Wednesday, March 19, 2014

Nikmat air

Assalamualaikum w.b.t
Awak apa khabar? ye..awak yang tengah baca nie.. hope awak sihat aje. Hurm, currently, now the place where I'm study was having water crisis ok!. Ini adalah salah satu nikmat hidup yang sukar bagi semua pelajar dekat sini. Tapi kesian sangat bagi junior yang baru masuk dah ada krisis air macam ini. Adoiii.. apa nak buat, terima aja lah Qada & Qadar Allah. Dulu pun time akak part 04, ada masalah krisis air macam ini juga tapi seminggu jelah yunk, ini sampai hujung bulan 3 haaa 2 hari tak ada air 2 hari ada air..

 

Ok, picture ini di ambil oleh salah sorang roomate saya, dari pandangan kolej kami, inilah kejadian petang tadi. Berpusu-pusu student beratur nak ambil giliran tadah air. Nampak tak kat situ betapa air ini penting sangat! Tapi before this kita tak pernah nak menghargai air. Bila Allah tarik nikmat air tu sikit aje, dah jadi macam ini. Ya Allah, tolonglah kami... 

Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-qur'anul Karim dalam surah Ibrahim sebagai berikut:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih“. (QS. Ibrahim [14]: 7)



Sekarang ini pun ramai student tengah tunggu lori air. Tadi dalam lingkungan jam 8 malam lori air dah datang, ramainya orang beratur, so I just decide and hope so that lori air tu datang tengah malam bawa air untuk kami serumah ini haaaa, adehhh barulah rasa nikmat air tu sekarang ini, betapa air tu penting dan berharga macam EMAS! hahahah.. setakat ini yang dah takung pun dah nak ketahap minimum dah, buat mandi and ambil wuduk. Haaa gigihla semester ini, aku bawak tong sampah hitam and box biru (alaaa ada jual kat tesco ke giant ke) buat isi air, sebab tu dalam sehari setengah tak ada air ini aku boleh mandi sikit-sikit.. Alhamdulillah, hope so esok adalah air..

Ermm, this week I have to back home because I want to visit my grandmother laaaa. why? baru-baru ini dia kena masuk air, of coz la masuk wad kan, ermm, she is too old enough and badan dia pun dah tak larat dah, since arwah paksu meninggal 27hb April tahun lepas nenek dah tak berdaya. I really understand her feeling, lost her lovely son. Bila orang kesayangan dah pergi tinggalkan kita, kita rasa sedih yang teramat, lemah tak berdaya, lagi-lagi kesihatan nenek yang tak menentu. ermmm, semoga nenek cepat-cepat keluar wad. Aamiin. 

Ok, now 9.50 p.m! nak stop typing dah ini, nak buat assignmnet pulok, tengah hari tadi pun baru aje hantar assignment, untunglah kolej and fakulti depan belakang aje jalan kaki x sampai 5 minit dari kolej.. untunglah duduk tingkat satu.. Alhamdulillah... :) This week balik kena discuss dengan family nak buat praktikal kat mana, so from now onward, be prepare for ur praktikal yan!ok.. papai, selamat malam. 

Friday, March 14, 2014

Ianya baru bermula

Assalamualaikum w.b.t.
Almost 2 weeks dah berlalu, semester baru pun berjalan dengan baik tapi, since 1st week pun dah dapat assignment. hohhh, nasiblah kena prepare sikit fizikal dan mental untul final year final sem ini. Hurm, Alhamdulillah, taklimat praktikal 1st session dah pun berlalu, dah dengar half information yang kita nak tahu sangat, resume, handbook semua berkaitan dengan praktikal aku dah tengok and baca. Hope so aku dapat buat praktikal dengan cemerlang!

Err... lately ini, since masuk new semester ini asyik sakit kepala aje. why this is happend to me? Ya Allah, sakit boleh faham tak, aku berharap semester ini tak ada gangguan kesihatanlah. Aku terlalu memikir! huh.. aku dah pi check kat doktor and BP aku ok. Alhamdulillah, nasib baik-baik aje. 

Sekarang ini, dengan musin jerebu..alahai, please take good care of yourself yan! and you too! sekarang pun MPP puncak ini dah rajin-rajin edarkan mask muka, so apa lagi, pakailah untuk jaga kesihatan dari terhidu asap-asap dan debu halus tu, nanti ada juga yang batuk-batuk, sakit tekak dan jangan lupa, banyakkan minum air. :)

Hurmm, agak bosan bila duduk kolej tapi kat rumah ini tak ada orang. Inilah perkara yang membosankan! errr rasa macam nak tidur aje! hahahaha! berboraklah dengan bantal tu.. alahaiii sedihnya.. ermm, sekarang ini dah masuk hari ke -7! pencarian MH370, semua ini takdir, Qada dan Qadar Allah! kita semua hanya mampu berdoa dan buat solat hajat semoga pencarian MH370 itu berakhir dengan cepat. 



Ya Allah Engkau tabahkanlah hati-hati keluarga mereka yang menimpa musibah ini, kerana ini adalah salah satu ujian yang Engkau berikan kepada mereka untuk mereka bersabar dan berserah kepadaMu. Begitu juga aku! aku sedang belajar untuk menjadi seorang pelajar, dan juga seorang anak yang tabah dalam kehidupan aku selama hampir 2 tahun degree ini. 

Banyak masalah hati, pemikiran, perasaan, fizikal dan mental. Yang pasti aku kena kuatkan semangat untuk menghabiskan sisa-sisa degree ini dengan baik! Semoga pengakhiran degree aku ini berbekalkan kejayaan yang cemerlang yang boleh membuatkan ibu bapa aku berbangga dengan aku. Aamiin..
Haaaaa sekrang dah pun pukul 4 lebih petang, aku pun nak pi solat asar. Cukup rasanya di sini sahaja.. ngee sekian, selamat menjalani ibahdah. :)

Friday, February 28, 2014

Birthday Girl

Assalamualaiku w.b.t, Alhamdulillah di atas kurniaan Ilahi.

