Friday, December 21, 2012

Cuba mengerti

Assalamualaikum w.b.t.


Masa berlalu dengan pantas, pejam celik pejam celik dah nak habis semester dah.. part 3 degree dah mula menutup tirainya.. 20.12.2012 mulalah hariku free from presentation, test and submit assignment dan bermulahlah juga study week.. hurm final nak hampir dekat, so i need more focus for my final exam.. untuk permulaan semester nie sangat worst, ingat lagi mula-mula nk daftar kolej dengan gelabahnye haiii..nasib ade Mama dan Ayah. They are by my side when I need help masa tu, siap isikan borang, and macam-macamlah..dah gelabah sangat tak tahu apa-apa..macam budak darjah 1 baru masuk sekolah ok! huhu..then, for this semester bagiku sangat-sangat worst, dan dah terlalu banyak masa yang aku dah persia-siakan. Satu masalah meleret-leret membuatkan hati dan perasaan aku terhuyang-hayang tak stabil. So, untuk final sem part 3 degree nie aku nak lebih fokus dan berubah diri ke arah kebaikan.

Ya Allah Engkau berikanlah petunjuk, berikanlah kekuatan dan bukakanlah pintu hatiku dan juga pintu hati-hati hambaMu yang lain agar mereka juga mendapat lindungan dan hidayahMu. Aamiin.

Hidup ini penuh dengan liku-liku kesulitan hidup yang mempunyai pelbagai ragam aksi manusia. Allah pun dah bgthu dalam Al-Quran kan bahawa "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(Al-Baqarah:286).

Kadang-kadang kita terpaksa menerima sesuatu keputusan yang terburu-buru, keputusan yang tak matang dari pemikiran kita sendiri mahupun keputusan dari orang lain. Agak sukar untuk menerimanya, sehingga kita jadi terpaksa dan sukar nak meredhainya. Tapi sebenarnya dari keterpaksaan itu, perlahan-lahanlah kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerananya (kata Ustaz Azhar Idrus). Jadi, cubalah untuk kita bersama-sama mengikhlaskannya, dan tidak perlulah untuk berkata-kata tentang apa yang telah berlaku. Adalah tidak adil jika satu kesalahan yang kita lakukan memadam seribu kebaikan yang pernah kita lakukan, namun itulah hakikatnya manusia, memandang sesuatu dari sudut yang tidak logik.

Sekarang nie, dalam mengejar cita-cita, aku cuba untuk menguatkan diri untuk maju kehadapan dan berdoa agar Allah dapat merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku di masa hadapan. Tugas kita plan, usaha, doa. Result itu tugas Allah. Tak perlu serabut kepala susah hati akan resultnya. Usaha bersungguh, Allah pasti bagi yang terbaik ♥ :)

Aku merelakan dan mengikhlaskan hati untuk memaafkan semua yang menyakiti hati ini secara tidak langsung atau secara langsungnya. Kita tidak tahu bila saatnya, bila tibanya masa nyawa kita di ambil. Jadi, maafkanlah diri ini di atas segala kekurangan yang ada. Maafkanlah diri ini bila ade menyakiti juga hati dan perasaan kamu semua. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu dalam dada ku berharap hanya dirimu yang bertakhta.. Ya Allah. Tiada daya bagiku, hanya padaMu aku berserah dan kerana Engkaulah satu-satunya tempat untuk aku mengadu.


✿~✿ Maafkan orang jika mahu dimaafi ✿~✿

♥ Maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ Maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ Maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ Maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ Maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

"Memaafkan itu lebih baik dripada berdendam kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti.."

