Sunday, March 20, 2011

Anak Yang Soleh dan Solehah.

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup... atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:


Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah. Tiada keredhaan baginya kerana melupai orang tua mereka.


Kesimpulannya:
Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya). ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan kita. jadi sebagai anak kita perlulah menjaga dan mendoakan keselamatan hidup mereka dunia akhirat. tanpa mereka, tiadalah kita didunia.

Saturday, March 19, 2011

malam..

Selamat malam kepada anda yang membaca blog ini..huhuh
tiada apa yang ingin ku bicarakan disini hanyalah untuk mengucapkan SELAMAT MALAM..
huh.. macam lagu Faizal Tahir pulakan..huhuh..
buat masa ini tak ada benda yang nak di kongsikan bersama..kuikuikuik..
takpelah..sabo je lah..huhuhu
tunggulah..bila mase saya ingin kongsikan sesuatu..
pasti akan saya kongsikan disini..hurmm
dah mengantuk sangat nie..huhuh baru lepas habis event Malam Gerakan Pahlawan under Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi... adhock lah katakan.kuikuikui.. amat penat dan ingin tido..
Selamat Malam semua..
Have a nice dream.. :)

Friday, March 11, 2011

Rahmatilah..

Hari ini.. dari pagi sehingga ke ptg, hujan turun tak berhenti-henti, hujan bagaikan pengganti air mataku yang ingin menitis jatuh ke muka bumi. hari ini, dari pgi aku ke rumah nenek, kami sekeluarga dikehendaki berkumpul disana untuk bergerak ke KLIA bersama2. tepat pada pukul 12:10 tengah hari, kami berangkat ke KLIA. Sedih yang teramat melihat mamaku dan adik-beradiknya serta sepupu dan anak saudaraku berangkat menuju ke rumah ALLAH, untuk menunaikan umrah. keluargaku seramai lebih kurang 15 orang telah berangkat menuju ke sana pada pukul 6.15 ptg jangkaan waktu bertolak. hurm.. itu pun dah 2 kali delay penerbangan. banyak sungguh dugaan mereka.. semoga mereka dapat menunaikan umrah dengan hati yang terbuka dan tenang untuk melakukan ibadah disana. tersentuh rasa hati ini apabila melihat semua keluarga dihantar oleh keluarga masing2 bersama anak2 dan cucu2 mereka.. tapi aku??? aku dan adik2 aku hanya mampu menumpang kereta yang kosong untuk menghantar mamaku ke KLIA, Sepang. amat terasa apabila sepupu bertanya; datang dengan siapa? ayah? mana ayah? YE!! dimana AYAH aku??? sampai sekarang aku masih teringat soalan itu di ruang2 minda aku.. sedih yang teramat, aku tak dapat nak tahan tangisan hati aku ini.. aku duduk di kerusi sambil memikirkan persoalan itu lalu terjatuh titisan2 air mata.. kenapa??? kenapa?? mesti ayah aku kerja pada hari ini??? aku tak dapat menjawab persoalan sepupu aku itu lalu menjawab “ntah..” hurm.. ntah??? seperti jawapan yang tak memberangsangkan! hurm.. kesedihan mula tersentuh apabila aku mendakap mamaku dan buat kali yang keduanya air mataku menitis tanpa ada banteng yang menghalangnya. apakah makna tangisan air mata ini?? ntahlah..tangisan yang penuh mengharap dan memberi harapan agar mereka dapat pulang dengan selamat dan dapat melakukan ibadah dengan tenang dan aman. Sekarang, aku hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, aku dan keluarga; ayah, mama dan adik2 dapat pergi menziarahi rumah ALLAH bersama2.. disini, aku hanya ingin katakan:

1) hargailah orang yang kita sayang,apabila dia tiada disamping kita, pasti kita akan merinduinya jua.

2) kerja?? kerjalah bersungguh2 untuk membiayai keluarga, tetapi ingatlah, utamakan keluarga dahulu walau apa jua keadaan.

3) ingatlah, kita ini milik ALLAH, kita datang dari-Nya, dan kita pergi kepada-Nya jua.