Malam ini nak bagitahu satu story yang telah berlalu, dah seminggu pun, cuma malas dan tak ada masa nak update dekat blog ni haaa, busy jadi babysitter, busy menjaga hati dan perasaan, busy mengemas barang, busy memikirkan hal-hal yang telah berlaku.. errrrr ok! Alhamdulillah semua barang sudah siap kemas, tersusun rapi je, tinggal menghitung hari sahaja sekarang ini. InshaAllah ahad ini, nak balik Puncak dah, mungkin tengah hari inshaAllah. Now! bermulalah kisah part 06 final year student. hehe..hee

Nak cerita ni, on 22th Feb lepas, BFF sy buat suprise, konon-kononlah nak bagi suprise nangis-nangis.. pada hal dorang tak tahu yang birthday girl ini dah sentap bagai dia orang buat bodoh je time birthday lepas, tak ada wishes langsung! hahah tapi i knew that why they do like that to me! because?? dia orang dah bagitahu awal-awal when come on my bufday dia orang nak buat bodoh tak nak wish! hahaha sabar jelaa but its ok. (*oklah sangat, sentap sedih je lebih tahu! sampai hati.. hahaha) 2 years! juga teddy bear tu dengan aku siang malam suka duka dia je yang tengok aku susah payah aku selama ini. Hanya dia peneman di kala suka dan duka... huhuhu lebih baik cakap dengan teddy bear!


Huh! ok..kami tak rancang pun kami nak pakai turquoise sesama hari tu ehh, wahh instinct kuat sangat nak pakai turquoise, tu yang pakai skirt, tak sangka pula sama dengan mek 2 orang ini..hehehe. ok! suprise sangalah depan rumah ni haa adoiii gigihlah sampai rambut BFF sorang ni terbakar sikit sebab lilin dekat pavlova yang dia buat tu terkena rambut.. adoiiii nasib sikit tahu! haishhh lain kali hati-hati ok yunk! wooahhh pavlova! yes!! pavlova.. dia buat untuk saya.. khas untuk saya, my mom said sedap! ahahah then dapat RM! huhu RM tu guna beli kasut dekat mines! 1/2 price! hahah ada lebih simpan untuk next barang maybe... ahahahah

Lepas dah suprise nyanyi-nyanyi bagai kami pi SBU dekat bangi, wahhh 1st time pi SBU bangi, dulu pi SBU Shah Alam, errmm tak memborong 3 helai tudung pula kan!! hahaha tudung yang ada clip reben tu mas bagi, thanks awak.. ngee :)


Motif!! hahahaha screenshoot! tengok tarikh and time cantik je... gigihlah screenshoot kan. adoiii time ni lah still waiting your wishes yunk oiiii tetap menunggu dan menanti awak awak dan awak. haishhh, ermmm dah penat nak taip, nak pi sambung tengok batman begins laaaaa..ok papai.. selamat malam awok! 

Thursday, February 20, 2014

Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,
Agar Allah memindahkan segala kebaikan orang yang menyakiti kita...

Tidak MUDAH bagi kita bangun ketika dalam keadaan kesakitan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari,
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita sentiasa kuat...

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita sentiasa membahagiakan orang lain,
Bukan membahagiakan diri sendiri...

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian dari penyucian diri,
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi...

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berlumuran didalamnya,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita...

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuhi,
Untuk mengawal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai pengganti...

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari,
Bahwa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat...

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang mendatang,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyuburkan rasa kesabaran dan rasa syukur ke hadrat Ilahi,
Dan menyadari itu adalah sebahagian dari cara Allah menyayangi hambanya,
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-NYA..

Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah..Sesungguhnya kasih sayang dari-Nya amat bernilai kepada semua hambanya kerana tanpa kasih sayang dari-Nya hidup kita akan terumbang ambing bagai ombak dilautan..

Pesanan ini buat diri kamu dan diriku..

Saturday, February 15, 2014

Yesterday 14.02.14

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Assalamualikum w.b.t. semoga kita semua hidup dalam keberkatan Ilahi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kita dapat menghirup udara di hari ini.. Semalam, 14.02.2014, (jumaat), hari keputusan peperiksaan bagi semua pelajar seluruh UiTM dekat Malaysia ini. Haaaa kepada yang lulus, yang dapat dekan tu, tahniah! Kepada yang sedih tak dapat dekan macam aku ini, harap bersabar, bukan rezeki kita lagi. Mungkin kita boleh cuba lagi di semester hadapan. (Last semester). Sekarang ini aku nak bagitahu yang aku ini official sebagai student final year! Ahahah.. ok fine!

Setelah aku gagahi hidup selamat hampir 2 tahun di Puncak, akhirnya sampai juga dipenghujungnya.. tidak lebih bagi aku mengharapkan agar aku dapat mengakhiri sisa-sisa semester yang terakhir before aku pergi praktikal ini dengan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Aku mengharapkan agar semester 6 aku kali ini berakhir dengan baik. Itu sudah cukup bagiku. Aku tidak mampu menahan segala sebak dan sakitnya dada aku ini bila aku teringat kisah lama. Tapi tak mengapa, aku anggap itu sebahagian dari ujian hidup aku dari Allah kepada hambanya yang Dia kehendaki. Alhamdulillah, segala tomahan, kata-kata gossip yang aku tak tahu selama ini, aku dah tahu dan aku anggap itu hanyalah cerita kedai kopi mereka.

Ok! Cuti smester 05 bakal menghampiri saat-saat terakhirnya. 3hb Mac, official bagi aku untuk menjadi pelajar semester 06!. Semoga segala motivasi yang ada akan membuahkan hasil bagi aku untuk aku hidup berjuang selama 5 bulan itu nanti. Cuti semester kali ini, as usual, aku tak kerja, duduk melepet (melepak) dekat rumah macam kerang busuk! Hahaha.. aku buat part time job! Jadi babysitter..duk jagalah anak buah aku dua orang ini.. Hurm, bila tak kerja ini, teringat deal yang aku buat dulu.. haishhhh..

Aku start cuti sem. 7hb jan 2014, tapi 22hb jan., aku kena balik puncak balik. Kenapa? Sebab aku ada daftar satu program 3P (Program Pentauliahan Professional). Aku ambil kos ITIL. Kami belajarlah how to manage and serve the IT service, and banyak lagilah. Maklumlah, sekarang ini zaman dah maju, semua nak guna IT. Hurmm, paling aku rasa sentap sekali aku kena pilih jadi class monitor, haishhh tiba-tiba.. semata sebab aku ada pendrive. hooo lepas ini, tanya apa-apa duk diam sahajalah.. kuikuikuik...ni picture last class, esok nya 5 Feb, exam! Alhamdulillah! Aku lulus exam ITIL tu..berbaloilah 2 minggu aku.. J

Disebabkan saya monitor class, saya berdiri disebelah traineer saya.. Orang Jalan Bukit rupanya, #BukuTextYangTebal

Hurmmm, ok! nak diceritakanlah pada 08 Feb (sabtu) yang lepas aku and kawan aku berempat (kawan SKSK-sekolah rendah) pergi mendaki Broga untuk pertama kalinya ok! huh. 400meter.. haishhh seronok dapat panjat bukit brogan, maklumlah, aku ni kempunan sangat nak naik broga, hari tu pula kawan tiba-tiba mengajak naik, aku dengan bangga dan gigihnya bersemangatlah nak naik broga. Pastu dah sampai rumah esok paginya badan sakit-sakit. Warming up buat main-main, pastu naik dengan tak ada staminanya. Hahah sampai kawan aku sorang nak muntah bagai. Adehhh tapi apa-apa pun kami sampai jugak kat puncak brogan. (itu pun selepas sejam 20 mint) pergh!! 400m amek masa sejam! Hahaha.. ala, consider la sikit, aku tunggu kawan aku yang nak muntah tu tahu, dengan ramai orangnya. Tapi bila turun dari puncak 30 mint aje.. hahah berlagak! Adehhh..nasib tak tersungkur!


