Thursday, January 24, 2013

Kekasih Allah

Assalamualaikum w.b.t.
12 RabiulAwal, tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W.
Bayakkanlah selawat keatas baginda untuk memperingati hari kelahirannya.

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Firman Allah: "Kenalilah Rasulullah S.A.W. nescaya hatimu tidak akan keras seperti batu."
Kita sebagai umatnya, Al-quran telah ditinggalkan untuk kita, jadi beramallah dengannya. Bacalah walau sepotong ayat sehari.
Aku masih ingat lagi pada pertama kalinya aku mendengar Mamanya mengaji, pada saat tu aku sudah pun jatuh cinta pada seluruh keluarganya. Allah dah bukakan pintu hatiku pada saat itu, cintaku semakin mendalam kepadanya serta keluarganya.

Pada hari yang mulia ini, berselawatlah kamu sekalian keatas baginda Nabi Muhammad S.A.W. semoga kita diberi syafaat baginda dikemudian hari. Esok, 25hb jan, hari jumaat, perbanyakkanlah juga selawat ke atas baginda. :)

Tuesday, January 8, 2013

Hebatnya Doa.


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.
Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..
(Sumber: Hadis Kudsi).