Saturday, August 29, 2009

KISAH SEDIH DLM KELUARGAKU..

Pada thn 2004,berumur 11 thn.. adikku yg bernama,Wan Mohd Affendi mencatat kisah sejarah hitam dlm hidupnya. 6hb Ogos,dia mengalami demam..kami sekeluarga membawanya ke klinik utk mendapatkan pemeriksaan,doktor mengesyakki dia mengalami penyakit TB. Selepas 2 minggu, penyakit yg di alami tidak juga berkurang. Ayah kami menghantarnya ke Hospital Kajang utk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Semalaman dia tinggal di wad, tetapi akibat peralatan hospital yg tidak cukup, pihak hospital membawanya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ). Lebih kurang dlm masa seminggu duduk di wad, doktor mengambil sample darah, di setiap pagi dan petang & dlm masa yg sama doktor menganbil air tulang belakang utk mengesan blast (kuman) . Seminggu telah berlalu... doktor mengesahkan dia menghadapi penyakit leukimia. Selepas mendapat tahu khabar buruk tersebut, kami sekeluarga terus membuat persiapan utk adikku yg akan menjalani rawatan di HUKM. Hampir 3 bulan aku terpaksa duduk di rumah bersama adik bongsuku. Di waktu persekolahan, aku duduk di rumah nenekku, mujurlah, rumah nenekku berdekatan dgn rumahku. Hanya hari minggu shja aku balik ke rumah. Pada umurku 13 thn, aku sudah terpaksa menjalani hidup sebegitu.. adikku menerima rawatan kimoterapi selama seminggu pada setiap hari selama sejam. Selepas seminggu, doktor mengesahkan adikku menghidapi pendarahan di otak, doktor memberitahu jika selama 2 minggu pendarahan itu tdk baik, doktor terpaksa membuat pembedahan. Alhamdulillah, dgn rahmat ALLAH & berkat doa seorg ibu..akhirnya ALLAH mengkabulkan doa ibuku.. sebelum 3 hari tarikh pembedahan nak di lakukan doktor membuat pemeriksaan dgn menggunakan MRI,scan,radiotrapi & lain2 lagi utk mengesan pendarahan di otak. Semasa membuat MRI,doktor memberitahu sel dlm tubuhnya akn rosak akibat sinaran gamma-rays..dlm masa yg sama dia menerima rawatam EEG & ECG (alat yg di gunakan utk melihat saraf2 di tubuhnya ) setelah itu di dapati pendarahan otak itu sudah tiada..tetapi ia meninggalkan kesan yg mendalam. Semasa adikku menerima rawatan kimo, tiba2 penyakit sawan datang menghantui dirinya. Doktor memberitahu sawan itu terjadi akibat dri pendarahan otak yg terjadi..malah sawan itu terjadi akibat mendapat rawatan kimo yg terlalu panas.Doktor memberi ubat utk menghalang penyakit sawan itu..kadang2 dia juga mengalami kekurangan darah merah & darah kuning semasa kimo di jalankan. Pada masa itu dia terpaksa menerima darah drpd org lain. Dlm menjalani kimoterapi,badannya agak lemah tak berdaya, rambut selalu gugur, saiz badan semakin kecil dan kurus serta mulut pecah2. Ini adalah kesan dripada mendapat rawatan kimo. Dlm masa yg sama dia terpaksa mkn ubat lebih kurang 50 biji


di setiap hari pada waktu pagi & petang...selepas 2 bln badannya mula gemok krn terlalu byk mkn ubat. Dia mendapat rawatan kimo selama 2 thn. Selepas itu, doktor membuat pemeriksaan lanjutan & mendapati terdapat kuman masih ada di dlm tubuhnya.. dia terpaksa menjalani kimoterapi sekali lgi selama 36 jam dlm masa 6 hari,tiap-tiap 3 minggu. Jenis ubat kimo yg di mkn ialah Intrahecal MTX, Vincristine, 6-Mercaptopurine, Methorexate, & Prednisolone. Selepas itu, selama 6 minggu (seminggu sekali ) doktor mengambil air tulang belakang utk pemeriksaan lanjutan. Selepas habis menjalani rawatan, doktor menberi rehat di rumah & dikehendaki membuat rawatan ulangan sebulan sekali sehingga sekarang utk mengambil sample darah hnya utk diuji. Pada tahap ini dia merupakan pesakit maintenance. Akhirnya dia dpt menjalani kehidupan spt biasa..

No comments:

Post a Comment