Bila time nak turun dekat area puncak pertama broga, adalah sekumpulan student ini, boleh sambut birthday dengan potong kek siap ok! hahaha BFF??? nak request buat macam Itu boleh? heheh.. Errr.. penatlah menaip, dengan sakit tulang belakang ini, tiba-tiba pula dari semalam ni, adeeh.. oklah! #As salam..


Monday, January 20, 2014

♥ ReD VeLvEt...

Assalamualaikum... sekarang sudah masuk pukul 1.20 pagi. Tapi mata aku bulat tang-tang lagi.. hurmmm, tak rasa ngantok lagi sekarang nie, jadi aku decide nak citer pasal red velvet! hahaha.. actually tadi aku try nak lelapkan mata ini haaa, tiba-tiba terfikir red velvet pula dahhh.. ahahah hurmmmm dappp nyaaaaa... dah lama juga lah tak makan red velvet. Last aku makan time housemate aku buat. Hahh!! seriusly! cream atas red velvet yang dia buat sedap gilerrr.. meleleh air liur aku nak lagiiii huhuhu..


Haishhh, mengidam ke apa aku nie? sekarang ini yang mengandung kawan aku tu hah... tapi symptom mengidam aku ni dah lama jugalah kiranya, hahaha adehhh merepek pagi-pagi buta nie.. huh.. disebabkan aku tak dapat red velvet malam ini, gigihlah aku menggunakan pakcik google cari picture red velvet! hahah.. gilee ke ape?? haaaaa....


Huhuhu.. tengok picture red velvet cup cakes ini pon sudah membuatkan aku lapar tengah-tengah malam ini ye.. adoiiii.. hurrmmm aku ingat lagi.. 1st time aku makan cup cakes red velvet ini kat semonyih dulu.. tahun lepas kot, tak ingatlah, tapi time tu lepas kenduri apa entah.. tak ingat juga.. heeee 1st time makan aku dah fall in love dengan red velvet ini.. haaaa sampai sekarang red velvet jadi pujaan hatiku... :)

Jikalah aku dapat sebiji kek red velvet ini, haaa aku sanggup habiskan.. kalau cup cakes yang satu pun tak cukup! sebiji ape entah lagi.. hahah *ini perut buaya ke apa??hahah tak adalah.. kalau dah favourite kan, nak buat macam mana.. hehehe, tapikan, sekarang ini susah nak cari red velvet yang kek nya sedap, I means texture kek tu lembut, tak keras la, and cream atas tu sedap macam aku makan dulu.. haaaa tak boleh nak katalah sedapnya tu, haishhhh.


Maklumlah, sekarang ini berlambak red velvet dekat pasaran, tapi nak cari yang betul-betul sedap payahlah, hari tu kat Puncak ada karnival, and one of booth dekat situ ada jual red velvet. Hurmm boleh laaaaa rasanya pun oklah. Time tu pun mengidam sangat nak makan red velvet, belilah juga kan. hehe.. Ok! aku dah tak ada idea nak cakap apa pasal red velvet. Tu jela coretan post kali ni.. Selamat malam semua!. 

♥ ReD VeLvEt...

Saturday, January 18, 2014

Suka-suki Januari.

Assalamualaikum... almost 3 month la rasanya tak update blog.. almaklum laaa busy bebenor katanya.. haishh.. ok malam ini I just want to share about my previous sem (05).. hooo Alhamdulillah, dengan berkat dari keluarga dan rahmat dari Ilahi aku tempuh dugaan degree ini dengan baik. Alhamdulillah ku ucapkan kepadMu Ya Allah, aku menghabiskan sisa-sisa sem 5 dengan baik, final paper aku sem ni pun just ada 2 ajee, start on 5th and finished on 7th. Pada 8hb pagi tu, aku dah siap-siap packing barang balik. Alhamdulillah, aku sudah pun menghampiri detik-detik terakhir di Puncak. After this, Puncak just be a memory for me. Actually, takde la memory sangat pun sebab takde yang best. I just came to Puncak only for further my studies ajee bukan cari jodoh, kawan pun tak ramai. Bila degree ini aku tak seaktif diploma dulu, maklumlah I just keep remind myself "ingat pesan dia" itu ajeee.

Hurmmmm, tapikan sekarang ini, aku mula nampak perubahan pada diri aku..!! haaa takutnyaaaaa... aku macam makin susut.. perubahan pada muka jelas terang dan nyata tak macam diploma dulu, agak-agak kalau nak tengok pipi tembam last konvo diploma la kot. huhu. ok! Motif. tinggalkan sebentar citer tentang berat badan dan pipi. Hurmmm, Alhamdulillah, aku nampak kau selesa disana, kau bahagia dengan kehidupan kau, gambar kau jelas telah memberi penjelasan seolah-olah telah menceritakan tentang kehidupan kau disana bahawa kau makin bahagia. Aku sentiasa mendoakan agar kau sentiasa bahagia, segala urusan kau dipermudahkan dan kau sentiasa dekat denganNya.. Aamiin.

Bulan Januari.. di januari ooo... eh? macam lagu januari pula.. hehe.. bulan ini 2 kali aku sambut bufday BFF aku yang tersayang. I ♥  both of my BFF. Friends until Jannah sayangku sekalian. heheh actually aku ada buat rakaman suara untuk dia orang, lagu bufday versi mandarin, tapi aku tak berkesempatan nak hantar dekat dia orang, huhu takpe lah tahun depan lah. hehehe.. itu pun jika umur aku panjang.


