Tuesday, September 22, 2009

Doa Buat Sang Pencipta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yg Melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku utk menyintaiMu.. Ya Muaimin, jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati Seseorang yg hatinya tertaut padaMu Agar tidak terjatuh aku Dalam jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati Jagalah hatiku padanya agar tidak terpaling.. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, Rindukanlah aku apada seseorang Yang merindui syahid di jalanMu.. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat Di sepertiga mlm terakhirMu.. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh Dalam perjalanan panjang menyeru Manusia kepadaMu.. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu.. Jangan biarkan aku melampaui batas Sehingga melupakan aku pada cinta Hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.. Amin..

Tahukah anda??????

Pembahagian Hati....... Hati ada beberapa bentuk: Petama: Hati yg kosong dari iman dan kebajikan, hati yg gelp. Hati yg serupa ini, syaitan tidak berusaha apa-apa lagi kerana memeng telah menjadi sarangnya. Kedua: Hati yg mempunyai penerangan iman, tetapi ada pula padanya gangguan syahwat.. ke dlm hati inilah syaitan memesukkan pelbagai gurisan dan di dlm hati inilah terjadi peperngan antara iman denga syaitan-syaitan itu. Ketiga: Hati yg penuh iman, terang benderang, sedikit pun tidak ada kegelapan di dalamnya. hati ini tidak dapat di dekati syaitan.

Monday, September 21, 2009

Suasana Hari Raya Aidilfitri-2009

Pada 20 Sept 2009, bersamaan 1 Syawal 1430H. Hari raya pada thn ini di sambut seperti hari-hari raya sebulum ini. Pada pagi ini kami adik-beradik bersalaman dgn mama dan ayah kami. Tetapi malangnya kami tidak dapat bergambar bersama ayahku krn dia ada urusan yg perlu diselesaikan di pagi raya itu. Pada thn ini kami beraya mengikut tema warna hijau. Semua anggota keluarga aku memakai warna hijau. Pada thn ini aku beraya di rumah nenekku belah mamaku di Sg. Kantan, Kajang. Walau apa pun kami menyambut syawal dgn meriah sekali apabila mak cik pak cik serta sanak-saudaraku dtg ke rumah nenek. Keadaan bertambah ceria dan meriah dgn suara anak-anak saudaraku. Aku dan adik-adikku bersalaman dgn nenek kami dan di teruskan bersalaman dgn mak cik pak cik dan saudara-saudara kami. Sambil bersalaman mereka menghulurkan duit raya..hehe.. Aku sangkakan tak dapat duit raya..malah byk duit raya yg aku dpt..huhu.. Setelah bersalaman selesai, kami sekeluarga menikmati juadah yg telah di sediakan. Ada rendang ayam dan daging, nasi impit, pelempong goreng, lemang dan macam-macam lagi. Pada mlm hari kami sekeluarga ke rumah pak cik mak cik yg berada di sekitar Semenyih. Kami beraya dari rumah ke rumah dan mlm itu kami pulang ke rumah masing pada pukul 11:30 malam.

Sunday, September 20, 2009

Tragedi yg tak di sangka


Pada 31 Ogos 2009, isnin, hari kemerdekaan ke-52 di sambut. Hari ini, pukul 8:53 pagi aku bertolak balik ke Segamat, esoknya aku ada kelas. Pada hari itu aku terpaksa menaiki train dari Kajang ke Segamat. Cuaca pagi yg tenang dgn sinaran matahari yg memancar.. aku dan 2 org rakan ku mula meninggalkan stesen sambil melambai tangan ke arah keluarga kami. Sewaktu dlm train aku tidak lena walaupun di saat itu aku terasa mengantuk sekali. Tepat pada pukul 11:30 pagi aku sampai ke Stesen Gemas, di sini keretapi berhenti menurunkan penumpang. Setiba sampai ke stesen Batu Anam, pukul 11:55 aku terasa kelajuan keretapi amat laju aku terasa bagai tercampak krn keadaan keretapi di saat itu seperti tidak stabil..dgn tiba-tibanya lampu dan air-cond tertutup dgn sendiri..kami semua risau dan turun dari train utk mengetahui apa yg terjadi. Aku melihat 3 gerabak di belakang terpisah dgn 3 gerabak di hadapan. Aku duduk di gerabak K5. Gerabak K5, K4, dan K3 selamat dan masih berada di atas landasan keretapi., tetapi gerabak K2 terkeluar dari landasan dan terbalik. Jarak di antara gerabak yg selamat dan gerabak yg terpisah ialah dlm lebih kurang 600m. Di dapati 13 org tercedera dan 2 org cedera parah. Di dlm sejarah hidup aku ini kali ke-2 aku menaiki keretapi dan aku tidak menyangka hal ini akan terjadi. Alhamdulillah, aku selamat. Aku dan pelajar2 UiTM yg lain berkumpul di Pejabat Mukim Gemas berhadapan landasan keretapi, kami terpaksa menyeberang semak dan jln raya utk ke pejabat itu. Tepat pada pukul 2 ptg, bas dari UiTM dtg mengambil kami ke Balai Polis Batu Anam utk membuat laporan. Tepat pada pukul 4:30 ptg, kami semua selamat sampai ke UiTM.