Friday, October 7, 2011

Dia Untukku..??

Assalamualaikum.. hari ini nak coretkan tentang ape ye?hurm..
ok!! nak cerita tentang cintalah.. huhuhu



Cinta tue ape?? hurm.. cinta tu suatu rase yang hanya dapat dirasa oleh hati kita tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Korang pernah bercinta? hah! Kalau pernah, pasti korang tahu cinta tu macam manakan! :)








Semalam tengok tv9! rancangan semanis kurma..wow!! tajuk malam tadi sangat,sangat dan sangat hangat bagi sesiapa yang belum menemui jodohnya.. haish...banyak info yang kita dapat kalau tengok rancangan semalam. Hehee.. bagi sesiapa yang belum temui jodoh perbanyakkanlah berdoa kepada ALLAH.. DIA lebih mengetahui isi hati hambanya yang kekosongan.. kita berdoa, kita memohon kepadanya agar kita ditemukan dengan seseorang yang baik buat diri kita. Tak salah kita berdoa dari sekarang, bagi sesiapa yang belum temu jodoh mereka, berdoalah dari sekarang, jangan pernah putus asa dalam mencari jodoh. setiap manusia yang diciptakan ALLAH berpasangan, jadi tanggungjawab kita untuk mencari dan berdoa kepada ALLAH agar dipertemukan dengan seseorang yang baik buat kita. :) Jangan bersedih di atas hubungan yang tidak kekal, mungkin ALLAH nak bagi kita bertemu dengan seseorang yang lebih baik dari yang sebelum ini.. bagi sesiapa yang belum bertemu dengan jodoh mereka, buatlah solat istikharah supaya pertemuan kamu dengan jodoh kamu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..solat istikharah bukan sahaja dilalukan dalam hal memilih antara 2, tetapi dalam hal ini kita pon boleh buat solat istikharah bagi petunjuk buat kita dalam mencari dan meminta jodoh yang baik..









Dalam kesibukan kita belajar di universiti dan bekerjaya, kita sepatutnya jangan pernah cuba dan alpa untuk mencari pasangan. Jodoh tak kan datang bergolek jika kita tak pergi mencari dan berdoa pada ALLAH.
Jika suatu saat......
Ya ALAH!! aku jatuh cinta..!
Alhamdulillah, jika kamu dah ketemu dengan jodoh kamu, berdoalah pohon pada ALLAH agar dia menjadi jodoh kita dunia akhirat dan hidup bersama dengan bahagia. Di saat kita bercinta, kita perlulah menjaga adab kita dengan si dia.
Amaran keras kepada wanita!! Jagalah diri korang baik-baik. Jangan mudah cair dengan kata-kata lelaki. Jaga maruah korang.










Indahnya cinta yang kita miliki berakhir dengan sebuah perkahwinan yang kita impikan.. :) semua wanita menginginkan hal seperti ini. Kerana apa?? kerana mereka ingin merasakan kebahagian, kesenangan bersama bersama suami mereka dan semestinya mereka ingin memilik keluarga sendiri. Wanita mengimpikan hal ini kerana mereka ingin dilindungi oleh lelaki yang sah dan halal bagi mereka iaitu SUAMI-nya! :) lagi indah jika cinta itu disemai bersama dalam usia perkahwinan hingga hujung akhir hayat..









Rasulullah s.a.w ada berpesan kepada umatnya iaitu:
Jika kamu ingin mencari jodoh, carilah mengikut 4 aspek ini iaitu Kekayaan, Agama, Keturunan dan Kecantikan. Kita dinasihatkan mencari yang beragama kerana agama akan membuatkan kita berbahagia bersama keluarga kita dan InsyaALLAH hubungan itu akan berpanjangan jika kita hidup berlandaskan agama. :)

untuk lebih lanjut korang boleh tengok web ini:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2954.0





Banyak info yang boleh korang dapat.. :)


Actually, kisah post kali ini ada kaitan dengan kawanku.hurm..wani.. hope so that one day you will meet with someone you love. Wani..aku sayang kau..jangan sedih2.. jadilah seperti saya.. :)


Ok.sampai sini sahajalah coretan yang ingin ku kongsikan bersama.


Oooppss! ada something nak di tambahkan dekat sini..


"Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.”



Ahak! Hope semua bersabar menanti kehadirannya.. hihihi.. eh? lebih2 pula.. hoho..

No comments:

Post a Comment