Inilah picture tak seberapa nak aku kongsikan dalam blog ni.. betapa tak prepare nya aku time ini, dengan hadiah beli last mint, balut last mint. hahaha but we have make a suprise bufday celebration for mas. Time ini, kiteorang sambut awal dua hari, bufday nya 3th januari, almaklumlah, kan dah bagitu tadi, final paper aku 5th jan. Hurmm..terkejut makcik sorang ini, nak nangis tapi tahan-tahan, akhirnya menitiskan air mata juga! terharu lettew.. heheh..


Ok! ini kisah semalam, bufday girl yang sorang ini, kebetulan semalam taipusam, jadi whole family dia ada dekat rumah, kami segan nak buat suprise dekat rumah dia, jadi kami suprise kan dia dalam kereta lah.. hahah suprise dalam kereta? like seriusly?? hehe pong boley.. heheh.. datang rumah ida macam apa jee terjenguk-jenguk, last-last makcik sorang ini keluar jugak.. heheh then kami bawa pi Jusco dekat balakong tu, jalan-jalan pi makan-makan and gi karaoke jap, heeee.. 
I just feel happy wif them, love both of them so much. We have a good quality time together. I just want to spent time wif my love one.. ♥ 

Sunday, October 6, 2013

Semester 05

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kita semua masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini..
Sudah sebulan aku berada disini, memulakan hidup di semester baru..Setahun sudah berlalu, tak cukup ke untuk ku buktikan kepadamu..apa yang dapat aku lakukan untuk kau fahami dan mengerti apa yang aku cuba sampaikan selama ini.. kini tinggal hampir 6 bulan sebelum ku melangkah ke alam praktikal. Alhamdulillah Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusanku disini. Susah payah senang gembira aku kongsikan bersamaMu, mendapat ketenangan hati dan jiwa melalui hidayahMu..

Semester 5 baru bermula, pada minggu pertama sahaja, budak-budak part 5 tidak boleh escape from going to Modul; it’s about nationality.  Woahhh, it’s hard to handle this feeling because on that time I just arrive at my home, hurmmm so sad. Nasib badanlah modul hari sabtu, jumaat malam dah kena balik puncak. Ahad, weekend yang paling bosan. Then esoknya isnin hari Malaysia. Haaaaa lemau duduk dekat sini.. Boleh  bayangkan, 2 hari hidup sangat bosan. Ok. Then, I got warning from my dad, he said that I’m not allowed to back home again! Owhhh.. sedihnya, cause adalah sebabnyakan. Tulah! Orang suruh struggle betul-betul, main-main. Ikut sangat feeling tu.. Hurm, then, I just have to wait until this mid-semester start on 12th oct., then I could back to my home. Actually, boleh je balik on 11th tu, tapi ada program kena attend.  

Hurm, degree ini bagi aku bosan, sebab aku dah tak ada hati nak join any club dekat sini. I got phobia..hahah just joking! Hurmmm ntah, malas nak bergaul dengan orang lain. Diploma dulu jelah rajin nak pegang jawatan exco itu ini. But not in degree level!. Huh.. Last week on 28th Sept. kawan aku Anis Izzurain already be a wife. Congrate to Ain and her husband Fikri..Woahh..Alhamdulillah, tak sampai setahun kenal dengan suami dia then kawin..semoga panjang jodoh kalian. Jap, nak cerita sikit, dia nikah pagi, then sanding tengah hari, pakai songket ok, tengah panas pula then petang potong kek.. Aku? On that day jadi pengapit ajeee. 


With sir Burn and his wife, picture after Ain potong kek..
Alhamdulillah, segala-galanya apa yang aku doakan telah dimakbulkan olehNya. Semua perkara yang menusuk jiwa pada final year diploma dulu dah terungkai. Allah knows the truth. She realizes that what is actually happened to me is because that some people too much “jaga tepi kain orang dan buat cerita.“

But it’s ok. Semoga Allah membuka semua hati-hati manusia untuk membuat kebaikan yang dapat memberikan manfaat untuk diri mereka nanti. Ya Allah, disaat aku melihat mereka dengan penuh tiada rasa kebencian, tapi mereka telah melihat aku dengan penuh rasa kebencian. Sekarang, jauhkanlah aku dari melihat mereka dengan penuh rasa kebencian, kerana aku hanya hanbaMu yang lemah-selemahnya. Aamiin. 




Saturday, September 7, 2013

Just begin...

Assalamualaikum..
Alahai cuti semester..
Ok.. 2 minggu dah berlalu.. pejam celik kerja part time dah habis contract.
Just 2 weeks.. tolong back up orang. That why kerja tuh.. Bagus jugaklah at least ada job. Dapat duit boleh tampung hidup aku kat puncak tu nanti. :) Maklumlah tak minta PTPTN kan.. hoooo hebatlah tak minta PT.. huh.. Memang hebat sampai PT diploma dulu pon tak bayar-bayar lagi. hee.. Sabar ye pihak PTPTN.. saya akan bayar setelah saya habis degree nie..  
Huh.. esok ahah.. barang semua dah packing! Ready back to puncak.. :) 
Baru je balik dari kampung.. khamis lepas balik kampung sebab nak buat kenduri tahlil arwah atuk.. ok.. 
Sangat penat.. Jumaat malam lepas maghrib dah bertolak balik rumah.. hari ini sabtu full day duduk rumah sepuas-puasnya sebab bila dah start sem 05 nie ayah dah tak bagi balik dah.. Ayah suruh duduk kolej study. hooo... Apalah nasib.. 
It's ok dad.. I will struggle for this final year! I will do better than last semester. 
Hurm.. 

Inilah jadual kelas sem 05.. Hari jumaat pasti akan aku kosongkan.. dah 3 sem jumaat always free.. :) 
Hurm.. Ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan bagiku untuk semester nie, agar segala-galanya berjalan lancar.. Aamiin. Ok. perut dah kenyang, rasa nak tido. Esok kena set mind to get ready to go to puncak and leave the all memories in this house. Please wake up yan! dah tak ada masa untuk melayan benda bagai mencurah air ke daun keladi. Move! Move! Move!.. ingat pesan ayah.. degree ni tak ada masa untuk merangkak.. kena berlari.. tapi apa dah kau buat selama dua sem lepas? please! Bangun dan berlari. Selamat malam semua.. Semoga mimpi indah...

Wednesday, August 7, 2013

Kerna..Tanpa mu..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini genap 29 Ramadhan kita menjalankan ibadah puasa.. Ramadhan pun sudah mula melabuhkan tirainya.. kita? adakah kita akan bertemu lagi pada ramadhan akan datang? mampukah kita akan berpuasa jika kita bertemu pada ramadhan akan datang? adakah kita dapat merebut dan mencari lagi malam Lailatul Qadar..?? Sesungguhnya itu kuasa Allah.. kita hanya hambanya yang kerdil, mampu berdoa agar dipertemukan kembali dengan ramadhan yang akan datang.. Aamiin..

