Sunday, October 16, 2011

La Tahzan...

Hari ini ada satu topik yang ingin ku kongsikan bersama...
Kita banyak mendengar hal-hal perpisahan, tetapi kita tak tahu apakah hikmahnya yang tersirat didalam perpisahan dan kesedihan itu.. jadi, dekat sini mungkin ada sesuatu yang dapat kamu rasakan, atau mengambil info yang baik sebagai semangat untuk kamu teruskan kehidupan kamu dengan penuh ketabahan dan ceria sepanjang hari..




Ape maksud "La Tahzan" ?
Maksudnya ialah JANGAN BERSEDIH..
Kepada sesiapa yang bersedih kerana kehilangan seseorang yang kamu sayang,
Janganlah bersedih..mungkin dia bukan untukmu..

Hidup ini penuh dengan dugaan, sebelum kita menemui yang terbaik untuk kita selalunya kita akan berjumpa dengan ramai orang. Kerana apa??? Kerana ini akan membuatkan kita lebih matang dan dapat mengenali seseorang itu bagaimana perwatakan dan sifatnya.
Hal ini akan akan membuatkan kita lebih dewasa untuk mengenali erti sesebuah perhubungan itu. Percayalah di suatu saat nanti pasti akan ada yang terbaik untuk kita.

Sesuatu perkara yang terjadi itu pasti ada hikmahnya, dan apa hikmahnya yang tersirat itu?? hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.

Kita perlu bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

TETAPI lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

PASTI..!! Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.
Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri.
Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dapat menjaganya sehingga kehujung akhir hayatnya, jika kamu sudah menemuinya, berdoalah pada yang Maha Esa agar pertemuan kamu dan dia adalah pertemuan yang istimewa buat kamu berdua. Semoga hubungan itu berpanjangan diredhai ALLAH sehingga ke akhir hayat...

No comments:

Post a Comment