Saturday, September 26, 2009

Suasana rumahku..

Hari ini 25 September 2009..ayah dan mamaku mengadakan jamuan kecil-kecilan untuk keluarga yang terdekat. Dalam masa yangg sama juga, hari ini merupakan hari lahir adik bongsu aku yang ke-13 tahun. Malam semalam aku dan adik-adikku hanya membantu mamaku mengupas dan memotong bawang sahaja.Di samping itu, aku juga menolong mama aku membuat kek dan agar-agar untuk pencuci mulut. Keesokkan pagi setelah ayah aku pulang dari kerjanya pada pukul 7:30 pagi, mamaku mengajak ayah aku ke pasar membeli keperluan bahan masakan yang tidak cukup umtuk masakan hari ini. Setelah pulang dari pasar, mereka berdua mula memasak juadah untuk hari ini. Menu utama pada hari ini ialah "nasi dagang." huhu..ayah aku mula mengukus nasi dagang dan mamaku pula memasak lauk-pauknya. Pagi itu, aku dan adik-adikku hanya mengemas rumah, menyidai kain, menyapu sampah dan lain-lain. Itu sahaja keja kami adik-beradik. setelah selesai keje kami, kami adik beradik pergi ke dapur melihat mama dan ayah kami menyediakan juadah. pada pukul 12:30 tengah hari, juadah mula siap dihidangkan. Aku dan adik-adikku menjemput beberapa orang kawan lama kami datang ke rumah untuk memeriahkan lagi suasana. Lagi pun, aku sudah lama tidak bertemu dengan rakan-rakanku itu. Aku sangat berasa gembira apabila kehadiran mereka ke rumahku terubat juga kerinduanku pada kawan-kawan lama. Pada petang itu, setelah kawanku pulang aku mengemas pinggan mangkuk yang tidak di guinakan. Malam itu pada pukul 8 malam, makcik-makcik dan sepupu ayahku datang ke rumah, menikmati juadah yang disediakan oleh mama dan ayahku. Malam ini aku terasa penat sangat mengemas rumah, walau apa pun aku tetap gembira pada hari ini kerana hanya setahun sekali sahaja ayah dan mamaku buat makan-makan sebegini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari ini.

No comments:

Post a Comment