Saturday, December 11, 2010

Kecantikan? Bukan Satu Ukuran..

Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin dibuat teman
atau pacaran. Dia akan jadi rebutan.

Namun, apakah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan
memikat. Apakah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang.
Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang.
Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya
ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang.
Iaitu akal yang tidak ada ilmu, bodoh, tidak tahu dan tidak
faham, tidak boleh dibawa berbincang. Dia tidak ada pendapat
atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman
kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti. Lebih-lebih lagilah
kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logik
dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan.
Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang
betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain
gila. Dia sahaja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila.
Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil
kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau
gila. Itu bukti akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan
alau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
kecantikan paras rupa hanya akan terserlah bila kita ada akal
yang sempurna.

Namun, apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan
berilmu sekalipun. Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala
sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkaji
dan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dan
kotor. Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang
penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat,
tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, penting
diri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buas
macam kuda liar. Meronta-ronta hendak merebut dunia seolaholah
tidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal
Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah
menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak
kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia.

Apa ertinya orang yang kacak, lawa dan tampan pula, punyai
akal yang bijak dan tajam, tetapi jahat dan tidak berakhlak. Kufur
kepada Tuhan. Kasar pada manusia. Menindas, menekan dan
menzalimi manusia. Kacak dan lawakah orang seperti ini? Cantik
dan tampankah orang yang seperti ini? Cerdik dan pandaikah
orang seperti ini? Kalau pun cantik, kalau pun tampan, kalau
pun cerdik semuanya akan tenggelam di dalam kejahatan dan
kehinaan akhlak dan peribadinya. Orang akan benci. Orang akan
marah. Kepintaran akal dan kecantikan paras rupanya akan
hilang dan menjadi samar kerana perangainya yang seperti
haiwan.

Hati dan rohlah yang paling berpengaruh. Kalau hati baik
dan luhur, ia akan terpancar kepada akal dan jasad. Hati dan roh
itu adalah hakikat diri manusia. Manusia itu adalah hati dan
rohnya. Berusahalah untuk mencantikkan hati. Kecantikan hati
itu lebih utama dari kecantikan akal dan paras rupa. Bila hati
cantik, akal akan bersinar. Bila akal bersinar, kecantikan paras
rupa akan terserlah. Sebaliknya bila hati gelap, akal akan menjadi
malap. Malap akal maka lenyaplah kecantikan paras rupa.
Kecantikan akal dan paras rupa akan habis di dunia. Kecantikan
hati akan bersinar sampai bila-bila, kekal tanpa penghujungnya
sampai ke Akhirat.

MADAH HATI

Tuluskanlah hatimu dengan cinta kepada Tuhan
Sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan
Hiasilah hatimu dengan segala sifat kebaikan
Murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan
kerana hati tempat jatuh pandangan Tuhan
Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah peribadi
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati

Friday, November 26, 2010

Ayat Cinta Rasulullah..

7 Ayat Cinta Rasulullah.. Sabda Rasulullah: "barang siapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan ALLAH dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebesar buih di lautan.." 1. Bismillahirrahmanirrahim = Disetiap kali hendak melakukan sesuatu.. 2. Alhamdulillah = Setiap kali habis melakukan sesuatu.. 3. Astaghfirullah = Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.. 4. InsyaALLAH = Jika teringin melakukan sesuatu pada masa akan datang.. 5. Lahaulawalaquwwataillabillah = Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.. 6. Innalillah = Jika hadapi musibah atau lihat kematian.. 7. Lailahaillah = Baca sepanjang siang dan malam sebanyak mungkin. Amalkan selalu. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang terpilih oleh ALLAH.

Monday, November 22, 2010

Apa kaitan tidur "Qailulah" dengan Sains?

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wallahualam

Dipetik dari islam.sukeri.com

Friday, April 16, 2010

Manusia, Malaikat, & Syaitan..

Manusia- Eh? dah subuh da? Malaikat- Bangun la wahai anak adam, tunaikanlah kewajipanmu.. Syaitan- Alahhhhh, kejaplah, ngantuk lagi.. awal lagi nie..zzzzzzzz Manusia- Nak makan, laparlah... Malaikat- Wahai anak adam, mulakanlah dengan Bismillah.. Syaitan- Ahh, tak payalah.. lapar nie.. sedapnya...!! Manusia- Hari nie nak pakai apa ye??? Malaikat- Wahai anak adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan- Ehh.. panaslah, tak ade style langsung.. macam kampung! Manusia- Alamak..!! dah lewat.. Malaikat- Bersegeralah wahai manusia.. nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan- Ahhh. awal lagi...mm aahh... suruh si X punch kanlah.. Manusia- Azan sudah kedengaran.. Malaikat- Wahai anak adam.. bersegeralah menunaikan solat.. Syaitan- Baru pukul berapa.. relax ar.. awal lagi nie... Manusia- Eh, eh.. tak boleh tengok nie.. berdosa.. Malaikat- Wahai anak adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya ALLAH maha melihat dan mengetahui.. Syaitan- Perrgghh.. best tu.. rugi kalau tak tengok nie.. Manusia- Saudaraku sedang melakukan dosa.. Malaikat- Wahai anak adam, cegahlah ia.. Syaitan- Apa kau sibuk?? jangan jaga tepi kain oranglah.. lantaklah... Manusia- Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.. Malaikat- Wahai anak adam, saling nasihat- menasihatilah antara kamu.. Syaitan- Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2?? pandai2lah.. Manusia- Aku telah berdosa Malaikat- Wahai anak adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya ALLAH maha pengampun.. Syaitan- Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.. lagipun muda hanya sekali.. rugilah.. Manusia- Kalau pergi, mesti seronok.. Malaikat- Wahai anak adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai ALLAH, berpalinglah kamu daripada jalan itu.. Syaitan- Jangan bimbang, tiada siapa yang tahu.. jomlahh..!! Manusia- Uhhh.. letihnya hari ini.. lagi pun yidak solat lagi ini.. Malaikat- Wahai anak adam, taatilah suruhan ALLAH dan Rasulnya, Kebahagiaan di dunia & di akhirat adalah untukmu.. Solat itu, bagimu.. Kita sebagai Anak Adam...buatlah keputusan kearah kebaikan.. ingatlah suruhan ALLAH & RASULULLAH.. Kebahagian didunia & akhirat itu milik kita..jika kita memunaikan kewajipan kita di dunia.. saling nasihat-menasihatilah di antara kita agar tiada di antara kita lalai dengan kebendaan duniawi..