Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan...Ku Mahu Kau Tahu..

Assalamualaikum..

Hai selamat pagi semua.. jam menunjukkan sudah pukul 11.30 pagi, dah nak masuk tengah hari dah pun..
Alhamdulillah.. syukur kepada hadrat ilahi, kerana mempertemukan kita semua dengan bulan ramadhan.. Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke-8 kita semua berpuasa.
Sudah lebih sebulan tak mencoretkan kata-kata di blog ini..  Tah tahu kenapa saya tak boleh mencari nama blog through google sekarang ini.. google ada problem ke??mustahil.. hurm.. Nak view blog sendiri pon tak boleh apa entah lagi blog orang lain..hurm.. sabar jelah. Sampai kena log in dlu,buka google home page then click kat url kita click account.. kat situ barulah ade edit blog nya haishh.. awat payah sangat nie nak buka blog?...
Alhamdulillah, setakat hari ini dalam bulan puasa kali ini aku dapat berbuka puasa bersama family yang tersayang.

Ok. I have a short story.. :) Alhamdulillah.. semester ke-2 sudah melabuhkan tirainya pada saat akhir last paper exam pada 6hb july 2013.. Alhamdulillah... walaupun perasaan bercampur baur setahun ini.. Allah bagi kekuatan juga untuk saya menjawab exam dengan baik.


Syukur Alhamdulillah. Kepayahan yang ku alami selama setahun (2 sem) ini banyak mengajarku liku-liku kehidupan dan mematangkan fikiran.Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui betapa peritnya hambaMu ini melalui saat-saat ujian yang Engkau berikan.. Kini, ku hanya menunggu setahun lebih sahaja untuk menghabiskan pengajian disini. Setelah itu, saya akan mulakan kehidupan yang sebenar di alam pekerjaan. Semoga kita semua mendapat pekerjaan yang halal dan diberkahi Allah s.w.t. Aamiin.

Dalam kesedihan menghadapi ujian ini tiba-tiba terasa nak dengar lagu HUJAN.. :) Rantai rasa--Ku mahu Kau tahu--Kotak hati satuuuuuuuu.. eheheh.. "Usah kau cuba tuk menangis, tuk bahagia" hurm.. dengar tu!! untuk bahagia di masa depan.. jangan menangis.. bersabarlah dan berusahalah untuk tingkatkan kemajuan diriMu.. agar Allah meringankan segala beban yang engkau alami.. Aamiin Ya Rabb. Disebalik ujian yang kita hadapi pasti ada hikmahnya! kuatkan semangat walau apa jua ujian.. Ujian yang diberikan mungkin kesakitan, kekayaan, kesusahan dan macam-macam lagi. semoha kita semua tabah dalam menghadapi semua ujian yang diberikanNya. Allah bagi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya untuk menghadapi ujian tersebut. :)

Hurm!! sekarang ini tak tahu kenapa saya ada lagu faveret lah.. eheh.. Noh HUJAN ft Aizat. In love with You.. haaaa.. best ok lagu ini.. ce dengar.. videoclip tak macam sweet plak kan.. heee.. :)

Hurm..dah takde apa-apa lagi dah nak cakap. So, setakat ini jelah..jumpa next post.. :) As Salam.. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam, and selamat berbuka.. sabar ye.. lagi 7 jam! :)

No comments:

Post a Comment