Akhir kalam, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghadapi exam tak lama lagi, semoga kita semua tabah dalam mengharungi kehidupan kita sebagai anak, rakan dan hamba Allah. Wassalam. :)

Thursday, December 13, 2012

KetentuanNya

✿~ LELAKI : ''Senang nak cari PEREMPUAN yang PAKAI TUDUNG, tetapi..susah nak cari PEREMPUAN yang MENUTUP AURAT...''
✿~ PEREMPUAN : ''Mudah nak cari LELAKI yang PANDAI BERCINTA, namun..sukar untuk dapatkan LELAKI yang SETIA dan BERTANGGUNGJAWAB...''

p/s : ISTIQAMAHLAH dalam memperbaiki diri ke arah yang LEBIH BAIK, utamakan PANDANGAN ALLAH daripada pandangan manusia..kerana sebaik-baik PENILAIAN hanyalah datang dari Allah..♥

Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca.

Sabarlah hingga kau temukan permata…♥


♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥

"Jika Anda Yakin Untuk Berubah Dan Sanggup Menghadapi Segala Risiko Yang Pasti Timbul, Anda Sebenarnya Sedang Berjalan Di Tangga Kejayaan"

Saturday, December 8, 2012

Satu bintang *

Assalamualikum. W.B.T.

Sudah sebulan berlalu bagaikan angin datang berlalu dan pergi. Hari ini, aku nak cerita tentang apa yang sudah berlaku sebulan yang lepas.. ok. Bulan lepas, before a few day konvo aku balik rumah and sempat lagi buat pre-convo dengan BFF aku yang tersayang + cinta. Heheh mereka buat surprise!! And sudah lama jugalah aku tak kena surprise kan! So sweet..siap bagi bunga, siap ade belon. Woahh it AWESOME!!
Ok! Then, on 28hb November 2012 adalah hari keramat aku sebagai pelajar diploma. Akhirnya, aku officially graduate! J tahniah yan! Hari yang penuh bermakna bagiku, mama dan ayah. Harapan ayah dan mama setelah aku mendapatkan segulung diploma sudah tercapai. Sekarang, mereka nakkan aku lebih berjaya. Mereka nakkan aku dapat lebih baik dari apa yang aku dapat time konvo lepas. Mereka nakkan segulung ijazah yang dapat membanggakan mereka. Hurm. Senang cerita straight to the point, nakkan  IJAZAH KELAS PERTAMA!!
Huhu. Lepas je konvo habis, mulalah pelbagai ragam…nak sakit tekaklah, demamlah. Batuklah.. tiap2 mlm after convo day aku tido berselimutkan sweater hitam.. and sampai hari ini pun, batuk tak habis-habis. Huhu.. tiba-tibakan, agaknya terkejut kot, bila habis je konvo parents harapkan aku dapat ijazah kelas pertama.. hahaha Bukan senang nak dapatkan, tapi tak mustahil kalau kita berusaha!. J On that day, aku mengharapkan someone datang bagi bunga, ok fine! Nobody comes to me with a bouquet of flower.. haaaaa, teringat kata-katanya dulu.. konvo diploma aku berjalan seperti biasa. Baju yang aku pakai pon biasa tapi it have value for me. Baju yang dihadiahkan oleh someone untuk dipakai pada hari raya lepas, tapi aku niat nak pakai time konvo and now! Aku sudah merealisasikan harapan aku. Ok! Harapan aku untuk ijazah sekarang ini, aku dapat belajar dengan tenang dan melalui saat-saat masaku dengan baik. Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan bagiku agar aku dapat menempuhi apa yang terjadi dengan tenang, redha dan sabar. Jadikanlah hatiku hati yang kuat dan redha serta mampu untuk bertahan selama 2 tahun ini. Aku dah nekad, sebelum masuk puncak perdana lagi, aku datang untuk belajar dan mengubah diriku untuk menjadi lebih baik. Aku taknak main-main kali ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan harapan mama dan ayah serta orang yang ingin aku buktikan. Pada permulaan semester pertama ini, aku merangkak. Merangkak bagai aku putus harapan untuk teruskan apa yang aku dah dapat depan mata. Aku jadi lemah, bagikan aku tak bernyawa untuk teruskan kehidupan, di atas nasihat dan semangat dari kawan-kawan, and harapan mama dan ayah, aku kuatkan diri untuk teruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar ijazah.  Ya! Memang aku tipu kalau aku katakan aku tak kuat sebenarnya bila aku teringatkan peristiwa itu. Sekarang ini, aku hanya mampu mendekatkan diri pada ALLAH agar Dia dapat mneyembuhkan luka dan satukan kembali hati-hati aku yang fragile itu. Sangat memilukan, tapi aku akan cuba untuk berdiri dan berlari untuk aku teruskan kehidupan aku disini. Akan aku ingat selalu kata-kata ayah aku, “sekarang ini, tiada masa untuk bermain dan kamu kene terus berlari untuk mengecapi kejayaan untuk masa depan.”  Ya ayah! Saya sedang cuba berlari untuk mencapai apa yang ayah dan mama inginkan. Satu-satuya jalan untuk aku kembali pulih dan tenang, aku dalam proses untuk mendekatkan lagi diriku dengan ALLAH agar Dia dapat menjagaku dari segi fizikal, mental, akhlak dan macam-macam lagi. Aku mahukan dia Ya ALLAH..kuatkanlah dan cekalkanlah hatiku. Aku tak mampu hidup tanpa cinta-Mu