Hurm! sebelum terlupa.. aku nak rakamkan wishes Happy Birthday to my Mom!! 1st August haritu.. hee.. mama, hepi bufday semoga panjang umur dan mrah rezeki.. adanya aku disini kerna mu, tanpa mu siapalah aku yang lahir di dunia ini.. dan Selamat Hari Lahir juga kepada semua yang lahir pada bulan ini.. especially lagi sorang mom birthday on 28th.. Azie doakan meraka panjang umur dan murah rezeki, semoga Allah memberkati usia mereka..


Bulan depan genap setahun!. Yeah.. setahun aku melanjutkan pelajaran ijazah aku. Pelbagai ragam, cubaan dan dugaan yang aku tempuhi. Aku tak mampu kawal semua perasaan aku. Aku tak tabah. Tapi jauh disudut hati aku, aku ingin mencari ketabahan diri aku untuk aku tempuhi hari-hari aku di sini.. Kenapa? orang yang aku sayang pergi dari hidup aku?? kerna...tanpamu aku tiada arah tuju.. Aku mulakan hidup aku setiap hari dengan mencari kekuantan yang lahir paling dalam dari hati aku agar aku dapat hidup dengan tenang, tapi aku gagal untuk mencarinya sehingga saat ini.. 


Hampir 4 bulan arwah paksu pergi.. dan sekarang masih baru 7 hari arwah atuk pergi tinggalkan kami.. dan kau juga pergi..tinggalkan aku disini tanpa kau fahami situasi aku.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah paksu dan arwah atuk.. Al-fatiha..

Semester 4 sudah pun melabuhkan tirainya.. bulan depan, masuk semester baru. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran aku.. Aku mampu dan masih kuat untuk teruskan ijazah aku disini. Result semester 4? Hurm.. sedih.. terasa makin menurun! Apa nie yan?? apa kau dah buat?? please be a strong girl!!.. You are mature enough!.. you can think wisely either it is bad or good for you.. Allah ada! mintalah dan berdoalah pada Dia..Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.. Dia mendengar segala luahan hambanya..lambat atau cepat sahaja doamu dikabulkan..

Ye! aku harus dan kena kuatkan semangat aku untuk aku hadapi setahun lgi pengajian aku disini.. Semua ini aku lakukan demi mama dan ayah!.. Aku kena kuatkan semngat aku walau apa jua dugaan pemikiran, perasaan yang mendatang. Chaiyok2..!! setahun lagi.. bersabarlah dan bertahanlah.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya..  Aku kena lebih fikir positif untuk menempuhi hari-hari yang bakal menjelma.. 

Alhamdulillah.. esok kita akan menyambut lebaran.. 1 Syawal mula menghampiri kita semua umat Islam.. perbanyakkanlah takbir pada malam ini untuk kita merayakan kejayaan kita umah Islam dalam berpuasa sebulan.. Ampun maaf dipinta kepada semua yang mengenali diri ini.. Maaf Zahir & Batin.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.. (in advance.. heee ) maklumlah..esok tak adanya aku nak menaip kat blog ini..semata-mata ucap selamat hari raya.. hahaha..

 Kepada kamu,.. ye kamu.. jika kamu pernah mengenali saya dan saya suka bergaduh dengan awak.. saya minta maaf.. tak ada niat selain ingin mengetahui sifat kamu yang penyabar dengan saya.. :)


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA YANG TERAKHIR..
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

Maaf jika ada salah laku yang tidak berkenan pada pandangan mata anda semua dan salah dalam berkata-kata yang telah di ucapkan kepada kamu ketika marah atau apa-apa jua situasi..mungkin itu perasaan yang terungkap kerna kekilafan diri ini..ampun di pinta kemaafan tulus dari hati.. 

Wednesday, July 24, 2013

Kehidupan di 15 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu lagi kita di entri baru di sini.. Alhamdulillah.. sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Perbanyakkan ibadah, zikir and istighfar kepada Allah.. peringatan untuk diri sendiri and juga untuk anda semua. :) Ramadhan kali ini, saya hanya meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang di rumah, tidak kemana-mana. Hanya duduk di rumah!

Seminggu yang lalu, saya dikhabarkan dengan berita buruk dari kelantan, kampungku. Oh! atuk sakit.. Ya Allah, selamatkan atuk.. Bila dapat je berita dari kampung, Ayahku terus pulang ke kampung bersama dengan adik lelakiku. Keadaan atuk makin parah apabila atuk kena masuk wad. Atuk dibawa ke hospital dengan van. Atuk tak sedarkan diri. Atuk koma. Bila doktor check ada kuman dalam badan. Hope so..that kuman tak sampai ke otak. Alhamdulillah, semalam dapat khabar dari sana atuk sudah mula sedarkan diri tapi tidak boleh berbicara. Pagi ini saya dapat khabar berita menyatakan kemungkinan atuk strok. Ya Allah!.. pilu rasanya hati ini. Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak! tak kesahlah kalau nak balik naik train sekalipun.. Tapi, aku ada tanggungjawab kat sini, dengan adikku yang baru pulih dari sakit. 

Ya Allah, banyak sungguh dugaanMu dari segi perasaan lebih-lebih lagi kepada hambaMu ini. 
Ya Allah, sihatkan dan pulihkanlah kesihatan atuk, tak mampuku melihat keadaan atuk and nenek bila balik kampung, mereka sudah tua.. Hatiku tersentuh melihat mereka. Beruntungnya mereka yang masih mempunyai orang tua. Hurm... macam manalah hari tua ku nanti?? Nasib kita bila sudah tua?? jika kita sudah berkeluarga, bila anak-anak semakin membesar, adakah anak-anak kita akan menjaga kita? adakah anak-anak kita akan mengambil berat tentang kita? Cuba kita lihat sendiri dekat rumah orang-orang tua. Dekat situ kita boleh menilai dan melihat keadaan mereka. Di mana anak-anak mereka?? Dulu masa kecil, siapa yang jaga mereka? kalau bukan ibu bapa mereka?

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu ini hamba yang tetap terus setia pada yang satu, anak yang solehah, jika jodoh kami berpanjangan, jadikanlah aku suri dihatinya yang taat pada perintah si dia, bakal ibu bapa mertuaku dan juga ibu bapaku. Jika aku menjadi seorang ibu kelak, jadikanlah aku ibu yang penyayang, dan dapat menjaga amanatMu dengan baik. Ya Allah, Ku mohon keampunan dariMu di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. Aamiin Ya Rabb. 


Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan...Ku Mahu Kau Tahu..

Assalamualaikum..

Hai selamat pagi semua.. jam menunjukkan sudah pukul 11.30 pagi, dah nak masuk tengah hari dah pun..
Alhamdulillah.. syukur kepada hadrat ilahi, kerana mempertemukan kita semua dengan bulan ramadhan.. Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke-8 kita semua berpuasa.
Sudah lebih sebulan tak mencoretkan kata-kata di blog ini..  Tah tahu kenapa saya tak boleh mencari nama blog through google sekarang ini.. google ada problem ke??mustahil.. hurm.. Nak view blog sendiri pon tak boleh apa entah lagi blog orang lain..hurm.. sabar jelah. Sampai kena log in dlu,buka google home page then click kat url kita click account.. kat situ barulah ade edit blog nya haishh.. awat payah sangat nie nak buka blog?...
Alhamdulillah, setakat hari ini dalam bulan puasa kali ini aku dapat berbuka puasa bersama family yang tersayang.

Ok. I have a short story.. :) Alhamdulillah.. semester ke-2 sudah melabuhkan tirainya pada saat akhir last paper exam pada 6hb july 2013.. Alhamdulillah... walaupun perasaan bercampur baur setahun ini.. Allah bagi kekuatan juga untuk saya menjawab exam dengan baik.


Syukur Alhamdulillah. Kepayahan yang ku alami selama setahun (2 sem) ini banyak mengajarku liku-liku kehidupan dan mematangkan fikiran.Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui betapa peritnya hambaMu ini melalui saat-saat ujian yang Engkau berikan.. Kini, ku hanya menunggu setahun lebih sahaja untuk menghabiskan pengajian disini. Setelah itu, saya akan mulakan kehidupan yang sebenar di alam pekerjaan. Semoga kita semua mendapat pekerjaan yang halal dan diberkahi Allah s.w.t. Aamiin.

Dalam kesedihan menghadapi ujian ini tiba-tiba terasa nak dengar lagu HUJAN.. :) Rantai rasa--Ku mahu Kau tahu--Kotak hati satuuuuuuuu.. eheheh.. "Usah kau cuba tuk menangis, tuk bahagia" hurm.. dengar tu!! untuk bahagia di masa depan.. jangan menangis.. bersabarlah dan berusahalah untuk tingkatkan kemajuan diriMu.. agar Allah meringankan segala beban yang engkau alami.. Aamiin Ya Rabb. Disebalik ujian yang kita hadapi pasti ada hikmahnya! kuatkan semangat walau apa jua ujian.. Ujian yang diberikan mungkin kesakitan, kekayaan, kesusahan dan macam-macam lagi. semoha kita semua tabah dalam menghadapi semua ujian yang diberikanNya. Allah bagi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya untuk menghadapi ujian tersebut. :)

Hurm!! sekarang ini tak tahu kenapa saya ada lagu faveret lah.. eheh.. Noh HUJAN ft Aizat. In love with You.. haaaa.. best ok lagu ini.. ce dengar.. videoclip tak macam sweet plak kan.. heee.. :)

Hurm..dah takde apa-apa lagi dah nak cakap. So, setakat ini jelah..jumpa next post.. :) As Salam.. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam, and selamat berbuka.. sabar ye.. lagi 7 jam! :)

Thursday, June 13, 2013

Tips ♥


1. Try your best to love your partner unconditionally even if it seems hard not to be selfish.

2. Think from your partner’s perspective when it comes to matters of the heart.

3. End an argument as soon as possible, even if hugging your partner is the last thing on your mind.

4. Make love regularly, but never make a time table for it.

5. Communicate with each other and grow together in love, but never grow apart
with lack of communication as the years pass by.

6. Learn to give space to each other to become better individuals. Even the
closest of relationships need some alone time to miss each other now and then.

7. Never take each other for granted. This is the easiest way to fall prey to affairs and
arguments.

8. Never shy away from positive criticism. As long as you say it in a constructive
manner, it’ll help your partner become a better person.

9. Be the shoulder to lean on, no matter what. Tough times are the most testing
phases of a relationship. Stand by your partner, and when the storm ends, love
will shine brighter.

10. Never argue in public, keep that argument until u reach home.

11. Look sexy for each other, and that includes taking care of Yourself. Just
because you’re in a relationship doesn’t mean you should let yourself go and look
shabby.

12. Celebrate the special days. Birthdays and anniversaries may repeat itself too
many times, but it’s these milestones that create memories.

13. Never intentionally try to make your partner feel bad or look bad. It’ll leave a
lasting scar that can hurt the relationship.

14. Learn to forgive without holding grudges. As hard as it may be, forgiveness
is one of the qualities of true love that matters most in a relationship.

15. Trust your partner and your instincts, even if others say otherwise.

16. Never badmouth each other even if you’re tempted to, out of anger or
frustration.

17. Learn to spend quality time with each other. There’s no better way to fall more
in love with each other as the relationship grows.

18. Be spontaneous with your affections. Don’t always wait for special occasions or
moments to express your love. Spontaneous surprises are always happier
than planned surprises.

19. Always pray for the relationship. Make sure each day u ask God to help your
relationship become stronger. Also encourage your partner to pray for the
love that both of u share. These relationship rules could seem simple, but following them faithfully can make all the difference between a romantic relationship and a failed affair. If you really do treasure your love, make a difference
with these tips. You won’t regret it!

20. Last but not least.. “Saya nak tulis "saya rindu awak" pada batu kemudian baling tepat ke muka awak agar awak tahu betapa sakitnya hati saya merindui awak...” lots of 

Friday, May 31, 2013

Macam-macam rasa..

