Saturday, March 24, 2012

Allah sentiasa bersamamu..

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

TERIMA KENYATAAN
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.


BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

BERFIKIRAN POSITIF
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

LUAHKANNYA
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

BERI TUMPUAN PADA HIDUP
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda lemah. Kuatkan semangat bina jati diri yang kuat untuk menempuh hari-hari anda dengan baik.

Pesanan..
Ingatlah.. Di saat kita merasakan kita terbeban dan tidak mempunyai sesiapa di sisi, pada saat itu Allah sedang memerhatikan kita dengan penuh rasa kecintaannya..

Monday, March 12, 2012

Study Week (Last Semester-Part 6)

Assalamualaikum..
Huhuhu..


Minggu nie baru je bermula..hari isnin..ok!
Tapi..bagi aku dah nak berakhirnya study week tok FINAL SEM nie..
Woaahhh... kejap je masa berlalu.
Pejam Celik... Pejam Celik..
Dah nak habis belajar dah aku nie..huhuh
Dip. in Information Management.. Part 1-Part 6 di UiTM Segamat Johor..
3 tahun dekat sana..banyak suka duka, penuh kenangan.. Final exam akan bermula rabu nie.. 14/3/2012. Hope so that I can do better for this last sem. Semuanya untuk mama dan ayah, dan semuanya untuk masa depan aku. :)) <3


Hurm.. hidup nie tak selalunya indah..tapi yang indah tetap ada dalam kenangan.
Tapi kalu benda yang tak indah berlaku??ade ke dalam kenangan? huhu ttteeeeett..
Ahak! huhu...lately nie before study week ade je benda nak jadi kan! huh..



Eh? tak baik mengeluh.. ish3!! huhuhu..
Nak buat macam mana..dah benda nak jadi..take it as ur challenges in your life ok!!
Kepada sesiapa yang pernah mengalami kejadian yang buruk dalam hidup dia.. take it as Your challenges in your life..ini dugaan hidup.. lumrah hidup..sama ada dalam kita berkawan, bekerja atau apa-apa jelah! huhu.. sedih memang sedih..tapi nak buat macam mana?? Hanya kepada-Mu Ya Allah aku berserah dan aku redha dengan semua yang berlaku..Semoga aku menjadi lebih tabah lagi.. :))


Dalam kehidupan nie..sebelum kita nak mendapatkan kebahagiaan, kita pasti akan diduga..kesabaran,ketaqwaan itu yang penting.. Doa adalah senjata umat Islam! aku selalu ingat tu.. Apa pun yang berlaku berdoalah..semoga kita mendapat apa yang kita inginkan..
Hidup tak seindah biasa...tapi yang biasa itulah yang akan mengajar kita untuk hidup dengan lebih matang. Kita Diuji..Allah sedang menguji kita... Alhamdulillah.. Allah sayang kita.. :))




  • Ingat! Sabar3!! itu yang penting.. kalau kita tak tahan.. air mata bole jadi teman yang setia untuk kita meluahkan apa yang kita rasa.. menangis untuk kita puaskan hati yang tengah duka dan sedih.. Allah jadikan air mata untuk hambanya sebagai teman bila kita dalam kesedihan. Tengok! bila kita sedih..kita menangis..kita akan puaskan? jadikan air mata itu sebagai satu tempat untuk kita meluahkan rasa yang terpendam di dalam lubuk hati kita..

    Hurm..
    Aku ade something nak share..


  • Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.


  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkan kesalahannya bermaksud dia akan melakukan satu kesalahan lagi.


  • Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.


  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.


  • Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.


  • Tiada hadiah yang berharga selain nasihat yang baik.


  • Andai kau ingin berkawan.Janganlah kerana kebaikannya kerana mungkindengan 1 keburukan kau akan membencinya.


  • Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.


  • Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.


  • Diam tak bermakna kita senyap, penakut. Tetapi kita diam untuk mengumpul kekuatan memulihkan apa yang kita rasakan.