Thursday, November 8, 2012

8 November 2012..

Assalamualaikum w.b.t.
Hari nie genap 2 bulan berada di puncak..
Rasanya tiada kebahagiaan pun dekat sini melainkan belajar! belajar! dan belajar!
Ya Allah.. Engkau lebih mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku..

Sunday, October 14, 2012

Andai Bisa Kita Memahami..


Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?Atau mungkin seorang kekasih? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan.. We have to face the reality even it'll hurt our hearts.. do read, and find out yourself..Renungkan....
Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu... Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan menyesal.....

Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah

Wednesday, September 5, 2012

Hakikat Seorang Perempuan




Dalam kehidupan seharian, pasti kita akan melakukan kesilapan. walau kesilapan itu di pandang enteng tapi bagi orang lain kesilapan itu sangat menyakikan... Cemburu! cemburu kerana takut kehilangan orang yang kita sayangi... kita takut segala-gala macam rasa takut menghantui diri.. Ya Allah, Engkau pulihkanlah hatinya, perasaannya, pemikirannya agar tidak terganggu lagi.. hanya satu kesilapan yang aku lakukan aku layak disakiti sebegini.. Aku tak kuat Ya Allah.. Jika nyawaku boleh menggantikan apa yang berlaku, aku redha menerima ketentuanMu.. Asalkan dia tidak disakiti.. 

"Every women's heart has different instruction. they're written through her eys, in her smile, through her actions and in her tears. she just has to find someone who cares enough to read them.."

Sunday, September 2, 2012

Menanti saatnya

Assalamualaikum.. hampir sebulan tak ada post apa-apa tapi kali nie hanya nak meluahkan apa yang aku rasakan..
Pedih rasa hati ini..sedih menyelubungi jiwa ini..
Perit kesakitan yang ku alami, perit lagi rasa hati ini yang menanggung..
Air mata menjadi peneman dikala hati disakiti, pedih merasa kesakitan yang dialami.
Ya Allah? adakah ini satu ujian bagiku?? untuk aku tabah menghadapi cabaran yang mendatang???
Aku hanya inginkan kebahagiaan.. dimana kebahagiaan yang ku cari yang telah hilang begitu sahaja???  sekerlip mata hilang tanpa diduga hanya kerana kesedihan yang menghantui dirinya.
Aku redha Ya Allah.. Aku pasrah dengan apa yang terjadi, jika ini yang Kau inginkan terjadi..
Aku terima semua ini dengan redha..
Ya Allah, jika jarak ini yang Engkau ujikan pada kami, tabahkanlah hati kami agar tetap setia dan Engkau redhakanlah hubungan kami.
Aku sudah pun yakinkan diriku untuk buktikan kesetiaan yang ku janjikan..
Aku serahkan segala-galanya padaMu Ya Allah..
Ya Allah, aku mengharapkankan kesetiaan dan kejujuran darinya, semoga Engkau menjadi perantaraan bagi kami untuk menjaga diri dan hubungan ini Ya Allah..
Tiada tempat untuk aku mengadu selain Engkau Ya Allah.. sesungguhnya Engkau perkenankanlah segala doaku, Aamin..

