Saturday, September 7, 2013

Just begin...

Assalamualaikum..
Alahai cuti semester..
Ok.. 2 minggu dah berlalu.. pejam celik kerja part time dah habis contract.
Just 2 weeks.. tolong back up orang. That why kerja tuh.. Bagus jugaklah at least ada job. Dapat duit boleh tampung hidup aku kat puncak tu nanti. :) Maklumlah tak minta PTPTN kan.. hoooo hebatlah tak minta PT.. huh.. Memang hebat sampai PT diploma dulu pon tak bayar-bayar lagi. hee.. Sabar ye pihak PTPTN.. saya akan bayar setelah saya habis degree nie..  
Huh.. esok ahah.. barang semua dah packing! Ready back to puncak.. :) 
Baru je balik dari kampung.. khamis lepas balik kampung sebab nak buat kenduri tahlil arwah atuk.. ok.. 
Sangat penat.. Jumaat malam lepas maghrib dah bertolak balik rumah.. hari ini sabtu full day duduk rumah sepuas-puasnya sebab bila dah start sem 05 nie ayah dah tak bagi balik dah.. Ayah suruh duduk kolej study. hooo... Apalah nasib.. 
It's ok dad.. I will struggle for this final year! I will do better than last semester. 
Hurm.. 

Inilah jadual kelas sem 05.. Hari jumaat pasti akan aku kosongkan.. dah 3 sem jumaat always free.. :) 
Hurm.. Ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan bagiku untuk semester nie, agar segala-galanya berjalan lancar.. Aamiin. Ok. perut dah kenyang, rasa nak tido. Esok kena set mind to get ready to go to puncak and leave the all memories in this house. Please wake up yan! dah tak ada masa untuk melayan benda bagai mencurah air ke daun keladi. Move! Move! Move!.. ingat pesan ayah.. degree ni tak ada masa untuk merangkak.. kena berlari.. tapi apa dah kau buat selama dua sem lepas? please! Bangun dan berlari. Selamat malam semua.. Semoga mimpi indah...

Wednesday, August 7, 2013

Kerna..Tanpa mu..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini genap 29 Ramadhan kita menjalankan ibadah puasa.. Ramadhan pun sudah mula melabuhkan tirainya.. kita? adakah kita akan bertemu lagi pada ramadhan akan datang? mampukah kita akan berpuasa jika kita bertemu pada ramadhan akan datang? adakah kita dapat merebut dan mencari lagi malam Lailatul Qadar..?? Sesungguhnya itu kuasa Allah.. kita hanya hambanya yang kerdil, mampu berdoa agar dipertemukan kembali dengan ramadhan yang akan datang.. Aamiin..

Hurm! sebelum terlupa.. aku nak rakamkan wishes Happy Birthday to my Mom!! 1st August haritu.. hee.. mama, hepi bufday semoga panjang umur dan mrah rezeki.. adanya aku disini kerna mu, tanpa mu siapalah aku yang lahir di dunia ini.. dan Selamat Hari Lahir juga kepada semua yang lahir pada bulan ini.. especially lagi sorang mom birthday on 28th.. Azie doakan meraka panjang umur dan murah rezeki, semoga Allah memberkati usia mereka..


Bulan depan genap setahun!. Yeah.. setahun aku melanjutkan pelajaran ijazah aku. Pelbagai ragam, cubaan dan dugaan yang aku tempuhi. Aku tak mampu kawal semua perasaan aku. Aku tak tabah. Tapi jauh disudut hati aku, aku ingin mencari ketabahan diri aku untuk aku tempuhi hari-hari aku di sini.. Kenapa? orang yang aku sayang pergi dari hidup aku?? kerna...tanpamu aku tiada arah tuju.. Aku mulakan hidup aku setiap hari dengan mencari kekuantan yang lahir paling dalam dari hati aku agar aku dapat hidup dengan tenang, tapi aku gagal untuk mencarinya sehingga saat ini.. 


Hampir 4 bulan arwah paksu pergi.. dan sekarang masih baru 7 hari arwah atuk pergi tinggalkan kami.. dan kau juga pergi..tinggalkan aku disini tanpa kau fahami situasi aku.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah paksu dan arwah atuk.. Al-fatiha..