Assalamualaikum…


Hurm, rasanya dah lama tak berceloteh dekat sini.. al-maklumlah.. busy je.. hurm.. takde benda lain selain mem”busy” kan diri dengan kerja-kerja and assignment yang berlambak-lambak.. haaa nak di ceirtakannye nie.. 2 bulan lepas punya ceritalahkan.. Ya Allah busy yang teramat.. dengan kenduri kawin cousin nyelah.. dengan final projek subjek Public Relation nyelah.. mentang-mentang jadi “ketua projek” hahaha.. busy lah kan.. kol sana sini nak set up macam-macam u olls. Hurm. Projek ni under dua kelas.. so aku mewakili ketua projek kelas aku ler…. Hurm…

PSI, Johor :)

Dalam keadaan yang busy tu jugaklah aku kadang-kadang bersendirian mencari waktu untuk aku berehat dari segala masalah and dugaan yang dating bertubi-tubi..  “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin..” macam-macam yang aku fikirkan.. Ya Allah memang tak kuat sangat masa tu.. and aku takde tempat untuk cerita masalah aku selain Allah..  Semangat aku hilang.. tak berdaya rasanya.. harap janganlah jadi macam semester lepas.. cukuplah.. Aku cuba untuk bangun walaupun dah banyak kali aku terjatuh. Semoga Allah memberikan yang terbaik dengan apa yang aku lalui. Hurm… cukup ckup sudah.. Aku disini hanya menanti sahaja.. wahhhh menanti apakah? Tetttt… Ok! Jom masuk cerita kawin-kawin and tunang-tunang..

Huhuhu Alhamdulillah… kawan sekelas time diploma dulu dah bertunang.. wiwit.. baru jumpa tak lama then dah tunang.. cepat betol ikat.. Alhamdulillah.. semoga berbahagia Elyn and pasangan.. J Next will be ain turn..this week on 8th june.. hahhaha pastu tunang  4 bulan je then kawin bulan 10.. haaa express jugak kawan aku nie.. kenal tak lama mana pon budak dorang ni terus ikat.. Alhamdulillah.. masing-masing dah bertemu jodoh.. Seronok bile tengok kawan-kawan macam nie.. haaaa.. BFF aku bile lagi?? Aiyooo…. Heee takpelah korang tungguu aku sekalilah ye… Pasni kena banyakkan istikharah ye.. doa banyak-banyak.. hehe…


Rasa penat sangat bulan nie.. Alhamdulillah event PR di PSI, Johor semuanya brjalan dengan lancar.. beban-beban yang terpikul mula terasa dah terlepas sikit demi sikit.. sekarang masa tuk fokus pada assignment and final projek yang lain. Hurm. Ok.. tuk sem nie aku ade 2 paper final je.. on 28th june and 6 july! Ok! Good yan.. study hard study smart! Sem lepas kau dah banyak leka but pointer ko good jugak.. Alhamdulillah.. berkat doa mama and ayah serta solat hajat beri aku kekuatan untuk terus belajar. Hurm.. Siyes.. tak tahu kenapa aku rasa macam nak benti dari study je sem lepas. Nasib aku kuat.. aku dapat pikir mama and ayah and semanagt dari kawan-kawan and BFF yang tersayang..


Hurm.. tiba-tiba teringat arwah..dah sebulan.. arwah paksu pergi.. 27hb April 2013.. Semoga paksu tenang disana.. Tak dapat bagi aku menatap wajah dia lagi. Sayang sangat padanya. Dia banyak tolong aku.. bagi semangat dekat aku.. Rasa hiba dengan pemergiannya. Seorang lagi lelaki yang aku sayang sangat dah pergi jauh dalam hidup aku. Hurm.. L Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Aamiin..

Hurm.. dahlah..penatlah nak taip-taip nie.. mata tak ngantok..tapi bosan teramat..tak tahu nak buat ape..  I was just like nothing at all.. Ok.. now time for packing barang.. esok nak balik puncak.. Kbai..  Selamat Malam..

Sunday, May 19, 2013

BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH


Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?

Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini... Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN... Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)


Thursday, April 18, 2013

The secret of 13...


Rahsia 13 Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sunday, March 24, 2013

Persiapan..

Assalamualaikum w.b.t.
Agak lama jugalah tak celoteh dekat sini kan.. huhu

Hurm... Bulam Mac tahun ini adalah bulan yang sangat busy bagiku. Why?? sebab tiap2 minggu aku ulang alik dari Shah alam balik rumah. Tapi last week aku tak baliklah kan.. ade kem.. What??!! camping?? yan pergi camping? hahaha..lalalala... Ok! tak adelah camping mana pun.. just Fakulti buat "Family Day" je.. 3 hari 2 malam.. (15-17hb) nama tempatnye tu Kem Al-Azhar.. dekat mana?? dekat Banting je..Morib! Haaaaaaaa.. budak-budak bila dengar je Morib semua buat muka bosan.. hahaha... Ramai kot yang dah pergi Morib tu kot... Tapi aku?? buat muka excited! hahahah muka tak pernah pergi! hahaha pada hal Morib tu alah...dekat je dengan rumah aku nie pon... haishhhh... So! event nie merangkumi semua budak Library Science aje ok.. total semua dalam 600 ++ students and melibatkan 14 buah bas..tapi! haaaaa ade tapinya, ramai jugaklah yang tak join event nie.. malas katanya. Its ok, pada sapa-sapa yang tak pergi its up to them la.. pergi sana enjoy dengan game jelah... family day katakan.. :)

Ok! the next day 18hb isnin.. bangun pagi je tak ade air! What!!?? aduh, masalah air dah mengundang kat kolej.. semua blok kolej tak ade air ok. hurm... dah macam kat Machang dah ade masalah air.. Apa lagi semua budak-budak gelisah gundah gulanalah.. Hurm.. bla hari rabu menjelang, ramai students dah balik rumah ok. huh..stress tengok budak-budak balik rumah... Actually air macam kena catu je... sebab pukul 11 lebih pagi and 4 petang air ade je masuk, tapi air slow laaa.. apepun sempat jugaklah tadah, so?? aku and housemate tak adelah masalah nak mandi ke ape ke.. hahahaha..

Lalalala..pejam celik, pejam celik dah minggu ke-3 bulan Mac.... Semalam aku and whole family pergi rumah cousin yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 31hb Mac nie.. tolong-tolonglah buat kotak goodies.. 1000 ok! alah....1000 jee.. haahh dulu abg ami punya majlis pun aku buat 1000 juga...letak epal lagi.. So! around 4jam dapat siapkan kotak-kotak semua tu, next week khamis after kelas balik rumah shoot terus pergi bangi nak siapkan goodies, masukkan goodies dalam kotaknya...so! jumaat punya kelas?? pontenglah jawabnya.. hahah ampun ye lecture, saya mintak nak balik awal, jadi saya terpaksa ponteng kelas sir.. hehehe..Haish.. macam aku pula yang nak nikah kan!! hahaha sebok nak busy juga... huhuhu..