 

"Satu pasangan capai persetujuan untuk bina satu ikatan untuk menuju perkahwinan, automatik dah dikira bertunang."


#Ust Azhar Idrus

Saturday, July 28, 2012

Berdoa pun kena khusyuk tau!



Kita selalu terlepas pandang.Jangan pandang remeh, kalo nak minta ngan manusia pun kita bersungguh2 nak, minta dengan Tuhan apatah lagi.. jadikan semua anggotamu MEMINTA. hayati slangkah-langkah dan praktik depan laptop nie.. heheh.  Ingat, DOA ITU SENJATA MUKMIN :)

Lagi-lagi kita dalam bulan ramadhan nie perbanyakkanlah berdoa.. sesungguhnya Allah akan memakabulkan permintaan dari hambaNya yang bersungguh-sungguh berdoa kepadaNya.. semoga doa kita semua dimakbulkan.. Amin..

Wednesday, July 25, 2012

Apalah dayaku..

Kalau kita buat baik dengan orang, orang itu mungkin tidak berbuat baik pada kita. Kalau kita tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong kita. Tapi yakinlah, satu hari dan satu masa, Allah akan hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan tolong kita.

Pastikan hati kita bersih agar sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan, kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin banyak kita lawan semakin banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.

Sesakit apa yang kau rasakan dalam hidupmu, setiap kejahatan oleh manusia padamu bukan menjadi alasan bagimu untuk membalasnya, hadapilah dengan sabar. Jangan biarkan ia melemahkan imanmu. Kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Allah sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya.

Ya Allah..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui keadaan hambaMu ini..kesulitan, kesedihan yang melanda diri ini tidak dapat dibendung lagi.. hanya padaMu aku berserah.. Ku cuba untuk memujuk hati ini tapi apakan daya air mata tetap menjadi peneman yang setia. Apalah salahku sampai dihukum sebegini?
Dimana kegembiraan yang Engkau ciptakan buat ku? Janganlah Engkau tarik ia..kembalikanlah kepada hambaMu ini..sesungguhnya aku tidak berdaya untuk menahan kesedihan ini..
Semoga Engkau sampaikan salamku untuk dirinya jauh disana..

Monday, July 23, 2012

Garang???


GADIS YANG GARANG sebelum kahwin , InsyaAllah akan menjadi gadis yang sangat manja dan romantis selepas kahwin....


Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya dan kerana MANJA serta MENGADA kepada suaminya ialah KEWAJIPANNYA...♥


P/s: hahaha..kalau sebelum kahwin tu dah garang2.. bagus la...nanti dah lepas kahwin kalau garang juga dengan suami..takut derhaka.. hurm..

Tuesday, May 1, 2012

Doa untuk memiliki jodoh yang baik



Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku, Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yang berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yang berkuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
Bila dia jauh, dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu  tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap &;mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati, Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dalam Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjamaah untuk tetap menuju-Mu..
Bimbinglah hati kami, Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...


( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan; Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Amin )

Wednesday, April 18, 2012

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah..


Alhamdulillah...

Segala kesulitan yang melanda diri ini telah dapat dirungkaikan..diselesaikan.. Alhamdulillah.. :)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada BFF aku yang disayangi. Kau banyak tolong aku untuk aku menyelesaikan masalah ini.. Thanks a Million.. :)

Tak lupa juga kepada MFI... awak teman saya ke hulu ke hilir sepanjang hari menemani saya.. dan ada je waktu di saat saya memerlukan.. saya sangat menghargainya..sangat.sangat.sangat menghargainya.. segala suka dan duka bersama awak selama ini tidak akan pernah saya lupakan kerna apa?? kerna SAYA SAYANGKAN AWAK...! walau besar mana sekali pun salah saya terhadap awak.. harap awak dapat maafkan saya.. sekeping hati ini telah awak curi dan harap awak dapat menjaganya dengan baik..

