Thursday, September 24, 2009

Open House Utk Family..

Pada hari ini.. 23 September, 4 Syawal,mak saudara aku yg dikenali sbg mak ndak, telah menjemput semua anggota keluarga sanak saudaranya dtg ke rumahnya di Bangi kerana dia mengadakan jamuan sempana hari raya Aidilfitri ini. Aku sampai ke rumah mak ndak aku pukul 7:15 ptg. Jamuan bermula pada pukul 9 mlm..mlm itu aku menolong serba sedikit di dapur, semua hidangan telah siap sedia di hidangkan di atas meja. pada waktu itu..kami sekeluarga menikmati juadah dgn selera. Kemeriahan mlm itu di sertakan lagi dgn suara anak-anak kecil, melayan kerenah mereka yg kecil-kecil ini amat memenatkan. Mlm ini aku berpeluang membawa kereta ayahku ke rumah mak ndak aku..hehehe...best, tak sangka ayah aku memberi sepenuh kepercayaan kpd aku. Alhamdulillah, tak ada apa yg berlaku semasa dalam perjalanan. Mlm ni ayah aku tak dapat datang sebab ayahku keje petang dan balik pada pukul 11 mlm. Jadi, aku bawa kereta ke rumah mak ndak aku bersama mama dan adik-adikku. Mlm ini aku ajak mamaku balik awal kerana aku amat penat dan mengantuk sekali, aku sampai ke rumah dalam pukul 11 mlm.

No comments:

Post a Comment