Sunday, September 20, 2009

Tragedi yg tak di sangka


Pada 31 Ogos 2009, isnin, hari kemerdekaan ke-52 di sambut. Hari ini, pukul 8:53 pagi aku bertolak balik ke Segamat, esoknya aku ada kelas. Pada hari itu aku terpaksa menaiki train dari Kajang ke Segamat. Cuaca pagi yg tenang dgn sinaran matahari yg memancar.. aku dan 2 org rakan ku mula meninggalkan stesen sambil melambai tangan ke arah keluarga kami. Sewaktu dlm train aku tidak lena walaupun di saat itu aku terasa mengantuk sekali. Tepat pada pukul 11:30 pagi aku sampai ke Stesen Gemas, di sini keretapi berhenti menurunkan penumpang. Setiba sampai ke stesen Batu Anam, pukul 11:55 aku terasa kelajuan keretapi amat laju aku terasa bagai tercampak krn keadaan keretapi di saat itu seperti tidak stabil..dgn tiba-tibanya lampu dan air-cond tertutup dgn sendiri..kami semua risau dan turun dari train utk mengetahui apa yg terjadi. Aku melihat 3 gerabak di belakang terpisah dgn 3 gerabak di hadapan. Aku duduk di gerabak K5. Gerabak K5, K4, dan K3 selamat dan masih berada di atas landasan keretapi., tetapi gerabak K2 terkeluar dari landasan dan terbalik. Jarak di antara gerabak yg selamat dan gerabak yg terpisah ialah dlm lebih kurang 600m. Di dapati 13 org tercedera dan 2 org cedera parah. Di dlm sejarah hidup aku ini kali ke-2 aku menaiki keretapi dan aku tidak menyangka hal ini akan terjadi. Alhamdulillah, aku selamat. Aku dan pelajar2 UiTM yg lain berkumpul di Pejabat Mukim Gemas berhadapan landasan keretapi, kami terpaksa menyeberang semak dan jln raya utk ke pejabat itu. Tepat pada pukul 2 ptg, bas dari UiTM dtg mengambil kami ke Balai Polis Batu Anam utk membuat laporan. Tepat pada pukul 4:30 ptg, kami semua selamat sampai ke UiTM.

No comments:

Post a Comment