Hurm.. ooopps!! hampir terlupa ye.. hari ini dan post kali ini aku nak share something dengan anda semua yang membaca post ini.... hihi

Sabar adalah kunci dalam ujian...
Takut adalah kunci ketaqwaan..
Kasih sayang adalah kunci kebahagiaan..
Marah adalah kunci nahi mungkar..
Tenang adalah kunci kemanisan iman...
Baik sangka adalah kunci persefahaman..
Rasa cukup adalah kunci syukur...

Aku ada terbuka dan terbaca seorang hamba Allah punya blog ini.. dan aku suka kata-kata itu dan harap dapatlah aku kongsikan kepada pembaca sekalian.. harap kita dapat mengambil sedikit ilmu yang kita terima untuk dijadikan sebagai amalan.. InsyaAllah.. Amin.. :)

Monday, April 16, 2012

Di ruang kesempitan



Ya Allah!!!..

Kenapa diriku ini terasa mempunyai beban yang amat berat untuk aku pikul..

Ya Allah..

Engkau senangkanlah bagiku untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi dengan tenang..

Engkau permudahkanlah dan luaskanlah segala jalan bagiku untuk hamba-Mu ini menjalani segala saat-saat kesulitan dan kesempitan yang melanda diri ini...

Ya Allah...

Bukakanlah pintu jalan penyelesaian bagiku agar hamba-Mu ini dapat keluar dari masalah yang membelengu pemikiranku ini Ya Allah..

Berikan ku rahmat dan hidayah-Mu agar dapat hamba-Mu ini menerima kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.. Amin...


*** Ketika kau pikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabnya.. ***

Saturday, March 24, 2012

Allah sentiasa bersamamu..

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

TERIMA KENYATAAN
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.


BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

BERFIKIRAN POSITIF
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

LUAHKANNYA
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

BERI TUMPUAN PADA HIDUP
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda lemah. Kuatkan semangat bina jati diri yang kuat untuk menempuh hari-hari anda dengan baik.

Pesanan..
Ingatlah.. Di saat kita merasakan kita terbeban dan tidak mempunyai sesiapa di sisi, pada saat itu Allah sedang memerhatikan kita dengan penuh rasa kecintaannya..

Monday, March 12, 2012

Study Week (Last Semester-Part 6)

Assalamualaikum..
Huhuhu..


Minggu nie baru je bermula..hari isnin..ok!
Tapi..bagi aku dah nak berakhirnya study week tok FINAL SEM nie..
Woaahhh... kejap je masa berlalu.
Pejam Celik... Pejam Celik..
Dah nak habis belajar dah aku nie..huhuh
Dip. in Information Management.. Part 1-Part 6 di UiTM Segamat Johor..
3 tahun dekat sana..banyak suka duka, penuh kenangan.. Final exam akan bermula rabu nie.. 14/3/2012. Hope so that I can do better for this last sem. Semuanya untuk mama dan ayah, dan semuanya untuk masa depan aku. :)) <3


Hurm.. hidup nie tak selalunya indah..tapi yang indah tetap ada dalam kenangan.
Tapi kalu benda yang tak indah berlaku??ade ke dalam kenangan? huhu ttteeeeett..
Ahak! huhu...lately nie before study week ade je benda nak jadi kan! huh..



Eh? tak baik mengeluh.. ish3!! huhuhu..
Nak buat macam mana..dah benda nak jadi..take it as ur challenges in your life ok!!
Kepada sesiapa yang pernah mengalami kejadian yang buruk dalam hidup dia.. take it as Your challenges in your life..ini dugaan hidup.. lumrah hidup..sama ada dalam kita berkawan, bekerja atau apa-apa jelah! huhu.. sedih memang sedih..tapi nak buat macam mana?? Hanya kepada-Mu Ya Allah aku berserah dan aku redha dengan semua yang berlaku..Semoga aku menjadi lebih tabah lagi.. :))