Hurm.. bila dah berkumpul sanak saudara, apa lagi macam biasa aku kene shoot lah dengan depa semua.. next wedding sape?? along ke?? hahaha *aku? mampu senyum je.. Doakan aku dan "Dia" dapat bersatu kembali..
Jauh dimata dekat dihati ♥ .. aceeehhh :)

Ehem! You! hey you! yeah.. i'm calling you.. listen.. listen.. listen... I just found it and I want to share it with you.. Hope so that you will understand it and you will know what I'm trying to say..even it just a quote...

"The greatest gift you can give to somebody is our own personal development. I used to say, "If you will take care of me, I will take care of you." Now I say, "I will take care of me for you if you will take care of you for me"" -- Jim Rohn



Tuesday, March 12, 2013

Sekadar berkongsi..


♥ PERKARA YANG DAPAT MERUSAK AMAL-AMAL BAIK ♥

1. Al istighlal bi’uyubil kholqi (sibuk dengan aib orang lain)
sehingga lupa pada aib sendiri.
Semut diseberang kelihatan sedang gajah dipelupuk
mata tidak kelihatan.

2. Qaswatul qulub (hati yang
keras)
Kerasnya hati terkadang lebih keras dari batu karang.
Sulit menerima nasehat.

3. Hubbun dunya (cinta mati
terhadap dunia) Merasa hidupnya
hanya di dunia saja maka segala aktifitasnya tertuju pada kenikmatan dunia sehingga
lupa akan hari esok di akhirat.

4. Qillatul haya’(sedikit rasa
malunya)
Jika seseorang telah
kehilangan rasa malu maka akan
melakukan apa saja tanpa takut dosa.

5. Thulul amal (panjang angan-
angan)
Merasa hidupnya
masih lama di dunia ini sehingga enggan
untuk taubat.

6. Dhulmun la yantahi
(kezhaliman yang tak pernah berhenti)
Perbuatan maksiat itu
biasanya membuat kecanduan bagi
pelakunya jika tidak segera taubat dan berhenti maka
sulit untuk meninggalkan
kemaksiatan tersebut..

Mudah2an kita semua
dijauhkan dari 6 perkara ini sehingga
tetap istiqomah dalam ketaqwaan..

♥ Aamiin Ya Robbal Allamiin♥

Monday, February 25, 2013

To Best Friends From Best Friend..



Happy Birthday…

Waoahhh!! Speechless..

I’ve got SURPRISE from my BFF ♥

Malam 22nd February 2013 telah membuatkan aku mengimbas kembali SUPRISE pada malam 20th February 2012…

Hey! This year saya dapat rainbow cake dari best friend sayalah!.. IDA.. hehe..he
Ya Allah… thanks so much dear… tak terluah dengan kata-kata bila dia buat surprise macam tu…
Tapi malangnye malam tu aku takade dekat rumah! Haha.. bila balik je sampai rumah, terus ke dapur ok!
Tengok- tengok CAKE! Hahaha ade cute candle lagi.. :)
Pada saat tu terukirlah senyuman macam nie.. :D
1st impression tengok kek nie alamak… Tak nak makan lagi la..sayanglah..hee
So! The next day baru aku makan! Aiyooo… harus ke ade perasaan macam tu?
Eh! Haruslah.. BFF kot yang bagi.. no more BF surprise..
So! For this post is very SPECIAL.. sebab?? Post ini hanyalah untuk BFF aje..

Tak lupa juga pada BFF lagi sorang.. MAS..

Korang dah buat banyak sangat surprise laaa… konvo aritu pon trase SURPRISE!! Hahah.. tak tahu nak cakap ape..tak terkata-kata..
Beruntungnye wahai diri dan hati ini mempunyai kawan baik macam korang..

Kamu berdua pun sanggup bela kawan yang tak seberapa ini, maaf.. saya tak punya harta dan kemewahan nak diberikan.. tapi saya punya HATI dan KEJUJURAN serta KESETIAAN yang boleh saya beri pada kamu sahabat..

Sayang sangat-sangat dekat korang! :)

Semoga Ida and Syafiq kekal bahagia selamanya…

                      &

Semoga Mas and Eiffy kekal bahagia selamanya…

Aku doakan yang terbaik untuk korang and aku bahagia tengok korang bersama..
Take good care of both of your relationship...kerana,,
Aku hanya mampu menumpang bahagia aje…
Semoga Allah memberkati persahabatan kita dan panjangkan jodoh korang..Aamiin.

For you..Best Friends..

You're the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You the best thing I never knew I needed
So now it's so clear, I need you here always

♥ korang sangat!

Best Friends Forever until Jannah… Aamiin..

Thursday, February 21, 2013

T.E.M.A.N

Teman..
Saya selalu memikirkan awak,
Sentiasa mengharapkan awak dalam keadaan yang baik2 sahaja...

Saya rindukan awak..
Rindu nak dengar suara awak dan menatap awak...
Saya sayangkan awak wahai teman..

Tapi saya rasa sedih kenapa awak buat saya macam ini...
Saya tak mampu nak bertahan lagi...
Saya mengharapkan agar awak berada sentiasa dengan saya...
Saya mengharapkan agar awak dapat melindungi saya seperti dulu...
Saya mengharapkan agar awak dapat menceriakan hari2 saya...
Tapi sekarang, apa yang saya harapkan tak tercapai buat saat ini...

Saya akan tetap terus menunggu awak wahai teman...
Saya akan tetap terus berdoa pada yang Maha Esa...

Janganlah marahkan saya, dan janganlah merajuk membawa diri kerana saya...
Janganlah membenci saya, kerana saya tak pernak nak membenci awak...
Janganlah berpaling dari saya, kerana saya tak pernah berpaling dari pandangan awak...
Janganlah fikir bahawa saya gembira kalau awak tak tahu keadaan saya...
Janganlah nafikan apa yang awak rasa dan fikirkan wahai teman...
Janganlah undurkan diri sebelum awak mencuba dulu wahai teman...

Jika awak tetap terus mendiamkan diri...
Jika itu dapat membahagiakan hari2 awak...
Saya akan doakan awak bahagia...
Jika itu yang awak mahukan...
Tapi, jangan ungkapkan kata2 bahagia untuk diri saya sebab saya tak bahagia tanpa awak teman...

Tak semua senyuman yang terukir di bibir itu adalah senyuman yang menunjukkan kebahagiaan...
Kerana kita tak tahu apa yang ada didalam hati dia...
Senyuman tanpa bahagia tak akan kekal lama...

Today is my day.. But I'm still waiting...
I have so many texts, so many calls, but the only one I wanna get it from, is YOU  :(
Hari ini.. hujan turun dengan penuh rahmatNya...
Bagaikan mengetahui apa yang terkandung di dalam hati ini...