Saturday, February 15, 2014

Yesterday 14.02.14

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Assalamualikum w.b.t. semoga kita semua hidup dalam keberkatan Ilahi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kita dapat menghirup udara di hari ini.. Semalam, 14.02.2014, (jumaat), hari keputusan peperiksaan bagi semua pelajar seluruh UiTM dekat Malaysia ini. Haaaa kepada yang lulus, yang dapat dekan tu, tahniah! Kepada yang sedih tak dapat dekan macam aku ini, harap bersabar, bukan rezeki kita lagi. Mungkin kita boleh cuba lagi di semester hadapan. (Last semester). Sekarang ini aku nak bagitahu yang aku ini official sebagai student final year! Ahahah.. ok fine!

Setelah aku gagahi hidup selamat hampir 2 tahun di Puncak, akhirnya sampai juga dipenghujungnya.. tidak lebih bagi aku mengharapkan agar aku dapat mengakhiri sisa-sisa semester yang terakhir before aku pergi praktikal ini dengan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Aku mengharapkan agar semester 6 aku kali ini berakhir dengan baik. Itu sudah cukup bagiku. Aku tidak mampu menahan segala sebak dan sakitnya dada aku ini bila aku teringat kisah lama. Tapi tak mengapa, aku anggap itu sebahagian dari ujian hidup aku dari Allah kepada hambanya yang Dia kehendaki. Alhamdulillah, segala tomahan, kata-kata gossip yang aku tak tahu selama ini, aku dah tahu dan aku anggap itu hanyalah cerita kedai kopi mereka.

Ok! Cuti smester 05 bakal menghampiri saat-saat terakhirnya. 3hb Mac, official bagi aku untuk menjadi pelajar semester 06!. Semoga segala motivasi yang ada akan membuahkan hasil bagi aku untuk aku hidup berjuang selama 5 bulan itu nanti. Cuti semester kali ini, as usual, aku tak kerja, duduk melepet (melepak) dekat rumah macam kerang busuk! Hahaha.. aku buat part time job! Jadi babysitter..duk jagalah anak buah aku dua orang ini.. Hurm, bila tak kerja ini, teringat deal yang aku buat dulu.. haishhhh..

Aku start cuti sem. 7hb jan 2014, tapi 22hb jan., aku kena balik puncak balik. Kenapa? Sebab aku ada daftar satu program 3P (Program Pentauliahan Professional). Aku ambil kos ITIL. Kami belajarlah how to manage and serve the IT service, and banyak lagilah. Maklumlah, sekarang ini zaman dah maju, semua nak guna IT. Hurmm, paling aku rasa sentap sekali aku kena pilih jadi class monitor, haishhh tiba-tiba.. semata sebab aku ada pendrive. hooo lepas ini, tanya apa-apa duk diam sahajalah.. kuikuikuik...ni picture last class, esok nya 5 Feb, exam! Alhamdulillah! Aku lulus exam ITIL tu..berbaloilah 2 minggu aku.. J

Disebabkan saya monitor class, saya berdiri disebelah traineer saya.. Orang Jalan Bukit rupanya, #BukuTextYangTebal

Hurmmm, ok! nak diceritakanlah pada 08 Feb (sabtu) yang lepas aku and kawan aku berempat (kawan SKSK-sekolah rendah) pergi mendaki Broga untuk pertama kalinya ok! huh. 400meter.. haishhh seronok dapat panjat bukit brogan, maklumlah, aku ni kempunan sangat nak naik broga, hari tu pula kawan tiba-tiba mengajak naik, aku dengan bangga dan gigihnya bersemangatlah nak naik broga. Pastu dah sampai rumah esok paginya badan sakit-sakit. Warming up buat main-main, pastu naik dengan tak ada staminanya. Hahah sampai kawan aku sorang nak muntah bagai. Adehhh tapi apa-apa pun kami sampai jugak kat puncak brogan. (itu pun selepas sejam 20 mint) pergh!! 400m amek masa sejam! Hahaha.. ala, consider la sikit, aku tunggu kawan aku yang nak muntah tu tahu, dengan ramai orangnya. Tapi bila turun dari puncak 30 mint aje.. hahah berlagak! Adehhh..nasib tak tersungkur!


Bila time nak turun dekat area puncak pertama broga, adalah sekumpulan student ini, boleh sambut birthday dengan potong kek siap ok! hahaha BFF??? nak request buat macam Itu boleh? heheh.. Errr.. penatlah menaip, dengan sakit tulang belakang ini, tiba-tiba pula dari semalam ni, adeeh.. oklah! #As salam..


No comments:

Post a Comment