Dalam kehidupan nie..sebelum kita nak mendapatkan kebahagiaan, kita pasti akan diduga..kesabaran,ketaqwaan itu yang penting.. Doa adalah senjata umat Islam! aku selalu ingat tu.. Apa pun yang berlaku berdoalah..semoga kita mendapat apa yang kita inginkan..
Hidup tak seindah biasa...tapi yang biasa itulah yang akan mengajar kita untuk hidup dengan lebih matang. Kita Diuji..Allah sedang menguji kita... Alhamdulillah.. Allah sayang kita.. :))




  • Ingat! Sabar3!! itu yang penting.. kalau kita tak tahan.. air mata bole jadi teman yang setia untuk kita meluahkan apa yang kita rasa.. menangis untuk kita puaskan hati yang tengah duka dan sedih.. Allah jadikan air mata untuk hambanya sebagai teman bila kita dalam kesedihan. Tengok! bila kita sedih..kita menangis..kita akan puaskan? jadikan air mata itu sebagai satu tempat untuk kita meluahkan rasa yang terpendam di dalam lubuk hati kita..

    Hurm..
    Aku ade something nak share..


  • Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.


  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkan kesalahannya bermaksud dia akan melakukan satu kesalahan lagi.


  • Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.


  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.


  • Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.


  • Tiada hadiah yang berharga selain nasihat yang baik.


  • Andai kau ingin berkawan.Janganlah kerana kebaikannya kerana mungkindengan 1 keburukan kau akan membencinya.


  • Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.


  • Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.


  • Diam tak bermakna kita senyap, penakut. Tetapi kita diam untuk mengumpul kekuatan memulihkan apa yang kita rasakan.

Monday, February 20, 2012

Lovely..




Apa Itu Cinta?

❀ Kata Bomba →❤ cinta tak boleh dipadam ✔

✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap ✔

❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu anugerah ✔...

✿ Kata Doktor → ❤ cinta tak dapat untuk diubati ✔

❀ Kata Guru →❤ cinta tak boleh untuk di pelajari ✔

✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh dihukum ✔

❀ Kata Orang →❤ cinta itu indah ✔

✿ Kata Ulama →❤ cinta Allah kekal abadi ✔

Saturday, February 11, 2012

Tulang Rusukku..


♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang...
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, amin ~♥~

Monday, February 6, 2012

Pendakian yang memenatkan..

Assalamualaikum..



Kembali lagi aku disini nak kongsikan satu lagi post.. haishh
Sebenarnya ada je cerita nka dikongsikan..banyak je..tapi biasalah..malas nak menaip.. dengan assignment tak siap lagi..huhuhu busy la.. aceceh.. busy lah sangatkan! huhuhu..
Haa!! tak agak terlewat jugak.. nak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul tuk semua umat ISLAM.. perbanyakkanlahselawat ke atas baginda Rasulullah..semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah serta syafaat di akhirat kelak..


Sebenarnya..bukan time Maulud je nak perbanyakkan selawat nie..hari-hari selawat pun boleh..
Aku ada terdengar syarahan..pakcik makcik pun ada bercerita.. bahawasanya, Nabi Muhammad S.A.W. akan memberi syafaat kepada umatnya yang banyak berselawat ke atas baginda..
Jadi, marilah kita semua perbanyakkan selawat jika kita nak syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak..semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang menerima syafaat itu.. :)


Ok!! Nak cerita nie..27-29hb Januari lepas, aku ikut aktiviti program kelab..mendaki gunung di Langat, Selangor..





Woahhhh..Gunung Nuang.. best sangat dengan ketinggian 4 lebih ribu kaki..sejauh 1.5KM jugak lah kan...hurm.. semangat nie nak daki gunung.. tapi barang-barang kemas last mint jugak... hahahaa...maklumlah..busy kan.. hehehe.. pagi sabtu (28hb jan.) after subuh dah gerak mendaki..nak sampai ke kem lolo nie mengambul masa dalam 2 jam lebih..bayangkan...aku kene post dekat graoup belakang.. huh..sangat penat..yelahkan..ade budak yang tak larat jalan kena tunggu lagi..hurm..tapi pape pun..nampaklah kat situ..exco-exco ada yang membantu ahli-ahlinya..sangat memuji diaorang sebab tabah! tabah mengangkat barang-barang yang sangat banyak! dah macam nak pergi berniaga je.. hahahaha...


