Friday, December 21, 2012

Cuba mengerti

Assalamualaikum w.b.t.


Masa berlalu dengan pantas, pejam celik pejam celik dah nak habis semester dah.. part 3 degree dah mula menutup tirainya.. 20.12.2012 mulalah hariku free from presentation, test and submit assignment dan bermulahlah juga study week.. hurm final nak hampir dekat, so i need more focus for my final exam.. untuk permulaan semester nie sangat worst, ingat lagi mula-mula nk daftar kolej dengan gelabahnye haiii..nasib ade Mama dan Ayah. They are by my side when I need help masa tu, siap isikan borang, and macam-macamlah..dah gelabah sangat tak tahu apa-apa..macam budak darjah 1 baru masuk sekolah ok! huhu..then, for this semester bagiku sangat-sangat worst, dan dah terlalu banyak masa yang aku dah persia-siakan. Satu masalah meleret-leret membuatkan hati dan perasaan aku terhuyang-hayang tak stabil. So, untuk final sem part 3 degree nie aku nak lebih fokus dan berubah diri ke arah kebaikan.

Ya Allah Engkau berikanlah petunjuk, berikanlah kekuatan dan bukakanlah pintu hatiku dan juga pintu hati-hati hambaMu yang lain agar mereka juga mendapat lindungan dan hidayahMu. Aamiin.

Hidup ini penuh dengan liku-liku kesulitan hidup yang mempunyai pelbagai ragam aksi manusia. Allah pun dah bgthu dalam Al-Quran kan bahawa "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(Al-Baqarah:286).

Kadang-kadang kita terpaksa menerima sesuatu keputusan yang terburu-buru, keputusan yang tak matang dari pemikiran kita sendiri mahupun keputusan dari orang lain. Agak sukar untuk menerimanya, sehingga kita jadi terpaksa dan sukar nak meredhainya. Tapi sebenarnya dari keterpaksaan itu, perlahan-lahanlah kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerananya (kata Ustaz Azhar Idrus). Jadi, cubalah untuk kita bersama-sama mengikhlaskannya, dan tidak perlulah untuk berkata-kata tentang apa yang telah berlaku. Adalah tidak adil jika satu kesalahan yang kita lakukan memadam seribu kebaikan yang pernah kita lakukan, namun itulah hakikatnya manusia, memandang sesuatu dari sudut yang tidak logik.

Sekarang nie, dalam mengejar cita-cita, aku cuba untuk menguatkan diri untuk maju kehadapan dan berdoa agar Allah dapat merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku di masa hadapan. Tugas kita plan, usaha, doa. Result itu tugas Allah. Tak perlu serabut kepala susah hati akan resultnya. Usaha bersungguh, Allah pasti bagi yang terbaik ♥ :)

Aku merelakan dan mengikhlaskan hati untuk memaafkan semua yang menyakiti hati ini secara tidak langsung atau secara langsungnya. Kita tidak tahu bila saatnya, bila tibanya masa nyawa kita di ambil. Jadi, maafkanlah diri ini di atas segala kekurangan yang ada. Maafkanlah diri ini bila ade menyakiti juga hati dan perasaan kamu semua. Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu dalam dada ku berharap hanya dirimu yang bertakhta.. Ya Allah. Tiada daya bagiku, hanya padaMu aku berserah dan kerana Engkaulah satu-satunya tempat untuk aku mengadu.


✿~✿ Maafkan orang jika mahu dimaafi ✿~✿

♥ Maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ Maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ Maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ Maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ Maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

"Memaafkan itu lebih baik dripada berdendam kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti.."

Akhir kalam, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghadapi exam tak lama lagi, semoga kita semua tabah dalam mengharungi kehidupan kita sebagai anak, rakan dan hamba Allah. Wassalam. :)

No comments:

Post a Comment