya nak cakap pasal kehadiran mlm tu yg tidak memuaskan..hurm.. mlm tu kelas aku kena marah.. selain kelas aku, kelas 4 & 6 pun turut kena marah juga..huhu kita org kena panggil naik atas pentas DST! hahaha rasa mcm perrgh........ 1st time naik pentas.. hahaha.. kita org semua di suruh mintak maaf kat exco2 DIIM.. coz kehadiran kelas yg tidak memuaskan..setahu aku bdk2 kelas aku just 2org je tak dtg.. itu pun da di beritahu awal2 da pun.. hurm..malang betul nasib mlm tu..tapi, pape pun mlm tu enjoy ar..mlm tu part 1 bersurai dlm pukul 12 tgh mlm..esok nya kita org ada orentasi.

KISAH SEDIH DLM KELUARGAKU..

Pada thn 2004,berumur 11 thn.. adikku yg bernama,Wan Mohd Affendi mencatat kisah sejarah hitam dlm hidupnya. 6hb Ogos,dia mengalami demam..kami sekeluarga membawanya ke klinik utk mendapatkan pemeriksaan,doktor mengesyakki dia mengalami penyakit TB. Selepas 2 minggu, penyakit yg di alami tidak juga berkurang. Ayah kami menghantarnya ke Hospital Kajang utk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Semalaman dia tinggal di wad, tetapi akibat peralatan hospital yg tidak cukup, pihak hospital membawanya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ). Lebih kurang dlm masa seminggu duduk di wad, doktor mengambil sample darah, di setiap pagi dan petang & dlm masa yg sama doktor menganbil air tulang belakang utk mengesan blast (kuman) . Seminggu telah berlalu... doktor mengesahkan dia menghadapi penyakit leukimia. Selepas mendapat tahu khabar buruk tersebut, kami sekeluarga terus membuat persiapan utk adikku yg akan menjalani rawatan di HUKM. Hampir 3 bulan aku terpaksa duduk di rumah bersama adik bongsuku. Di waktu persekolahan, aku duduk di rumah nenekku, mujurlah, rumah nenekku berdekatan dgn rumahku. Hanya hari minggu shja aku balik ke rumah. Pada umurku 13 thn, aku sudah terpaksa menjalani hidup sebegitu.. adikku menerima rawatan kimoterapi selama seminggu pada setiap hari selama sejam. Selepas seminggu, doktor mengesahkan adikku menghidapi pendarahan di otak, doktor memberitahu jika selama 2 minggu pendarahan itu tdk baik, doktor terpaksa membuat pembedahan. Alhamdulillah, dgn rahmat ALLAH & berkat doa seorg ibu..akhirnya ALLAH mengkabulkan doa ibuku.. sebelum 3 hari tarikh pembedahan nak di lakukan doktor membuat pemeriksaan dgn menggunakan MRI,scan,radiotrapi & lain2 lagi utk mengesan pendarahan di otak. Semasa membuat MRI,doktor memberitahu sel dlm tubuhnya akn rosak akibat sinaran gamma-rays..dlm masa yg sama dia menerima rawatam EEG & ECG (alat yg di gunakan utk melihat saraf2 di tubuhnya ) setelah itu di dapati pendarahan otak itu sudah tiada..tetapi ia meninggalkan kesan yg mendalam. Semasa adikku menerima rawatan kimo, tiba2 penyakit sawan datang menghantui dirinya. Doktor memberitahu sawan itu terjadi akibat dri pendarahan otak yg terjadi..malah sawan itu terjadi akibat mendapat rawatan kimo yg terlalu panas.Doktor memberi ubat utk menghalang penyakit sawan itu..kadang2 dia juga mengalami kekurangan darah merah & darah kuning semasa kimo di jalankan. Pada masa itu dia terpaksa menerima darah drpd org lain. Dlm menjalani kimoterapi,badannya agak lemah tak berdaya, rambut selalu gugur, saiz badan semakin kecil dan kurus serta mulut pecah2. Ini adalah kesan dripada mendapat rawatan kimo. Dlm masa yg sama dia terpaksa mkn ubat lebih kurang 50 biji


di setiap hari pada waktu pagi & petang...selepas 2 bln badannya mula gemok krn terlalu byk mkn ubat. Dia mendapat rawatan kimo selama 2 thn. Selepas itu, doktor membuat pemeriksaan lanjutan & mendapati terdapat kuman masih ada di dlm tubuhnya.. dia terpaksa menjalani kimoterapi sekali lgi selama 36 jam dlm masa 6 hari,tiap-tiap 3 minggu. Jenis ubat kimo yg di mkn ialah Intrahecal MTX, Vincristine, 6-Mercaptopurine, Methorexate, & Prednisolone. Selepas itu, selama 6 minggu (seminggu sekali ) doktor mengambil air tulang belakang utk pemeriksaan lanjutan. Selepas habis menjalani rawatan, doktor menberi rehat di rumah & dikehendaki membuat rawatan ulangan sebulan sekali sehingga sekarang utk mengambil sample darah hnya utk diuji. Pada tahap ini dia merupakan pesakit maintenance. Akhirnya dia dpt menjalani kehidupan spt biasa..

Monday, August 3, 2009

3 ogos 2009.. kne wat blog.. huhu.. susah btol nk pikir title blog ni..huhu