Adehh... hurm... dalam pukul 9 lebih pagi sampai ke Kem Lolo..rehat kejap..yang best sangat nie..ade air terjun..woaahhh.. sejuknya air... hehehe... dalam 28 orang ahli yang ikot program nie..hanya dalam 11 orang je yang naik ke puncak termasuk aku! heee.. :)






Allah... penatnya daki gunung..sampai kaki nie dah tak terasa dah..tak larat..mula-mula nak give up je bila sampai dekat Kem Pacat....tapi bila pikir balik rugi lah.dah penat-penat daki...nak give up kan!! so!! pada masa tu..YAN!! kuatkan semangat.. !!! hahhaha dari Kem pacat ke Puncak Nuang..ambil masa 2 jam.. pergggghh... 2 jam sebelum nak samapi puncak tu halangan-halangan nak mendaki bagi aku sangat mencabar..kita daki batu-batu yang besar and ade kecuraman sedikit ye..(actually bukan sikit tapi banyak curamnya tu.. hahhaha) sangat berpuas hati bila dah sampai puncak.. sejuk...kabus... dapat lihat Kuala Lumpur ye dari atas tu.. and!! satu perkongsian kat sini.



Dari Gunung Nuang nie kita boleh turun dekat Bentong, Pahang ye..tapi mengambil masa 3 hari.. if I am not mistaken..bentong rasanya..hahahha ari tu tak berapa dengar info yang diberikan..alah!..korang bole search..wiki kan ade.. hehehehe woahh..bila sampai saatnya nak turun semua balik ke Kem Lolo...Ya ALLAH..dasyat nya..bagi aku sangat mencabar...



Walau pun terasa takut-takut..tapi semanagt nak mendaki tu ade..nasib baik aku dapat turun balik dengan selamat..just kaki kiri je lah ade masalah sikit..bergetar..penat kot..sebab bila turun..kita gunakan tenaga kaki tuk menahan.. jadi sangat sakit..terseliuh pun ada.and sampai sekarang terasa terseliuh tu.. kaki belah kanan pulak..dahlah kaki kanan pernah terseliuh dekat buku lali.haishhh..bertongkat seketika ye pada ketika itu.. (hurm.nie cerita sem lpeas..part 5.. sekarang dah part 6 yan oiii..huhuhu)..and kesian kat guider yang teman aku balik..hahaa peganglah beg aku sampai ke Kem Lolo.. hahaha nasib baik kau comel. eh??? hahahaha tulah..dah kau offer nak bawakan..aku bagi jelah... :)


Ok lah!!pape pun..sangat best daki Gunung Nuang..sape-sape yang tak pernah daki tu bolehlah mencuba..
For me..this is wonderful experience that I have!! SANGAT SERONOK..walaupun kesakitan di seluruh badan terasa..lagi pun Gunung Nuang nie 1st gunung yang aku daki... kenangan di Nuang..takkan dapat aku lupakan..


Aku dah mendaki Gunung Nuang.. korang??bila lagi?? hehehe...

Thursday, January 12, 2012

Alone...

Assalamualaikum...


Salam sejahtera...diharapkan sesiapa yang membaca post ini akan ceria2 selalu... :)



Hurm..agak lama juga aku tak meluahkan isi hati aku dekat blog nie..hehehe..hurm..


Kehidupan ini tak seindah yang kita sangkakan..ada kala kita di atas..ada kala kita akan berada dibawah..tak semua yang kita impikan akan menjadi indah semata2 dan selamanya.. Mac 2012..InsyaALLAH.. kehidupan aku sebagai seorang student diploma bakal berakhir..sesaat masa berlalu dengan pantas tanpa disedari..apa yang aku inginkan adalah kejayaan yang membuahkan hasil untuk keluarga aku..


