Thursday, October 8, 2009

Suasana PTPTN!!

Hari ini 3/10/2009, sabtu, pukul 8 pagi!aku bersiap utk pergi ke dewan kuliah (LT 2). Semua pelajar yg. telah lulus memohon PTPTN di kehendaki menyerahkan borang pada hari ini, kerana esok kami part 1 ada PERKAD! Hurm... ramai betul orang time pagi ini..huh...pagi itu aku berasa gementar sangat kerana ketakutan borang PTPTN aku di tolak! Sampai giliran aku ke kaunter PTPTN,aku kena pula print page yg ade tampal setem itu balik kerana dekat page itu aku tampal 2 setem! Pada mulanya aku matikan setem itu sendiri, tapi ayahku cakap mane boleh kita matikan sendri setem itu.. kena pergi pejabat hasil untuk matikan setem itu. Hurm.. Last2..aku tampal setem tu kat page yang same.. Aku dah gelabah sangat tak tau nak buat macam mane lagi.. Akhirnya inilah jadinya.. aku kena print balik page yg berkenaan je. Nasiblah baik perpustakaan buka dan dekat je dengan LT 2 tu...huh........ penat betul ari ini.. hanya kerana setem itu aku terpaksa pergi kekaunter PTPTN tu pada sesi petang. Tidak aku da boleh relax je petang tu.hurm.. Tak pelah, jadikan ini sebagai pengajaran untuk semua orang. Kalau kita tak pasti atau tak tau macam mana buat, tanyalah orang yang tahu agar tidak menjadi seperti kes aku ini.. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat PTPTN tu, janji aku dapat beli laptop! Huhu... hari ini aku dapat kongsikan kegembiraan aku bersama kawan baik aku Nurul Faridah Zafuan! hehe... Rasa lega je selepas habis semua tu..

No comments:

Post a Comment