Wednesday, April 27, 2011

Perlu berubah demi kebaikan diri sendiri..

Tergamam..
Terkedu..
Tersipu malu2..
Terasa..
Dan semualah yang ade kaitan dengan "TER"



Hurm..
Macam mana nak berubah??
Macam mana nak ubah diri sendiri??
Macam mana nak ubah cara pemakaian??
Macam mana nak berubah cara percakapan??
Macam mana??? owh.. banyak sangat macam mana nie.. kuikukuik..
Hurm..

Untuk mengubah diri, mulailah dengan mengubah hati kita,



menjadi hati yang hanya berharap kepada Allah.


Niatkan apa yang kita inginkan dan panjatkan doa dari hati yang terdalam.




Seperti disebutkan dalam berbagai hadits,


kita akan mendapatkan sesuai dengan yang kita niatkan dan doa kita akan dikabulkan jika kita yakin dengan doa kita.


Keyakinan ini berbada di dalam hati.

“setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya“. (HR Bukhari Muslim)


Jadikan hati kita menjadi hati yang penuh dengan syukur. Secara logika, bagaimana kita bisa mendapatkan hal yang baru jika kita tidak bisa menerima hal yang lama. Nikmati apa yang sudah kita miliki, niscaya nikmat-nikmat lain akan mengikuti.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.(QS. Ibrahim:7)

Disini anda bolehlah dapatkan info berkaitan di website:

http://www.motivasi-islami.com/mengubah-diri-terlebih-dahulu/





Perubahan didalam diri seseorang itu amat penting untuk memajukan dirinya sendiri juga..



jadi sama-samalah kita untuk berubah demi kebaikan diri kita..



Sesungguhnya aku ingin mencari seseorang yang dapat membantu aku agar aku dapat mengawal diri ini dan berubah demi kebaikan diriku jua.



Mungkinkah aku dapat menemuinya???



Itu persoalannya..

Sunday, April 24, 2011

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.


3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri..



Wednesday, April 13, 2011

Cara memilih Sahabat..

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sunday, April 10, 2011

Cinta Yang Di Anugerahkan..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Sunday, April 3, 2011

Anda ada kawan???



Kawan???

Sape kawan itu???

Kawan atau dikenali sebagai RAKAN or a.k.a BFF.. yang selalu dengan kita.

Kalau dah lame berkenalan menjadi kawan akhirnya?????

Hurmmmmmmm...

Ttttuuuuttttt..

Jadi apa????

Jadi Kawan Baik lah.. kuikuikik :))

Anda percaya ke pada kawan anda 100% ???

Hadoiiii....

Anda sesetengah perkara kita perlu percaya mereka...

Ada kala juga kita kena berhati2 dengan kawan kita itu..

So... kenalah berwaspada selalu..

Penah tak kawan anda mengkhianati anda??

Kalau ada..

Hurmmmmmmmm.....

Mesti sakit hatikan??? huhuhu.. aduhhhh....

Pernah tak kawan anda cuba atau dah mencerobohi barang2 peribadi anda???

Apa anda rasa?? uishhhh....

Mesti marahkan?? huhuhu

Kenapa dengan dia??

Kenapa dia buat macam tuh???

Cuba pikir seketika.. hurrrmmmmm.... (,")

Kalau ada kawan yag macam tuh nak buat apa erk???

Tak pahamlah..

Dia tak sepatotnya buat macam tuh...

Janganlah buat sampai kawan anda tu dah tak berapa percaya pada anda pula..

Ok.. huh..


1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.

Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..


2) kawan tu bkn mcm main RAGBI.

Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..


3) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..

dah pakai, buang..


4) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde.

.hujan gerimis baru muncul..


5) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual..

ambik kereta baru..


6) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..

kejap ade kejap takde..


7) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit,

pegi kat sana ambik.


8) lagi.....?? kawan tu mcm ape ye????

Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .

bila saya hantar msg,

awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis...


Hargailah kawan yang anda ada sekarang ini..

Terimalah dia seadanya..

Yang baik dijadikan teladan..

Yang jahat janganlah diikuti..

Kalau kawan salah tegurlah dengan baik agar dia dapat paham apa yang kita ingin sampaikan,

Jagalah maruah kawan.

Janganlah mempermainkan dia..

Dan..

Mintalah izin sebelum ingin melihat, memegang atau melihat barang mereka..

Itu barulah kawan yang baik dan hormat pada kita sebagai kawannya.