Thursday, December 13, 2012

KetentuanNya

✿~ LELAKI : ''Senang nak cari PEREMPUAN yang PAKAI TUDUNG, tetapi..susah nak cari PEREMPUAN yang MENUTUP AURAT...''
✿~ PEREMPUAN : ''Mudah nak cari LELAKI yang PANDAI BERCINTA, namun..sukar untuk dapatkan LELAKI yang SETIA dan BERTANGGUNGJAWAB...''

p/s : ISTIQAMAHLAH dalam memperbaiki diri ke arah yang LEBIH BAIK, utamakan PANDANGAN ALLAH daripada pandangan manusia..kerana sebaik-baik PENILAIAN hanyalah datang dari Allah..♥

Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca.

Sabarlah hingga kau temukan permata…♥


♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥

"Jika Anda Yakin Untuk Berubah Dan Sanggup Menghadapi Segala Risiko Yang Pasti Timbul, Anda Sebenarnya Sedang Berjalan Di Tangga Kejayaan"

No comments:

Post a Comment