Semester 4 sudah pun melabuhkan tirainya.. bulan depan, masuk semester baru. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran aku.. Aku mampu dan masih kuat untuk teruskan ijazah aku disini. Result semester 4? Hurm.. sedih.. terasa makin menurun! Apa nie yan?? apa kau dah buat?? please be a strong girl!!.. You are mature enough!.. you can think wisely either it is bad or good for you.. Allah ada! mintalah dan berdoalah pada Dia..Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.. Dia mendengar segala luahan hambanya..lambat atau cepat sahaja doamu dikabulkan..

Ye! aku harus dan kena kuatkan semangat aku untuk aku hadapi setahun lgi pengajian aku disini.. Semua ini aku lakukan demi mama dan ayah!.. Aku kena kuatkan semngat aku walau apa jua dugaan pemikiran, perasaan yang mendatang. Chaiyok2..!! setahun lagi.. bersabarlah dan bertahanlah.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya..  Aku kena lebih fikir positif untuk menempuhi hari-hari yang bakal menjelma.. 

Alhamdulillah.. esok kita akan menyambut lebaran.. 1 Syawal mula menghampiri kita semua umat Islam.. perbanyakkanlah takbir pada malam ini untuk kita merayakan kejayaan kita umah Islam dalam berpuasa sebulan.. Ampun maaf dipinta kepada semua yang mengenali diri ini.. Maaf Zahir & Batin.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.. (in advance.. heee ) maklumlah..esok tak adanya aku nak menaip kat blog ini..semata-mata ucap selamat hari raya.. hahaha..

 Kepada kamu,.. ye kamu.. jika kamu pernah mengenali saya dan saya suka bergaduh dengan awak.. saya minta maaf.. tak ada niat selain ingin mengetahui sifat kamu yang penyabar dengan saya.. :)


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA YANG TERAKHIR..
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

Maaf jika ada salah laku yang tidak berkenan pada pandangan mata anda semua dan salah dalam berkata-kata yang telah di ucapkan kepada kamu ketika marah atau apa-apa jua situasi..mungkin itu perasaan yang terungkap kerna kekilafan diri ini..ampun di pinta kemaafan tulus dari hati.. 

Wednesday, July 24, 2013

Kehidupan di 15 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu lagi kita di entri baru di sini.. Alhamdulillah.. sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Perbanyakkan ibadah, zikir and istighfar kepada Allah.. peringatan untuk diri sendiri and juga untuk anda semua. :) Ramadhan kali ini, saya hanya meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang di rumah, tidak kemana-mana. Hanya duduk di rumah!

Seminggu yang lalu, saya dikhabarkan dengan berita buruk dari kelantan, kampungku. Oh! atuk sakit.. Ya Allah, selamatkan atuk.. Bila dapat je berita dari kampung, Ayahku terus pulang ke kampung bersama dengan adik lelakiku. Keadaan atuk makin parah apabila atuk kena masuk wad. Atuk dibawa ke hospital dengan van. Atuk tak sedarkan diri. Atuk koma. Bila doktor check ada kuman dalam badan. Hope so..that kuman tak sampai ke otak. Alhamdulillah, semalam dapat khabar dari sana atuk sudah mula sedarkan diri tapi tidak boleh berbicara. Pagi ini saya dapat khabar berita menyatakan kemungkinan atuk strok. Ya Allah!.. pilu rasanya hati ini. Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak! tak kesahlah kalau nak balik naik train sekalipun.. Tapi, aku ada tanggungjawab kat sini, dengan adikku yang baru pulih dari sakit. 

Ya Allah, banyak sungguh dugaanMu dari segi perasaan lebih-lebih lagi kepada hambaMu ini. 
Ya Allah, sihatkan dan pulihkanlah kesihatan atuk, tak mampuku melihat keadaan atuk and nenek bila balik kampung, mereka sudah tua.. Hatiku tersentuh melihat mereka. Beruntungnya mereka yang masih mempunyai orang tua. Hurm... macam manalah hari tua ku nanti?? Nasib kita bila sudah tua?? jika kita sudah berkeluarga, bila anak-anak semakin membesar, adakah anak-anak kita akan menjaga kita? adakah anak-anak kita akan mengambil berat tentang kita? Cuba kita lihat sendiri dekat rumah orang-orang tua. Dekat situ kita boleh menilai dan melihat keadaan mereka. Di mana anak-anak mereka?? Dulu masa kecil, siapa yang jaga mereka? kalau bukan ibu bapa mereka?