Sesuatu yang indah...adalah tagline untuk blog nie... kenapa aku memilih sesuatu yang indah???



Sebab...



Aku nak berkongsikan sesuatu yang indah dan bermakna kepada orang yang membacanya.. hurm..mungkin post kali nie post yang tak indah dibaca kerana kekeliruan,kekacauan yang melanda diri aku sekarang tidak dapat membuatkan aku berasa indah...hurm.. kenapa ye??



Lately nie, ada sahaja perkara yang merunsingkan kepala otak aku..berlegar2 di pemikiran memikirkan sesuatu yang sangat membuatkan aku tersentap bila di renungkan kembali.. lately nie jugak aku terasa alone..tak tahu kenapa.. ada je sesuatu yang mengganggu pikiran nie..ish!perlu ke semua nie??haiishh..apa salah aku?? apa yang kamu mahukan dari aku??aku hanya insan biasa yang juga memiliki hati dan perasaan seperti setiap insan yang lain...


Ya Allah..kuatkanlah hati dan semangat aku untuk meneruskan saat2 akhir aku untuk menghadapi final semester ini..


Hari nie aku mempelajari sesuatu yang berharga yang dapat dikongsikan disini...




  • Tak semua yang kita harapkan... kita impikan akan menjadi kenyataan jika kita tak pernah nak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan..jadi..untuk mendapatkan apa yang kita impikan itu kita kena banyak berdoalah selain kita berusaha..berdoa banyak2 pada ALLAH agar doa kita diperkenankan oleh-Nya..


  • Kawan yang terlalu sayangkan kawannya, dia tidak akan sanggup untuk mengatakan sesuatu dihadapan kawannya itu kerana sukar bagi mereka untuk mengatakan perkara yang pahit didengar malah ditelan oleh kawannya dengan kata-katanya..



  • Kebenaran itu amat memedihkan untuk kita terima..walau apa pun terjadi telanlah dan terimalah kenyataan yang benar itu untuk diri kita juga..

Semoga aku dapat teruskan kehidupan aku sehari2 di kolej dengan rasa tenang dan bahagia walaupun hati,jiwa,pemikiran sedikit terganggu.. tapi aku tak kesah..sebab aku kan "brutal" hahahah...hati kering.. keras macam batu mana ada hati untuk dipikirkan! huhuhu semoga hari2 akan datang membuatkn aku lebih bersemangat, lupakan sejarah lalu dan mulakan hidup yang baru... :)



Ok!! tiba-tiba rasa nak bagitahu bahawasanya trip kelas sem nie ke sabah akan berlangsung pada tarikh hari lahir aku! hahaha!! sangat sangat sangat teruja...wooahhh... :) aku harap kami akan mendapat sesuatu yang indah untuk dikongsikan bila balik nanti...



Hurm..tiba2 rasa sangat mengantuk..esok ada kelas pagi..dan mahu tido..selamat malam... :) jumpa di post akan datang! heeee...

Saturday, January 7, 2012

Roses..


1 Rose - Love at the first sight; you are the one.
2 Rose - Mutual love between both, deeply in love with one another.
3 Rose - I Love You.
6 Rose - I wanna be Yours.
7 Rose - I'm infatuated be yours.
9 Rose - An eternal love, together as long as we live.
10 Rose - You are perfect.
11 Rose - Your are my treasured one; the one i love most in my life.
12 Rose - Be my steady.
13 Rose - Secret admire.
15 Rose - I am truly sorry, please forgive me.
20 Rose - Believe me, I am sincere towards you.
21 Rose - I am devoted to you.
24 Rose - Can't stop thinking about you, 24 hours everyday.
33 Rose - Saying "I Love You" with great affection.
36 Rose - I will remember our romantic moments.
40 Rose - My love for you is genuine.
50 Rose - Regretless love. This is.
99 Rose - I will love you for as long as i live.
100 Rose - 100% LOVE.
101 Rose - You are my one and only love.
108 Rose - Please marry me!
365 Rose - Can't stop thinking about you, each and everyday.
999 Rose - Everlasting and eternal love.