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu ini hamba yang tetap terus setia pada yang satu, anak yang solehah, jika jodoh kami berpanjangan, jadikanlah aku suri dihatinya yang taat pada perintah si dia, bakal ibu bapa mertuaku dan juga ibu bapaku. Jika aku menjadi seorang ibu kelak, jadikanlah aku ibu yang penyayang, dan dapat menjaga amanatMu dengan baik. Ya Allah, Ku mohon keampunan dariMu di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. Aamiin Ya Rabb. 


Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan...Ku Mahu Kau Tahu..

Assalamualaikum..

Hai selamat pagi semua.. jam menunjukkan sudah pukul 11.30 pagi, dah nak masuk tengah hari dah pun..
Alhamdulillah.. syukur kepada hadrat ilahi, kerana mempertemukan kita semua dengan bulan ramadhan.. Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke-8 kita semua berpuasa.
Sudah lebih sebulan tak mencoretkan kata-kata di blog ini..  Tah tahu kenapa saya tak boleh mencari nama blog through google sekarang ini.. google ada problem ke??mustahil.. hurm.. Nak view blog sendiri pon tak boleh apa entah lagi blog orang lain..hurm.. sabar jelah. Sampai kena log in dlu,buka google home page then click kat url kita click account.. kat situ barulah ade edit blog nya haishh.. awat payah sangat nie nak buka blog?...
Alhamdulillah, setakat hari ini dalam bulan puasa kali ini aku dapat berbuka puasa bersama family yang tersayang.

Ok. I have a short story.. :) Alhamdulillah.. semester ke-2 sudah melabuhkan tirainya pada saat akhir last paper exam pada 6hb july 2013.. Alhamdulillah... walaupun perasaan bercampur baur setahun ini.. Allah bagi kekuatan juga untuk saya menjawab exam dengan baik.


Syukur Alhamdulillah. Kepayahan yang ku alami selama setahun (2 sem) ini banyak mengajarku liku-liku kehidupan dan mematangkan fikiran.Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui betapa peritnya hambaMu ini melalui saat-saat ujian yang Engkau berikan.. Kini, ku hanya menunggu setahun lebih sahaja untuk menghabiskan pengajian disini. Setelah itu, saya akan mulakan kehidupan yang sebenar di alam pekerjaan. Semoga kita semua mendapat pekerjaan yang halal dan diberkahi Allah s.w.t. Aamiin.

Dalam kesedihan menghadapi ujian ini tiba-tiba terasa nak dengar lagu HUJAN.. :) Rantai rasa--Ku mahu Kau tahu--Kotak hati satuuuuuuuu.. eheheh.. "Usah kau cuba tuk menangis, tuk bahagia" hurm.. dengar tu!! untuk bahagia di masa depan.. jangan menangis.. bersabarlah dan berusahalah untuk tingkatkan kemajuan diriMu.. agar Allah meringankan segala beban yang engkau alami.. Aamiin Ya Rabb. Disebalik ujian yang kita hadapi pasti ada hikmahnya! kuatkan semangat walau apa jua ujian.. Ujian yang diberikan mungkin kesakitan, kekayaan, kesusahan dan macam-macam lagi. semoha kita semua tabah dalam menghadapi semua ujian yang diberikanNya. Allah bagi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya untuk menghadapi ujian tersebut. :)

Hurm!! sekarang ini tak tahu kenapa saya ada lagu faveret lah.. eheh.. Noh HUJAN ft Aizat. In love with You.. haaaa.. best ok lagu ini.. ce dengar.. videoclip tak macam sweet plak kan.. heee.. :)

Hurm..dah takde apa-apa lagi dah nak cakap. So, setakat ini jelah..jumpa next post.. :) As Salam.. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam, and selamat berbuka.. sabar ye.. lagi 7 jam! :)